life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 01, 2016

Membebel pagi pagi

Aku kan dr semalam bengang dgn dareez. Hahaha boleh pulak bengang dgn anak sendiri. Seriuslah wehh... Agak tensi aku dengan dak comel tu. Bukan apa... Since malam tadi dah pukul 11 lebih aku dgn daddy nk masuk tidur... Selalu rutin bila aku nk tido baru tukarkan pampers si dareez. Boleh pulak semalam tgh tukar pampers tiba2 dia nangis... Tiba2 gatal2 datang.. Menggaruk tak tentu hala. Masalahnya suruh kita yang garu. Boleh macam tu. Then tak boleh belah nangis macam kena pukul. Dah la malam2 kan.. apa pulak la kata jiran tetanga.

Stress aku.

Kejap kat tangan, kejap kat kaki, kejap kat kepala... Pastu dah tolong garu kat kepala dia nangis lak salah tempat garu. Eeeiiii. Yang daddy lak sibuk ckp cemana nak settle gatal2 dareez ni.. Tak bubuh ubat ke apa. 

Tiba2 rasa macam nak marah.

Hahahahahahaha berani nak marah daddy?

Berbuih explain pasal eczema ni. Haishhh.

Aku pon tak mintak dareez tu gatal2. Berubat cemana lagi aku dah tak tau. Its take time u know. Maka harap bersabar. Apa je yang aku tak buat. Takkan hari2 nak bgtau aku bubuh ubat.. Aku buat itu aku buat ini. Now makan pon agak berpantang... Dan dareez tu makan apa jerrrr. Memilih kot. Ermm.

Malam tadi jadi lagi. Punca dia memang dah tido lena... sebelum tido aku sapu sikit la cream gatal kat kepala, kaki, tangan eh semua lah kat dareez. Then boleh pulak tau dia terjaga then nangis kuat2. Ada lah dekat setengah jam. Puas pujuk. Dah keluar bilik, berdukung.. cakap baik2.. eh macam2 dah buat. Dia punya nangis rasa aku yang nak menejrit suruh diam. Tak sabar dah aku. The end diam sendiri tapi nak tido berpeluk kuat2. Aku pon dah tak sedar bila dia tido... dengan aku aku sekali tido sama. Stokin kemana selimut kemana. Ini nasib baik awal jugak aku bangun. Selalu bangun pukul 5. Lately ni beberapa minit sebelum subuh baru terjaga but sempat jugak la buatkan breakfast dan lunch box untuk aku. Itu semua sempat kalau iron baju dan settle barang2 anak aku buat malam. Kalau buat pagi jugak emang tangan macam sotong. Hahahaha.

Now dah tak boleh datang lambat balik lambat dah. Dulu asal cukup hours penyelia cakap ok jer. Sejak dua menjak gov nak cut bajet bagai, tempias kena kat kakitangan ler. Memang pagi kalau lambat tu menggelupur semua kerja nak buat dalam satu masa. Hahahahahahaha. Takpalah nak buat cemana kan... kata makan gaji. Kalau business sendiri pon kena train diri macam tu jugak right?

Eh dah la, nak breakfast ni. Sejak datang awal banyak pulak masa terluang pagi2. Sempat la aku dhuha. Hihihi. Dulu rasa nak dhuha hari2 rasa tak sempat je, Ermmm.


Kbai.







No comments: