life is beautiful

life is beautiful

Thursday, March 03, 2016

Happy birthday, partner!!

Sedar tak sedar daddy dah menyambut birthday yang ke 31 dah engko. Tak sangka kan, Allah bagi panjang umur sampai seusia begini. Takde celebrate beriya... aku just order mini pavlova kat sorang staff kat tempat keje. Rupanya dia tu blogger safura hahahaha. Maklomlah dia bukan masuk batch aku... so aku kenal sebab dia kawan kepada ofismate aku yang kat ofis ni haa. Wahh gitew. Pandai kau baking ye fura. Nanti ada rezeki aku order lagi. Pavlova ni just nice.. tak terlalu manis dan tak terlalu masam dek buah buahan itu. Balance. Aku bukannya nak up staff sendiri.. tapi dah memang best. Aku cakap lah best. Kalau tak zedap aku cakap je tak sodap.

Nak order boleh jenguk ig/fb dia, sugarlandbyrara



Selamat hari lahir, cinta.
Kawan baik, kawan berkelahi, kawan berbeza pendapat, kawan melepaskan stress, kawan merajuk. Eihh semualah. Dah berkahwin mostly semua benda kita kongsi dengan suami. Pasal benda remeh kat tempat kerja pon boleh jadi isu cerita. Ummi, the zaumar, semuaaaa doakan daddy semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga selalu berda dibawah lindungan-Nya. Semoga dengan bertambahnya angka usia, seiring dengan peningkatan iman dan taqwa. Insyallah.

Berbalik kepada birthday daddy tadi. Macam biasa acara bergambar yang kami nanti nanti kan. Hahahaha. Makan pavlova je tak seberapa. Jangan tak tahu, anak anak aku pon gila gambar. Pening nak layan. Itu nasib baik backdrop tak berapa nak lawa. Front camera iphone memang sedeh ke cemana? Takpala... bergambar untuk kenangan saja.


02.03.2016
Sedeh kualiti gambar. Ini jelah yang paling mudah untuk diselamatkan hahaha. Btw tengok gambar pavlova tu rasa nak balik rumah je makan lagi. Gigih aku makan sikit2. Budak2 tak suka sangat... makpak budak je yang lebih. Hihihi.








No comments: