life is beautiful

life is beautiful

Friday, April 01, 2016

Perubahan untuk kebaikan

Dah sebulan training diri datang awal ke ofis. Alhamdulillah semakin terbiasa. Harap istiqomah sampai pencen. Wahh gitchew. Yelahkan, dulu masa zaman anak dara paling lambat pon datang jam 0745am... itu bangun nak dekat pukul 0700...subuh gajah. Ermm teruk perangai. 

La ni hari2 kalau keje pagi aku bangun paling lewat jam 0545am... mata automatik terjaga awal. Siap buatkan breakfast untuk kami dan jugak anak2 you know. Daddy sekarang pagi2 aku bekalkan sarapan. Aku punya bekal pulak sarapan dan jugak lunch. Wahaha tepuk tangannn. Kemain rajin nau nau nau. Dah setahun lebih aku amalkan bawa bekal ke ofis. Selama itu jugaklah tak beli kat kantin. Kalau beli pon sebab tak bawak bekal tapi itu jarang2 berlaku. Terasa kagum dengan diri sendiri. Kau mampu? Mampu je uolls. Tapau jelah ada yang ada kat rumah tu. Aku pon bukan pemakan sangat. Sarapan kalau berat2, lunch aku rebus sup saje. Janji alas perut. Nanti balik keje makan lagi kan. So jangan cakap tak sempat ke apa. Sempat kan ajer. Campak2 sajo. Sedap tak sedap kau yang nak makan.

Teringat dulu zaman anak dara, terfikir gak cemanalah dah kahwin dah ada anak nanti. Selalu tengok mak2 orang sempat je masak pagi2 siap bawak bekal, siap tapaukan banyak2 lagi untuk kitaorang kat ofis ni sarapan. Sempat ke aku buat macamtu? Bangun pukul berapa lak tuuu? Ermmm.

Bila dah lalui zaman mak mak cenggini, baru tahu istilah pengurusan masa. Hehehe. Sempat je buat semua. Kena tangan sotong gak la. Multi-function kata orang. Takde pergerakan lemah gemalai. Automatik semua nak kena cepat. Fast fast fast. Dengan anak, laki aku suruh cepat. Hahaha. Eh alhamdulillah tau anak anak aku ikut aku yang morning person. Senang nak bangun pagi... takde bangun cebek2 nangis tak tentu pasal kecuali dareez la. Hihihi. Budak muda itu kalau tak kena gaya pagi2 bangun boleh tahan buat mak apak dia panaz hati. Mostly bangun pagi mesti upah susu dulu so kau kena ready awal2. Agak2 tu time dia bangun haaa sediakanlah. Mak2 kena macam tu ye. 


Berkat kan... kalau kita tepat pada masa. Aku akan pastikan keluar rumah jam 0730am tu dah kena ada depan lift. Gitu gini, jammed kat jalan depan rumah, punch in still before 0800am. Tepuk tangan kuat2. Hehehe. Tu pon boleh bergaduh dengan daddy dalam kereta cakap dah lambat, dah lambat. Habislah nanti kena potong book off. Padahal sempat jer. Daddy pon alhamdulillah aku tengok sekarang ni senang nak bangun pagi. Tapi malam tu masing2 masuk tido awal. Hahahahahaha. Tidurkan anak, dengan makpak sekali tertidur. Tu aku akan pastikan sebelum masuk bilik semua kerja kasi settle. Kalau tak settle pon aku akan bangun seawal mungkin. Terpaksa uolls. Lama sangat dah ikut kepala sendiri datang ikut suka janji cukup 9jam kerja. Ermmm berbawaklah bertaubat. Tak berkat gaji.

Hidup lebih terurus. Sempat solat dhuha :) mood pagi2 buat kerja pon happy. Lunch takpayah keluar sebab ada bawak bekal. Boleh qada tidur :DD boleh update belog. Ehh? Hahahaha. Semoga rajin sampai lebam. Semoga berterusan... semoga mendapat berkat dalam pekerjaan. Tapi sesekali lambat takpa kot. Kahkahkah.

Eh tapi kan, sekarang rumah aku dekat sekentut je dari ofis. Aqif pon belum masuk sekolah lagi. Aku tengah membayangkan ni bila Aqif dah school... pukul berapa nak bangun pulak tu? Pukul berapa nak gerak dari rumah? Waaaa terus aku pening. Tu belum kalau aku dah duduk rumah sendiri tapi keje still kat kl. Ermmmmmmm matiks.

Dah lah. Malaz nak fikir. Boi.






No comments: