life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, March 29, 2016

Viral hantaran 15k


Kauorang kan masa nak kawin tu guna totally duit hantaran ke atau topup2 sikit guna duit sendiri or tambah duit mak bapak?

Aku kan macam pelik sikit ah kalau kau nak kawin, tapi nak grand, pastu duit simpanan takdak... Tapi nak kahwin. Ko ghase zaman najibo ni cukup kah guna duit hantaran sesaja utk buat kenduri, photog/videog, barang2 hantaran, butik pengantin etc? Memang tak ye.

Ukur baju pakai badan sendiri. Jangan badan ko gabak tapi feeling macam Kate Moss. Orang hantaran made in UK kau pon terikut nak jugak. Padahal duit bukan ada. Aku perati je budak2 baru nak up zaman sekarang. Cececeaaaa marah sangat ni.

Yelah. Beban kat laki. Dah tentu la laki tu sayang sangat kat engko. Ikutkan la perangai kau tu. Padahal duit cukup2 ni. Tak dilayan kang ngajuk sampai bulan bintang. Makin dilayan makin makan hati. Ermm.

Aku tak cakap la aku ni purrfecto sangat bab nikah kahwin.Tapi so far Alhamdulillah... mengikut kemampuan. Napsu takyah cerita la. Kalau tak kuat pasti kau tertewas. Apa taknya... nampak kawan2 amik pakej butik gitu gini.. Wahhh cantiknyaaa. Nak yg tu nk yang ni tapi bajet ada banyak ni. Kahkahkah. Nasib tak terjerumus. Kalo tak nyesal tak sudah. Aku kan sampai sekarang rasa boleh tahan menyesal beli doorgift mengarut. Pastu kotak doorgift pon tempah. Siap design yang ada muka sendiri setepek. Macam poyo. Eh memang poyo. Tapi pada zaman ittew ia adalah satu trend. Kalau kau tak buat, nampak tak up to date lah kan. Sangattt. Puii sekali.

Ni aku pelik ah pesal boleh jadi isu hantaran kau RM15K. Masa sebelum kejadian nak bernikah tu tak berbincang apa apa ke cane? Kauorang ada ke takde? Ke aku sorang je dengan bakal laki aku bincang? Hahahaha. Sebelum hari nak nikah tu takde sms ke, whatsapp ke apa? Takkan lah kau tak tanya bakal laki kau sebelum berangkat ke rumah/masjid tu, 

''bang, jangan lupa duit mas kawin"
"Hantaran ready ke idak?"

etc.

Bukan ke give and take ke? Bukan kena tanya banyak2 ke? Ke aku je yang suka tanya banyak2? Ermmm. Banyak sangat persoalan yang berada di benakku. Bagi aku lah, pasal nikah kahwin ni kedua belah pihak kena bertolak ansur. Aku mengaku aku rasa nak demand pasal duit hantaran tapi kau tengok lah jugak bakal laki kau tu cemana kan. Takkanlah kau nak mengikut jugak kata hati kau... sampai sanggup pulak tengok bakal laki tu terkontang kanting cari duit. Memang lah semua pon costing. Habis, dah tahu highly costing kena lah ada benda kau perlu low grade walaupun kat dalam hati ni tercarik carik. Hahahaha. Kena lah woiii. Kalau semua pon nak vas vas meletop, kahwin anak raja la. 

Aku tak emo... tapi aku rasa macam tak boleh belah bila tengok pengantin perempuan bergaduh sama. Gangster nih. :DD





No comments: