life is beautiful

life is beautiful

Friday, March 04, 2016

Plan awal adalah yang sebaiknya

Tak lama lagi birthday anak bujang ai yang kecik tu. Walaupon bulan April tapi aku dah boleh start pening nak bagi hadiah apa untuk dia. Hahahahahahahah sila jangan gelak woih. Hari tu pergi celebrate birthday anak geng susuk. Dia buat majlis sempena masuk rumah baru gak. Kecil kecilan tapi meriah. Terus masa balik dalam kereta daddy cakap nak buat tak majlis untuk Dareez. Eh eh dia pulak yang teruja. Bagi aku since anak kita kecik lagi takyah lah kot. Takde dia ingat pon makbapak dia buat majlis untuk dia. Besar nanti bagi tunjuk gambar. But its depends. Terlebih duit, buat. Ada niat, buat. Rasa nak buat, buat.

Aku?
Kalau tak membebankan kedua belah pihak, baru boleh buat. Hahahahaha. Bagi aku kalau anak dah besar macam Aqif barulah seronok nak buat majlis. Dia dah faham cemana tiup kek, cemana perasaan dapat hadiah, perasaan orang ramai raikan dia... like that lah. Paling win sekali dia dah pandai nak tema party kartun apa... nak kek cemana. Hahahaha.


Ni gambar last week masa attent birthday party geng susuk tu. Aqif tu kan... hahahah boleh je menyelit tau. Dia selamber je pi main hadiah remote car birthday girl. Selamber je main2 belon... lari2 dengan budak tak dikenali. Haishhh sucinya hati budak kan?

Dareez takyah tanya, dia suka berkepit dengan ummi dia. Tengah main push car, tak nampak ummi kemain mulut bising panggil ummi. Dah nampak ummi, sambung balik main push car. T_______T Maafkanlah beliau.

Tengok situasi macam ni terasa masa birthday Aqif  nanti perlu buat kot? Dareez tak payah lah kan? Sebab Dareez belum mengerti. Yang kawan aku ni pulak sebab birthday anak anak dia dekat2. So sekali jalan. Takde istilah membazir. Hahahaha.

Oi dareez nak hadiah apa ni?








No comments: