life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, March 23, 2016

Sesekali takpa kan

Penat zumba petang tadi naik ofis mandi2 solat maghrib perut teghase lapor tahap kuasa boboiboy. Hahaha tak boleh belah betullah perut ni. Ohh lupa dr isnin tak sentuh nasi so malam ni mencemar duli lah nampak gayanya. Nasib ada lebih nasi goreng kak fida jual pagi tadi... Laju2 aku makan... now perut senak sebab kenyang melampau. Alhamdulillah rezeki dari Allah swt. Tapi aku syak nasi goreng tu banyak... perut aku dah terbiasa makan dalam portion sikit. Kihkih.

Weekend ni ada tournament badminton beregu wanita anjuran geng engineering unit berita. Aku kan memang la nak try main seframe tapi aku sebenarnya dah berpuluh tahun tak pegang raket. Rasanya last masa standard 6 kot... Tahun bila tu? 1997. Ermm. Badminton bukan sukan kegemaran so nak buat cemana... Tapi dapat suami gila badminton... tu namanya jodoh.

Lepas zumba tadi aku saja lepak tengok diorang buat training... Ofismate aku walaupon umur 50+ tapi masih berbisa wa cakap lu. Dia punya smash tu huiii takuittt. Aku yang duduk tepi court ni mengelak ngelak jer sebab takut kena smash dengan bola dia. Dasat sungguh. Tu la kan, jangan pandang otai2 ni sebelah mata. Diaorang lagi banyak enter game sejak dari masuk kerja.

Aku?

Zumba je lah boleh? Netball dah cuci tangan nak oiii. Dah takde skill. Last main pon time kat poli dulu. Berapa tahun dah tu. Kita bersukan yang light2 jelah. Hahahahaha. Janji keluar peluh sudah. Ikutkan hati ni nakkk je join gym bagai. Tapi apakan daya, verangan je lebih... masa tak mengcukupi. Maybe soon.











No comments: