life is beautiful

life is beautiful

Thursday, April 28, 2016

Hasil keringat pertama



Kagum dengan sendiri walaupon jahit sarung batal bodo bodo je pon. Hahahah. Gunting kain/jahit start pukul 1030malam sambil daddy pon nyebok nak godek sama. Maklomlah aku baru bukak mesin depan dia. Settle sepenuhnya 1230malam. Kahkahkah. Melampau sangat ketelitian dia tu. Puncanya aku geramm je tengok kain batik ni dok dalam lemari tak pakai. Bukan taknak pakai tapi masalahnya tak sedap pakai, keras kejung... hasil pemberian dari seorang kawan maka dari buat perhiasan baiklah aku jadikan ia sarung bantal. Barulah konsep rare gitew. Hahaha. Lantok situ takde sapa pon nak datang spot check bilik kau tanya sarung bantal tenapa design kain batik khen.

Ada lagi projek yang akan aku buat soon. Mana baju yang rasa2 tak sedap pakai siaplah akan aku ubah 100% kahkahkah ok nampak sangat menipu. Ada la satu dua jubah nak alter. Ikut kesesuaian aku. Asyik hantar tailor je... padahal senang je nak jahit. Ni dah ada mesin jahit harap digunakan sepenuhnya.

Doakan diri sendiri istiqomah.








Ada Apa Dengan Cinta 2



Epic sangat tau AADC punya filem. Hari ni launch AADC2 kan... wow tak sabar nak tengok tapi masalahnya aku rasa kat sini kemungkinan besar daddy malaz nak melayan kehendak aku. Ermm. First launch tahun 2002 masatu baru habis SPM... part time keje cafe kat Terminal One... heboh ah masatu Cinta dan Rangga... dressing pon nak ikut Cinta. Hahahaha. Dengan baju polos... sling bag auwww... terasa jelita kat situ. Alaaa best tau filem ni. Aku suka. Dari filem, sampai ke lagu2 soundtrack.. sampai puisi dia yang popular tu siap hafal. Beli CD lagu lagu Melly Goeslow... adoiii kenangan sungguh. 

Dia bukan apa tau, dia masa tu aku dengan daddy first year cinta jarak jauh. Habis SPM masing2 balik rumah masing2.. aku dok N9, daddy of course la balik Shah Alam. Dengan masing2 sibuk cari part time job... sambil mengisi masa yang terluang... sambil nak tunggu masuk belajar. Semua tu aku masing ingat. Aku masih lagi ingat perasaan itu. So filem AADC ni antara menjadi sebahagian dari kisah aku dengan daddy. Maklomlah, cinta jarak jauh perlukan pengorbanan. Heee.

14 tahun beb, 14 tahun aku tunggu kesinambungan dia... maka 2016 baru muncul part 2... ko ghase tak teruja ke? Hehehe. Aku tak minat pon Rangga... aku lebih suka pasal persahabatan diaorang berlima. Rangga dulu tak ganteng ok. Kahkahkah. Apa rambut hero ketak ketak keriting i dont like. Aku jatuh cinta dengan watak Cinta... dan jugak kagum persahabatan dia dengan Alya. Amboi hebat benar lah tu nak kupas pasal friendship orang. Kahkahkah. Teringat2 yang diaorang menari kat dalam bilik tu. Adoiii memori sangat tuuu.

Kauorang rasa AADC2 more kepada apa eh? Mesti sambungan kisah Cinta dengan Rangga lah kan. Last part 1 Rangga pi oversea. Last year 2015 sebelum AADC2 nak launch, produksi ada keluarkan satu thriller. Konon2 nak suruh kita flashback balik ah. Kot ada yang terlupa kisah diaorang. Amboiii aku tengok sampai ulang 2,3 kali sebab tak puas.

Pelik gak kan, kau ada FB, WA, Wechat... Group geng sekolah... takkan la tak pernah nak tanya khabar. Itu semua lah tu buat aku nak tengok. Haishhh. 

Daddy jom tengok wayang. As a anniversary gift pon ai okayyy. :DD






Monday, April 25, 2016

Tarikh tunang tak ingat?

Haii. Rindu aku tak..thehehe. Lama tak membebel kat dalam belog sendu segan hidup mati tak mahu ni. Ai superbz u know... hahahaha ayat tak boleh belah... actually takda sibuk mana pon cuma nak mengadap pc log in belog bercinta la haii. Last week kang kemain moody nak mamps. Padahal takda apa pon... dan kalau kauorang nak tahu, kamera iphone kesayangan still rosak. T___T takde mood aku nak pi betul kan. Nantilah... banyak benda nak kena fikir selain kamera iphone rosak. Elehhh kamera je kan... kalau lcd mahu laju2 aku pegi kedai repair. Dan bulan ni jugak nak taknak loan rumah dah start kena potong. Huwaaa. Lantak kau situ malas aku nak layan. Kita tutup mata je ok?

Bukak fb ada kan see you memories beberapa tahun lepas... rupanya tarikh 25.04.2010 tarikh tunang aku dengan daddy. Hahahaha mampos tak ingat. Aku bagitau daddy dia pon macam eh yeke.. hahaha sama sama tak ingat so adil lah kan. Maknanya kat sini, aku nikah setelah setahun seminggu bertunang lah kan? Setahun lebih jugak ye aku jadi tunangan orang. Ermm. Setahun pon dah macam macam masalah yang timbul... kalau yang ikat 2,3,4 tahun tu cemana lah ye kauorang hadap? Kagum dari jauh. Aku? Ermmm boleh hampir je nak mintak putus. Wahaha bajet diva sangat perangai. Mana tahan weyyy hari hari bertekak memanjang. Rasa dok salah pilih calun suami pon ada. Dasar syaitan nirojjim taknak umat manusia mendirikan masjid. Ciskek.

Aku tunang simple gila.. dan aku rasa aku tak anggap pon itu bertunang pasal sebenarnya daddy datang nak merisik. So last2 makpak dan ongsebelah cakap ni kira tunang jelah. Amboi. Baju ai tak glam uolls. Pakai baju kurung pi keje tudung awning beli kat pasar malam. -___- Tapi jadi jugak lah. Alhamdulillah. Gambar pon amik sekeping masa sarung cincin. Sumpah simple gila. Tapi aku ok je kan. 












Tuesday, April 19, 2016

Tak tahu nak redha ke tak

Kisah last week.

Aku pergi bilik mel tadi. Alkisah nak amik parcel poslaju beli tudung bokitta. Ewah tak habis2 Bokitta kau tu kan. Masuk ni kalau dikira nak cecah 1k jugak harga aku punya collection. Wowwww tipu sangat hahaha. Masa beli main pm2 je seller kan. Apa lah salah ada duit sikit kau menyimpan kecil. Hishhh. Ok balik kepada tajuk diatas. Sambil tunggu akak kerani cari parcel aku, dia bagi la ada dua surat untuk aku. Kemain kenal nama ai tauuu. Nampak sangat... nampak sangat selalu menebeng kat bilik mel. Hihihi.

Surat bahagian pinjaman perumahan uolls. Mulalah aku debor2 tahap jantung nak tercabut keluar. Ini tak lain tak bukan pasal potongan gaji la ni. Ermm dah aku agak dah. Start dari bulan April 2016 ni bermulalah pemotongan loan rumah aku. Gembira? Aku tak kot. Sedih, bengang... perasaan bercampur baur. Aku tak tahu nak salahkan siapa. Sebenarnya baguslah kan? Ke tak? Yelah... itu tandanya kau dah ada aset. Dah ada rumah sendiri. Cuba tengok berapa kerat je kawan2 baya ko yang dah beli rumah sendiri? Banglo lot pulak tu walauponnn... jauh kedaung dari ibukota. Hahahaha. Dah itu je yang termampu. Tapi aku tak gembira cane?

Loan rumah dah kena potong. Sewa rumah kat KL bulan2 bayar. Tak pernah miss. Tapi, pindah tak ye jugak. Macamana lah aku tak sedih. Down gila.. takde mood.. selera makan pon hilang.

Pagi tadi.

Aku nak snap pic bukti pembayaran deposit the next holiday. Ok nanti itu aku cerita. Pon bengang gak tu. Hahahaha. Bukak2 kamera handphone, blank. Hitam. Takde gambar. Huwaaa. Ni mesti kes malam tadi Dareez tarik hp masa tengah charge sampai terjatuh. Pagi ni baru perasan. Berdouble double sedih aku. Takkan nak salahkan anak pulak. Kau berani nak salahkan anak??
-______-

Kamera handphone A BIG NECESSARY ok. 

Sebab aku suka capture pelbagai momen. So penting. Eh memang penting lah kot. Apa guna kau ada handphone tapi takdak kamera. Ibarat kau ada smartphone tapi takda internet. Beratnya rasa kat hati ni macam seketul batu menghempap. Tak tau nak describe cemana. Tapi macam tu la. Kacau emosi aku. Muka pon suram je... malas nak campur orang. Dah la jatuh tertimpa tangga, jatuh lagi tergolek golek. Pasal loan rumah tu aku dah hampir nak redha. Yelah, mungkin ada hikmah. Kalau tak, asyik tak zedor diri shopping memanjang jerr. Kali ni Allah bagi dugaan sikit terus down gila. Tu baru secubit. Tapi pening kepala berhari hari.

Sedihla. Dah lama tak sedih macam ni. Benci lah kerja dgn RTM ni. Staff nak tukar tak dapat2. Alih2 aku dengar ada je dapat tukar tanpa sebab munasabah. Tiba tiba pulak tu. Serentak laki bini. Aku buat kerja pon sekadar buat. Tak enjoy. Aku harap bos perasan. Tapi kalaupon bos perasan, apa yang dia boleh buat? Setakat luluskan dengan pengganti boleh la....nak lebih2 mimpi disiang hari. Ni pulak boss baru masuk unit kitaorang. Ermmm. 

Tolonglah Ya Allah luluskan permohonan aku secepat mungkin. Aku tak suka lah perasaan macamni. Boleh buat bertekak laki bini. Nasib lah daddy tu sabor. 






Wednesday, April 06, 2016

Mainan terbaru aku

Biar lambat janji apa yang dihajati tu tercapai. Kehkehkeh. Bercinta nak beli sebenarnya. Eh bukan saja bercinta, lupa terus pon ada. Nasib baik ada wish list 2016. Boleh la rujuk2. Kahkahkah. Dan nasib baik jugak kot LSN sedang buat sale... dia pi post kat facebook then ada orang share kat wall. Maka joms lah pi beli. Amboi asyik nasib baik jer awak ye. Alhamdulillah. Nikmat mana yang perlu engkau dustakan?

Gigih jugak google maps kedai dia tu. Jalan berpusing kemain. Maklomlah bukan ahkak kawasan Cheras. Ni bukan cheras yang belah2 rumah akak ipar aku tu. Ni belah mana tah... first time sampai. Macam nak ke area rumah schoolmate teknik dulu. Pernah la kot lalu sini... ingat2 lupa. Datang situ pun sebab dia kawin. Heeee. Haru sungguh. Bertuahlah zaman sekarang... internet dihujung jari anda. Agak2 tak jumpa jalan ko waze jorrr. Selesai. Wah kemain panjang mukadimah.

Aku nak cerita aku beli mesin jahit jer. 

Pada mulanya ingat nak buat ansuran... sebab ada pakej untuk bayaran ansuran. Haa sebab tu la aku nak beli. Kalau bayar cash, ermm krik krik krik... mahu hujung tahun baru penuh duit tabungan aku. :DDD tetapi memandangkan laki aku adalah pakar dalam bab hutang piutang ini maka dia cakap ayang beli cash terus jelah. Kita tong2. Wahhhh. Terima kasih kanda. Tak ku sangka rezeki datang bergolek golek. TETAPI dengan caps lock besar aku menaip, daddy kata jangan hangit2 tahi unta. Beli kena guna. Harap maklom. Terus dia bagi task suruh jahitkan langsir ofis dia. Huwaaaa. 

Aku kan, dah lupa cara membuat baju kurung boleh tak?? Gigil tangan ni woih nak memegang mesin jahit itu. Tak rasmi lagi pon. Dok tersadai kat meja. Minggu ni aku kerja malam... nanti lah weekend ni. Kain pon satu benda tak beli. Tapi semangat dah berkobar2 ni yeh. Nak kena bukak tutorial kat youtube cara menjahit langsir. Ok sebenarnya benda yang first sekali aku nak buat adalah baju melayu budak2 tu. Tu adalah alasan paling kukuh sekali kenapa aku nak beli mesin jahit.


Saturday, April 02, 2016

Dareez amazing 2

02.04.2016

Happy 2nd birthday Dareez sayang. Semoga sentiasa berada dibawah lindungan-Nya. Cukuplah doa yang ummi daddy pohon pada yang maha esa sebagai pengganti ucapan di hari lahirmu. Cewah. Dua kali celebrate ni ok.... tapi takde tiup2 lilin. Hehehe. Yang excited adalah Aqif. Pon boleh la nyanyi lagu happy birthday dia suruh sebut nama dia. Layan. Adik tak berapa nak faham hanya mampu tercengang. Kau tenapa banggg, birthday aku kot. Thehehehe.

Dik, dah dua tahun ni toksah manja terlebih lebih tau. Nanti semua tak suka dengan adik. Ummi, daddy, abg Aqif takpa lagi. Buatnya orang lain... parah. Sikit2 je ok kot ye dik. Always comel macam baby2 tau. Ummi, daddy, abg Aqif, semuaaaa sayanga awak. 


Awak ni penyeri hidup kami tau. :)



Tunjuk kasih sayang memang macam ni. Heeeee.





Friday, April 01, 2016

Perubahan untuk kebaikan

Dah sebulan training diri datang awal ke ofis. Alhamdulillah semakin terbiasa. Harap istiqomah sampai pencen. Wahh gitchew. Yelahkan, dulu masa zaman anak dara paling lambat pon datang jam 0745am... itu bangun nak dekat pukul 0700...subuh gajah. Ermm teruk perangai. 

La ni hari2 kalau keje pagi aku bangun paling lewat jam 0545am... mata automatik terjaga awal. Siap buatkan breakfast untuk kami dan jugak anak2 you know. Daddy sekarang pagi2 aku bekalkan sarapan. Aku punya bekal pulak sarapan dan jugak lunch. Wahaha tepuk tangannn. Kemain rajin nau nau nau. Dah setahun lebih aku amalkan bawa bekal ke ofis. Selama itu jugaklah tak beli kat kantin. Kalau beli pon sebab tak bawak bekal tapi itu jarang2 berlaku. Terasa kagum dengan diri sendiri. Kau mampu? Mampu je uolls. Tapau jelah ada yang ada kat rumah tu. Aku pon bukan pemakan sangat. Sarapan kalau berat2, lunch aku rebus sup saje. Janji alas perut. Nanti balik keje makan lagi kan. So jangan cakap tak sempat ke apa. Sempat kan ajer. Campak2 sajo. Sedap tak sedap kau yang nak makan.

Teringat dulu zaman anak dara, terfikir gak cemanalah dah kahwin dah ada anak nanti. Selalu tengok mak2 orang sempat je masak pagi2 siap bawak bekal, siap tapaukan banyak2 lagi untuk kitaorang kat ofis ni sarapan. Sempat ke aku buat macamtu? Bangun pukul berapa lak tuuu? Ermmm.

Bila dah lalui zaman mak mak cenggini, baru tahu istilah pengurusan masa. Hehehe. Sempat je buat semua. Kena tangan sotong gak la. Multi-function kata orang. Takde pergerakan lemah gemalai. Automatik semua nak kena cepat. Fast fast fast. Dengan anak, laki aku suruh cepat. Hahaha. Eh alhamdulillah tau anak anak aku ikut aku yang morning person. Senang nak bangun pagi... takde bangun cebek2 nangis tak tentu pasal kecuali dareez la. Hihihi. Budak muda itu kalau tak kena gaya pagi2 bangun boleh tahan buat mak apak dia panaz hati. Mostly bangun pagi mesti upah susu dulu so kau kena ready awal2. Agak2 tu time dia bangun haaa sediakanlah. Mak2 kena macam tu ye. 


Berkat kan... kalau kita tepat pada masa. Aku akan pastikan keluar rumah jam 0730am tu dah kena ada depan lift. Gitu gini, jammed kat jalan depan rumah, punch in still before 0800am. Tepuk tangan kuat2. Hehehe. Tu pon boleh bergaduh dengan daddy dalam kereta cakap dah lambat, dah lambat. Habislah nanti kena potong book off. Padahal sempat jer. Daddy pon alhamdulillah aku tengok sekarang ni senang nak bangun pagi. Tapi malam tu masing2 masuk tido awal. Hahahahahaha. Tidurkan anak, dengan makpak sekali tertidur. Tu aku akan pastikan sebelum masuk bilik semua kerja kasi settle. Kalau tak settle pon aku akan bangun seawal mungkin. Terpaksa uolls. Lama sangat dah ikut kepala sendiri datang ikut suka janji cukup 9jam kerja. Ermmm berbawaklah bertaubat. Tak berkat gaji.

Hidup lebih terurus. Sempat solat dhuha :) mood pagi2 buat kerja pon happy. Lunch takpayah keluar sebab ada bawak bekal. Boleh qada tidur :DD boleh update belog. Ehh? Hahahaha. Semoga rajin sampai lebam. Semoga berterusan... semoga mendapat berkat dalam pekerjaan. Tapi sesekali lambat takpa kot. Kahkahkah.

Eh tapi kan, sekarang rumah aku dekat sekentut je dari ofis. Aqif pon belum masuk sekolah lagi. Aku tengah membayangkan ni bila Aqif dah school... pukul berapa nak bangun pulak tu? Pukul berapa nak gerak dari rumah? Waaaa terus aku pening. Tu belum kalau aku dah duduk rumah sendiri tapi keje still kat kl. Ermmmmmmm matiks.

Dah lah. Malaz nak fikir. Boi.