life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, April 06, 2016

Mainan terbaru aku

Biar lambat janji apa yang dihajati tu tercapai. Kehkehkeh. Bercinta nak beli sebenarnya. Eh bukan saja bercinta, lupa terus pon ada. Nasib baik ada wish list 2016. Boleh la rujuk2. Kahkahkah. Dan nasib baik jugak kot LSN sedang buat sale... dia pi post kat facebook then ada orang share kat wall. Maka joms lah pi beli. Amboi asyik nasib baik jer awak ye. Alhamdulillah. Nikmat mana yang perlu engkau dustakan?

Gigih jugak google maps kedai dia tu. Jalan berpusing kemain. Maklomlah bukan ahkak kawasan Cheras. Ni bukan cheras yang belah2 rumah akak ipar aku tu. Ni belah mana tah... first time sampai. Macam nak ke area rumah schoolmate teknik dulu. Pernah la kot lalu sini... ingat2 lupa. Datang situ pun sebab dia kawin. Heeee. Haru sungguh. Bertuahlah zaman sekarang... internet dihujung jari anda. Agak2 tak jumpa jalan ko waze jorrr. Selesai. Wah kemain panjang mukadimah.

Aku nak cerita aku beli mesin jahit jer. 

Pada mulanya ingat nak buat ansuran... sebab ada pakej untuk bayaran ansuran. Haa sebab tu la aku nak beli. Kalau bayar cash, ermm krik krik krik... mahu hujung tahun baru penuh duit tabungan aku. :DDD tetapi memandangkan laki aku adalah pakar dalam bab hutang piutang ini maka dia cakap ayang beli cash terus jelah. Kita tong2. Wahhhh. Terima kasih kanda. Tak ku sangka rezeki datang bergolek golek. TETAPI dengan caps lock besar aku menaip, daddy kata jangan hangit2 tahi unta. Beli kena guna. Harap maklom. Terus dia bagi task suruh jahitkan langsir ofis dia. Huwaaaa. 

Aku kan, dah lupa cara membuat baju kurung boleh tak?? Gigil tangan ni woih nak memegang mesin jahit itu. Tak rasmi lagi pon. Dok tersadai kat meja. Minggu ni aku kerja malam... nanti lah weekend ni. Kain pon satu benda tak beli. Tapi semangat dah berkobar2 ni yeh. Nak kena bukak tutorial kat youtube cara menjahit langsir. Ok sebenarnya benda yang first sekali aku nak buat adalah baju melayu budak2 tu. Tu adalah alasan paling kukuh sekali kenapa aku nak beli mesin jahit.


No comments: