life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, April 19, 2016

Tak tahu nak redha ke tak

Kisah last week.

Aku pergi bilik mel tadi. Alkisah nak amik parcel poslaju beli tudung bokitta. Ewah tak habis2 Bokitta kau tu kan. Masuk ni kalau dikira nak cecah 1k jugak harga aku punya collection. Wowwww tipu sangat hahaha. Masa beli main pm2 je seller kan. Apa lah salah ada duit sikit kau menyimpan kecil. Hishhh. Ok balik kepada tajuk diatas. Sambil tunggu akak kerani cari parcel aku, dia bagi la ada dua surat untuk aku. Kemain kenal nama ai tauuu. Nampak sangat... nampak sangat selalu menebeng kat bilik mel. Hihihi.

Surat bahagian pinjaman perumahan uolls. Mulalah aku debor2 tahap jantung nak tercabut keluar. Ini tak lain tak bukan pasal potongan gaji la ni. Ermm dah aku agak dah. Start dari bulan April 2016 ni bermulalah pemotongan loan rumah aku. Gembira? Aku tak kot. Sedih, bengang... perasaan bercampur baur. Aku tak tahu nak salahkan siapa. Sebenarnya baguslah kan? Ke tak? Yelah... itu tandanya kau dah ada aset. Dah ada rumah sendiri. Cuba tengok berapa kerat je kawan2 baya ko yang dah beli rumah sendiri? Banglo lot pulak tu walauponnn... jauh kedaung dari ibukota. Hahahaha. Dah itu je yang termampu. Tapi aku tak gembira cane?

Loan rumah dah kena potong. Sewa rumah kat KL bulan2 bayar. Tak pernah miss. Tapi, pindah tak ye jugak. Macamana lah aku tak sedih. Down gila.. takde mood.. selera makan pon hilang.

Pagi tadi.

Aku nak snap pic bukti pembayaran deposit the next holiday. Ok nanti itu aku cerita. Pon bengang gak tu. Hahahaha. Bukak2 kamera handphone, blank. Hitam. Takde gambar. Huwaaa. Ni mesti kes malam tadi Dareez tarik hp masa tengah charge sampai terjatuh. Pagi ni baru perasan. Berdouble double sedih aku. Takkan nak salahkan anak pulak. Kau berani nak salahkan anak??
-______-

Kamera handphone A BIG NECESSARY ok. 

Sebab aku suka capture pelbagai momen. So penting. Eh memang penting lah kot. Apa guna kau ada handphone tapi takdak kamera. Ibarat kau ada smartphone tapi takda internet. Beratnya rasa kat hati ni macam seketul batu menghempap. Tak tau nak describe cemana. Tapi macam tu la. Kacau emosi aku. Muka pon suram je... malas nak campur orang. Dah la jatuh tertimpa tangga, jatuh lagi tergolek golek. Pasal loan rumah tu aku dah hampir nak redha. Yelah, mungkin ada hikmah. Kalau tak, asyik tak zedor diri shopping memanjang jerr. Kali ni Allah bagi dugaan sikit terus down gila. Tu baru secubit. Tapi pening kepala berhari hari.

Sedihla. Dah lama tak sedih macam ni. Benci lah kerja dgn RTM ni. Staff nak tukar tak dapat2. Alih2 aku dengar ada je dapat tukar tanpa sebab munasabah. Tiba tiba pulak tu. Serentak laki bini. Aku buat kerja pon sekadar buat. Tak enjoy. Aku harap bos perasan. Tapi kalaupon bos perasan, apa yang dia boleh buat? Setakat luluskan dengan pengganti boleh la....nak lebih2 mimpi disiang hari. Ni pulak boss baru masuk unit kitaorang. Ermmm. 

Tolonglah Ya Allah luluskan permohonan aku secepat mungkin. Aku tak suka lah perasaan macamni. Boleh buat bertekak laki bini. Nasib lah daddy tu sabor. 






No comments: