life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 08, 2016

Throwback 2010

Macam hagram je perangai ingat diva lettew orang nak dok melekat je dengan engko. Hahahaha. Dasar tak sedor diri tauu masa bercinta asyik lah nak daddy selalu dengan kita. Macam lah dia takde benda lain nak telek. Ishhhh meluat tengok diri sendiri. Taksedor dok kutuk budak baru nak up bercinta padahal dulu pon macam tu. T_________T

Seriuslah kan. Dulu memang sms/call hari hari. Nak pi mana pon kena update padahal belum jadi tunang apatah lagi suami. Ape kehe teruk benor perangai kau ni kecil oii. Tapi masa tu mendengar kata pulak kami pakwe makwe. Hahaha. Memang nak gi mana2 akan update. Pelik haku. Ni dah kahwin beranak pinak, benda penting je baru inform. Contoh la kau nak pi jimba dengan opismate, nampak simple tapi as a wife aku wajib bagitahu suami. Kang tiba2 dok bercerita hari tu pergi sana sini dengan opismate, suami tanya bila pergi tuuu. Haaaa gelabah nak jawab khen.

Lain daddy zaman sekarang. Sebab kita tahu kan dia punya skop kerja cemana. Aku tak larat nak amik tahu dah. Tapi dia bagitahu gak ah schedule dia nak p mana... ada seminar ke.. ada jumpa client ke apa. Aku kadang2 dengar then lupa. Hahaha tak boleh belah. Kadang2 ingat kadang2 aku sendiri lupa lepastu bila daddy bercerita aku boleh tanya eh ada bagitahu ke. Hihihi. Itu perkara biasa dalam perhubungan laki bini. -____-

Dulu boleh dikatakan daddy sangat aktif bersukan diwaktu malam. Masa takda anak... almost 4 times per week... badminton, futsal or bola padang. Masa bujang jangan cakap ah, dengan marathon dia, dengan hiking, camping bagai. Tu ada orang komen, nasib la yau tak pi clubbing. Hahahaha. Tapi masa tu kan ke cinta tengah membuak buak, asyik nak berkepit jorr. Aku sendiri pon rasa meluat dengan diri sendiri. Maybe time tu kerja normal, load kerja pon tak banyak... dengan duduk rumah sewa boring... ahkak2 ada aktiviti sendiri so aku perlukan perhatian. Kahkahkahkah. Nak tikam dada sendiri uolls.

Now takyah nak cakap... tak cukup hours lagi ada. So sekarang aku lebih menghargai masa2 yang ada. Kalau daddy cakap dia nak p badminton di malam minggu, aku benarkan je. Sebab nanti boleh conquer tengok tv. Hahahaha. Aku ni mana lah ada masa sangat nak tekun mengadap tv. 

Maafkan aku yang dulu perangai annoying gila ye suami.








No comments: