life is beautiful

life is beautiful

Thursday, March 17, 2016

Mood swing

Hari ni aku puasa sunat... ganti sekali la kot. Hahaha. Ada yang cakap tak boleh sekalikan puasa ganti dengan sunat. Ahh pening aku nak fikir. Tapi yang pasti nak dekat setahun aku tak amalkan berpuasa. Keji sungguh perangai tauuu. Nak buat cemana, last year aku puasa penuh so possibility sengaja nak berpuasa dibulan bukan puasa adalah sangat sifar. Ermm krikk krikk... patut le badan susah benor nak turun ye.

Jap aku nak tepek link pasal cerita mona fendy ni.. tak sempat nak baca.


Kang lupa... menggagau nak cari balik... so aku simpan sini jelah dulu.

Dua tiga empat menjak ni mood swing ah. Aku tak suka sebenarnya nak layan mood macam hampeh ni. Penat okeh... orang tak paham kau pon... kau je yang beriya. Tapi dah mood macamni nak buat cemana...? Kau tahu apa aku rasa? Aku rasa nak lepak sendirian kat suatu tempat tak kisah la pi mana tapi nak sendiri. Taknak campur orang. Malaih. Letih hadap perangai orang yang sama hari hari. Berubah tak jugak. Ke aku yang sebenarnya patut berubah?

Balik ni plan nak berbuka makan lauk kurma ayam dengan sambal udang. Favourite laki aku tu. Tapi nak memasak dua benda tu memerlukan ketangkasan yang optimum. Nampak gayanya aku kena jalan laju2, siap2kan bahan untuk menumis sebelum amik budak2. Nasib lah kan barang2 macam bawang cili segala aku dah blend. Jadi mak zaman millennium ni kena serba serbi pantas dan gagah. Kihkihkih. Aku memang ada target masa... before azan maghrib dah kena suap budak2 makan. Pukul 8pm aku dah kena siap solat dan mandi. Wahh gitu lah schedule aku kalau kerja pagi. So lepas isyak boleh tidurkan budak2. Lepas budak2 tidur baru lah ME time. Ehh tak ME time sangat lahh. Uruskan kerja rumahtangga. Settle semua barulah lepak depan tv. Itu pon kalau sempat... selalu tak sempat pon T___T.

Bertabahlah ye. Aku bukan merungut. Penat memanglah penat tapi lama lama kena enjoy. Suka atau tidak itu dah jadi tanggungjawab. Maka aku mencari keredhaan-Mu. Buat kerja kena ikhlas kan hati. Kalau tidak, pahala tak dapat, penat je yang ditanggung. Ermm. Aku dah la nak kumpul pahala ni.

Aku rasa ramai yang mood swing ah minggu ni. Kenapa eh? Sebab cuti sekolah ke apa? Eh bukan cuti sekolah jalan tak jammed ke? Aku rumah sekangkang kera memang takde hal lah kalau jammed ke apa. Takde dalam kamus hidupku. Kahkahkah. Masalahnya jammed kat dalam rumah, cane tu nak settle?

Nanti aku cerita eh family vacation hari tu. Sekarang ni yang macam aku cakap kan tu... takde mood. Nak berborak pon takde hati. Nasib la aku puasa. Bagus gak aku mengambil keputusan untuk berpuasa hari ni... menghindari diri aku dari membuat kerja2 yang tak berfaedah... disamping dapat la bermuhasabah diri. Teruk benor dah aku tengok diri aku sekarang ni. Kau kena bersyukur kecil, bersyukur. Haaa ok baiklah.



Bai.












No comments: