life is beautiful

life is beautiful

Thursday, April 28, 2016

Ada Apa Dengan Cinta 2



Epic sangat tau AADC punya filem. Hari ni launch AADC2 kan... wow tak sabar nak tengok tapi masalahnya aku rasa kat sini kemungkinan besar daddy malaz nak melayan kehendak aku. Ermm. First launch tahun 2002 masatu baru habis SPM... part time keje cafe kat Terminal One... heboh ah masatu Cinta dan Rangga... dressing pon nak ikut Cinta. Hahahaha. Dengan baju polos... sling bag auwww... terasa jelita kat situ. Alaaa best tau filem ni. Aku suka. Dari filem, sampai ke lagu2 soundtrack.. sampai puisi dia yang popular tu siap hafal. Beli CD lagu lagu Melly Goeslow... adoiii kenangan sungguh. 

Dia bukan apa tau, dia masa tu aku dengan daddy first year cinta jarak jauh. Habis SPM masing2 balik rumah masing2.. aku dok N9, daddy of course la balik Shah Alam. Dengan masing2 sibuk cari part time job... sambil mengisi masa yang terluang... sambil nak tunggu masuk belajar. Semua tu aku masing ingat. Aku masih lagi ingat perasaan itu. So filem AADC ni antara menjadi sebahagian dari kisah aku dengan daddy. Maklomlah, cinta jarak jauh perlukan pengorbanan. Heee.

14 tahun beb, 14 tahun aku tunggu kesinambungan dia... maka 2016 baru muncul part 2... ko ghase tak teruja ke? Hehehe. Aku tak minat pon Rangga... aku lebih suka pasal persahabatan diaorang berlima. Rangga dulu tak ganteng ok. Kahkahkah. Apa rambut hero ketak ketak keriting i dont like. Aku jatuh cinta dengan watak Cinta... dan jugak kagum persahabatan dia dengan Alya. Amboi hebat benar lah tu nak kupas pasal friendship orang. Kahkahkah. Teringat2 yang diaorang menari kat dalam bilik tu. Adoiii memori sangat tuuu.

Kauorang rasa AADC2 more kepada apa eh? Mesti sambungan kisah Cinta dengan Rangga lah kan. Last part 1 Rangga pi oversea. Last year 2015 sebelum AADC2 nak launch, produksi ada keluarkan satu thriller. Konon2 nak suruh kita flashback balik ah. Kot ada yang terlupa kisah diaorang. Amboiii aku tengok sampai ulang 2,3 kali sebab tak puas.

Pelik gak kan, kau ada FB, WA, Wechat... Group geng sekolah... takkan la tak pernah nak tanya khabar. Itu semua lah tu buat aku nak tengok. Haishhh. 

Daddy jom tengok wayang. As a anniversary gift pon ai okayyy. :DD






No comments: