life is beautiful

life is beautiful

Friday, March 25, 2016

Idris's Clan Family Day Trip 2016 - Saufiville, Janda Baik

Bercinta nak cerita. Hahahaha. Pergi sini masa awal cuti sekolah hari tu. Book bulan Jan 2016. Itu pon sebenarnya dah fully book.. tapi nasib menyebelahi kami, ada yang cancel booking. Plan asal memang nak ke Janda Baik, so mencari resort/homestay/banglo area situ je lah. Kebanyakkannya dah dibook since Disember last year. Phewww. Boleh tahan hot market jugak ye. Kitaorang ni biasalah nak kena cari port yang luas supaya boleh sumbat seisi keluarga. So Saufiville sangat thorbaekk. (buat masa ni, hihihi)

Dah. Cerita banyak tak guna, jom layan gambar letops.

Acara mengambil gambar dalam kereta sebelum ke sesuatu tempat adalah perkara wajib. Cuma orang layan dengan tak jer. Kalau tak, aku sorang jelah yang syok sendiri. Hahahaha. Perjalanan mengambil masa dalam 45minit ke 1jam. Tak jauh mana... tapi waktu tu minggu cuti sekolah so nak masuk tol Karak ada la dalam 15minit. Anyway ini adalah first time aku ke Janda Baik. Dulu dok dengar jelah orang bercerita betapa cantiks nya sungai kat sana. Ermm, so so jorr. Boleh tahan tinggi jugak bukit untuk kereta kami mendaki. Hahahaha. Tapi layan pemandangan kiri kanan menghijau. Sejukkk je. 

Saufiville terletak nun di atas bukit uolls. Kagum ah idea owner dia. Dengan ada kolam ikan, tanaman sayur bagai. Ishhh teghase damai. See picture below. Kagum lah woihhh. Tapi tengok jugaklah semalam berapa RM kan. :DDD Kitaorang book a whole villa so memang takde orang lain stay kat situ... maka berjimba lah kami sekeluarga.













Gambar ni terpaling suka. Scenery cantiks dan aku nampak kuruih hahahahaha. Actually percutian lebih kepada santai2 disamping menyambut birthday bulan Mac dan April. Last year ke Johor so this year kita saving sikit ah... pergi yang dekat2. Insyallah sedang mengrikki Tok Janggut Homestay kat Taiping sana. Hihihi. Mode bercuti tengah on ni weyyy. Semangat mengumpul duit semata nak bercuti.



Tengok anak dengan bapak dan mak... kemain lagi tauuu. Bapak mertua aku tu nampak je garang2 tapi kalau kena gaya agak kelakar jugak. Pandai ngelat tu memang boleh tahan. Mana tak tumpah kuah ke anak bujang dia kan. 

Best tau Saufiville ni sebab bilik pon banyak... boleh pilih2. Maklomlah family besar, kalau nak pergi bercuti mesti kena cari homestay yang luas. Then ada provide dinner bbq dan jugak sarapan pagi. Tak payah buat apa2, duduk then makan. Bakar2 semua tu ada staff yang buat. Welcome drink pon ada dalam pukul 3-4petang. Cuma digalakkan bawa makanan dari rumah sebab kat sini takde tempat memasak hatta microwave seketul pon.  Maggi cup lah paling laku kat sini... ditambah pula makanan yang mak mertua aku tapau. Air mineral pon kitaorang bawak jugak.

Kitaorang mintak check in pukul 10pagi... nasib baik dapat. So puas jugak lah mandi manda teroka kawasan bagai. Tempat luas sampai ke bawah bukit sana. Siap anak2 buah dan pak buah main futsal dan badminton.


Gigih bangun pagi sebab nak tengok matahari terbit. Macam aku dengan anak anak morning person so takde masalah. Subahanallah... cantik pemandangan diwaktu pagi. Teghase nak extend berhari hari je kat sini.. ke nak tinggal terus? Hahahaha. Harap rumah kat Semenyih nanti dapat la tengok scenery macam ni lagi... maklomlah dibawah kaki bukit broga.





Kemain masing masing kan. Asal depan kamera je semua alert termasuk lah mak dan pak mertua ku kihkihkih. Aqif je bukan main susah nak bergambar... kena cakap jom amik gambar baru lah dia berdiri statik... itupon payahh jugak. Adik jangan dicakap lah, asal lepas mesti nak menuju ke pool... bahaya woihhh sebab dia pencinta air. Hahahaha. Dah gigil pon nak jugak berendam sampai nangis2 lapar susu. Nak kena buat satu pool kat rumah ke apa ni dik?

Last sebelum balik kerumah masing2 singgah jap main benda alah ni. Mana yang taknak diaorang pergi rendam kaki kat sungai. Aku macam biasalah kena jadi PA daddy. So bertabahlah tengah panas melayan anak anak buah. Aqif lah rugi dia pi ikut atok main air sungai... adik steady naik dengan daddy. Tak sedor diri gak tu berpeluh2 kepala.



Macam nak repeat balik stay kat sini. Bukan sebab tampak mewah ke apa tapi sebab scenery cantik dan jugak tempat private. Sesuai lah untuk family besar macam kitaorang. Eh tapi kalau nak book bilik by bilik pon boleh rasanya. Rate bersesuaian dengan keluasan bilik. Dont worry, anda takkan menyesal. Percayalah cakap aku. Honeymoon pon ok apa. Ko tak rasa best ke dapat bangun pagi2 bunyi unggas, kicauan burung dan jugak pohon menghijau depan mata. Tenang okeh tenang. Sebab aku kan pencinta kedamaian. Kahkahkah.

So habis cerita. Berapa lama peram daa. En btw sini private2 pon no alcohol dan jugak party2 liar ok. Owner punya rumah dekat je dengan villa Saufiville ni. So dia memang boleh nampak kau kat atas bukit tu. Dan ada staff yang akan stay untuk jaga villa ni. Tak dapek la nak tak senonoh sangat ye. Harap maklom.








No comments: