life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 08, 2016

Free puting dan not-so-free pampers

Aqif stop hisap puting masa umur dia lebih kurang 2y2m... itupon sebab dia suka baling2 puting then puting tu akan hilang. Balik balik aku jugak yang cari. Hari2 fade up sebab aku akan jadi emosi bila tak jumpa. Bahahaha. Terus lantak kau situ sapa suruh baling. Kejam tak kejam ummi kau ni. Kalau tak buat macam tu aku rasa memang harapan nak berhenti takdolah kan. So seminggu jugaklah malam2 hadap dia merengek nak puting. Hasilnya, Alhamdulillah. Jadi mak ni kena kuatkan hati. Betul. 

Sama macam Dareez. 

Budak ni paling win. Puting tu dia buat macam barang mainan. Plus dia jenis yang suka gigit2 puting sampai berlubang... so memang belikan yang murah2 jorr. Membazir. Asalnya masa short vacation kat Morib itulah. Boleh tau dia pi campak puting tu dari balcony ke bawah. Grrrr aku pandang sinis jer. Mana nak cari puting spare? Ahh sudah malam ni mesti meroyan. Keluar malam tu pon memang takde belikan puting baru. Memang saja... ini mungkin titik tolak untuk dia berhenti hisap puting. Tapi dia punya meroyan tu lain maciam kau tahu. Dekat seminggu jugaklah merengek malam2. Perangai pon jadi hati tisu lebih. Sampai sekarang. Hahahaha. So 1y10m dah tak pakai puting all day. Gembira hati aku.

And now turn Aqif untuk potty training pulak.

Actually start bulan January 2016 aku dah train Aqif untuk free for diapers. Tak kisah la kat rumah sendiri ke or rumah pengasuh. Memang dah tekad nak train dia sebelum masuk school nanti. Cewah kemain awal ye. Eh takde awal pon tau... aku baca blog sapa tah dia train anak dia start dari umur 2y. Hebat sangat. Kagum ah aku sebab kau rajin. Aqif 3y4m baru start.

Bagi aku tak susah nak train anak kita tak pakai diapers pabila dia dah pandai bercakap. Contoh Aqif tu lah. Dia kencing sekali dengan berak. Kalau 3kali kencing maka 3kali la dia berak. Hahaha. Mula mula macam lawak jer tapi ok jugak. Takdelah dalam kereta menggelupur nak berhenti sebab dia nak berak. Mental nak kena kuat, Mula2 training terbabas jugak beberapa kali. Tapi jangan marah... sebab pabila dia fade up dia akan terus cakap nak pakai pampers. Langsung tak boleh nak potty training dah.

Tu satu. Lagi satu segala jenis carpet, patchwork mat ke apa aku dah gulung. Memang lapang ah rumah. Kalau tak rajin sila buat macam aku. Rumah belum boleh nak cantik2 lagi. Setakat hari ni keluar pergi jalan dah tak pakai diapers... dalam kereta pon sama. Cuma time tido je kadang aku pakaikan. Dalam pukul 12-1pagi macam tu. Ada gak aku terlupa... alih2 dia bangun nangis sebab nak kencing. Hahahah. So far belum sepenuhnya free pampers lah kan. Tapi jimat woihhh. Last beli pampers Aqif bulan 1 hari tu... still ada lagi sampai sekarang.

Kat rumah pengasuh actually dah start awal dah. Mak dia la saja saja buat. Aku punya plan nak amik cuti seminggu untuk potty training. Disebabkan agak mudah nak mengajar Aqif maka cancel plan. Terang hati budak nih. Alhamdulillah. Now nak kena start slow2 berhentikan minum botol. Lepas ni kena pakai cawan. Dah big boy kan... nanti nak masuk school mana boleh minum pakai botol dah. Tu kena amik masa nampaknya sebab Aqif still sayang dengan botol dia. Hahaha.

Rasa best tau bila kita train anak then anak tu berjaya. Kagum dengan diri sendiri. Kagum sebab aku mampu lakukan. Bukan senang ye nak mendidik diri dengan sifat sabar. Silap haribulan anak kena marah je sebab penat. Belum kira anak dok merengek sebab tak dapat puting. Aku dah biasa dah tido2 ayam waktu malam. Mata panda every week. Bukan nak tunjuk anak aku power weh umur 3tahun tak pakai pampers. Bukan macam tu. Kau akan tahu bila masanya anak kau tak perlukan pampers lagi. Its takes time. Takyah paksa sangat. Esok lusa dia yang cakap taknak pampers. Btw jangan lupa belikan spender kartun2 tau. Hahahaha.









No comments: