life is beautiful

life is beautiful

Monday, March 28, 2016

Happy 1st Birthday Melur!

Sabtu lepas birthday anak geng susuk... buat kat Bubble & Bean, Putrajaya. First time datang kat sini weh. Tempat baru... kat Ayer@8. Bukan ahkak kawasan so memang fail jalan kat sini... seb baik ada google maps kihkihkih. 

Selamat ulangtahun pertama, Melur Raihana. Dah setahun dah ye awak... bambam tak hengat tapi malangnya gambar awak takdo. Hehehe. Awak bz bersama aunty2 kawasan yang lain. Ingat dulu betapa strugglenya mama awak nk produce awak. Allah je yang tahu kan. Kami just support dari tepi, kiri dan kanan. Rezeki anak kita tak boleh nak jangka... Bila nak, kemain payah nak lekat. Tapi bila buat tak kisah, ehhh check2 upt dah ada 2 line. Hihihi. Tu nak cakap, Allah akan bagi bila dia rasa kita dah bersedia.

Konsep cafe ni open air. Maklomlah berhadapan dengan tasik. Cuma space limited sikit la. Aku memang bangsa panaih dan cepat berpeluh so memang duduk dalam jelah. Tambah lagi si Dareez tu dah start gatal2 balik. Cuaca panas kan so sampai2 je terus masuk dalam cafe. Lama sikit baru ajak diorg duduk luar sebab ada mainan basikal. Takdelah diorang bosan. 1st birthday utk anak sulung memang ramai orang datang. Nak2 kwn aku ni memang duduk putrajaya, kerja pon kat situ jugak... so ofismate dia berduyun datang. Sampai tak menang tangan nak layan. Kita pon kena lah paham. Pandai pandai bawak diri ok.



Masing masing pakat dukung anak. Para suami duduk luar... amboi kemain ye dah jumpa geng semua lupa ada anak kecik. Biasa perangai tuuu. Si Jue pregnant anak ketiga uolls. Dah 3rd trimester pon. Tahniah lah. Tapi perut tak nampak caneee tu. Badan tak naik sangat ko. Jeles ah kalau pregnant berat tak naik. Itu hari2 pregnant pon wa sanggup. LOL. Dareez tenapa pandang Milliy tak puas hati. Nak bergambar macamni memang payah. Cafe dah nak close untuk bagi laluan kepada birthday party lain baru la hegeh2 jom amik gambar. Kalau tak masing2 duduk je tak gerak2. Hahahaha. Melur je takdak. Kalau tak dah complete.

Basikal ada yang foc dan ada yang kena bayar. Macam yang Dareez naik ni foc je. Maybe dah termasuk dalam pakej birthday. Comels je basikal. Tapi tak balance sebab tayar dia halus... senang jatuh. Dareez apa dia kisah, asal suka dia on jorr. Aqif mana Aqif? Budak muda tu macam biasalah pandai bawak diri. Sukati dia jer nak kesana kesini pastu tak nampak ummi daddy pon buat lek. Geram je tengok. Itu yang bergambar pon susah. Nak kena adengan tarik menarik. Hahahaha. Anak oh anak.

Cuaca lately ni panaih melampau kan. Makin teruk gatal2 si Dareez tu. Hati ni dah rasa fade up tau. Ermm. Buat masa sekarang aku free kan skin dia waktu siang. Memang takde taruk pape. Kalau dia gatal aku taruk bedak semata. Malam baru continue eo Lavender. Itu pon kena tidur dalam aircond. Kalau tak, malam malam pukul 3-4pagi Dareez terbangun sebab kegatalan melampau. Ummi kau tak cukup tidur. T_________T

Sabar ye ummi. Ada hikmah tu.







No comments: