life is beautiful

life is beautiful

Monday, May 30, 2016

Hectic weekend

Sibuk sangat lah tu kan. Padahal wiken kau buat apa jer... jaga anak kat rumah while daddy work morning till night. Itupon ahad dia cakap nak kena pegi kerja gak tu -___- nasiblah aku dah ingatkan cousin aku punya anak kawin that sunday. Kenalah attend kan... esok lusa kau nak kahwin anak diaorang gak yang akan datang menolong. Heh. Hei sapa cakap jaga anak kat rumah tak busy? Ni siap pakej kemas rumah, masak, basuh baju, lipat kain, bagi diorang makan, mandikan, tidurkan dan lain lain. Takda nya diaorang tido kau pon tido sekali. Eh ada la curi curi tapi memang tak lena laaaa. Hahahaha. Kepala otak fikir bila budak2 tido dapat le settlekan kerja yang tertangguh. Dah bersusun jadual kat kepala otak nak buat apa.... next buat apa.. next, next dan next. Pfttttt otak tak pernah berhenti berfikir. Gitulah jadual seorang mak bekerjaya pabila time wiken jadi surirumahtangga. Ermm. Salute kat korang yang tak bekerja or yang WAHM pastu jaga anak sendiri. 

Lepas kenduri anak cousin ahad tu daddy ajak naik bot kat The Mines. Dia rasa bersalah lettew sebab busy sokmo... anak2 pulak dah pandai demand. Asal daddy balik dari work je ajak keluar. Takpon ada la macam2 dimintaknya. So mesti seminggu tu sehari daddy kena spend time dengan keluarga. Ikut aku lepak rumah lagi best... muahahaha boleh tengok tv... sebab aku kaki tv.. boleh potong kain/jahit baju... tapi takkan nak ikut sedap tekak kau je kannn. Kesian kat anak. Dah la laman takde nak lari2... asal bukak pintu je nampak dinding. Hahahaha. So jom lah pi melawat kawasan. Lama dah tak masuk The Mines.... last time Aqif kecik kot. Tak suka la bawak anak tempat serabut. Rimas den. Dah lah dah start cuti sekolah... ramai umat manusia.... then ada pulak ekspo home apa tah kat building sebelah The Mines tu. 

Berjaya jugaklah naik boat. Heeee. Boleh la... pusing satu tasik dalam 20minit. Budak2 bawah 3 tahun tak kena bayar. Above 3yo kena RM20, dewasa RM28. Ermmm boleh tahan mahal gak kan? Eh Kat tengah2 tasik tu boleh feed ikan tapi kitaorang terlupa nak beli makanan ikan. Gambar malas nak transfer dari camera ke pc. Heh. Sebenarnya aku lupa gila nak bawak kabel. Lantak ah.

Next week nak puasa dah ye? Apa persediaan yang kauorang dah buat? Kantoi puasa dulu dah ganti ke belum? Kekekeke. Sempat lagi ni uolls. Aku kan dah decide tau... nak buat pes lauk banyak2... then frozenkan. Nanti balik kerja takde kelam kelibut. Just masukkan barang basah then tambah la apa2 yang patut. Jimat masa dan jugak tenaga. Tu pasal aku cakap hectic week. Hahahaha. Bz menyiapkan pes kurma, kari, asam pedas, rendang cili api dan lain2. Hebatttttt angat ni. :DDDD

Oklah. Boringggg. Bai.








Thursday, May 26, 2016

Masuk kandang orang ikut cara orang lah kan?

Cerita pasal boleh ke tak aku menyesuaikan diri bila bertukar di tempat baru nanti... cececeaaaa macam confirm masa terdekat je kan kau dapat pindah. Sembang nak kencang jorr. Hahahaha. Ok ok aku taknak lah impian tinggi melangit... apa orang kata tu, macam angan angan mat jenin. Tapi aku syak zaman sekarang ni takde dah mat jenin kot. Actually aku tak panggil ia angan2, tapi aku panggil ia planning. Wah gitu.

Lambat ke cepat pertukaran itu yang penting planning dah ada. Aku dah terdidik macam tu oleh daddy so secara tak langsung memang akan poning lah woih. Eh apa melalut jauh ni... Aku nak cerita aku ni dah ready ke kalau bekerja disuasana baru nanti... boleh ke coop dengan staff kat sana. Maklomlah skop kerja totally lain. Takde dah nak deal dengan producer, editor. Haa boleh ke? 

Member batch aku lah kan... ada la dalam 2,3 orang. Ni aku cerita random... tak tuju kat sapa2. First posting kat state, then kerja dalam 3-4 tahun mintak tukar balik HQ sebab peribadi. Mostly sebab berkahwin. Then duduk state 2-3 tahun pastu mintak transfer balik negeri masing masing. Kadang2 yang tak dapat ke negeri sendiri, negeri berhampiran pon boleh. :D

Tapi kan, okeyyyyy je mereka bertukar tukar tempat kerja. Macam takde hal pon. 

Aku je yang gelabah lebih. Ok mungkin aku gelabah tak hengat sebab tempat bro yang aku nak tukar suka sama suka tu kat menara kl. Hahahaha matiks lah kan kerja 3 syift. Pastu memikirkan anak anak sapa nak jaga dengan kerja daddy yang tak menentu. Maybe sebab tu aku gelabah.

Ada sorang ni baru balik state. Dulu load kerja kat HQ duduk opis je... la ni dia kena main dengan mixer besor2 gedabak tu. Eeeiii pitamssss. Hahahaha. Tapi rileks je aku tengok... Takdepon cakap stress belajar benda baru. Bukan benda yang kita tak tahu tu ke yang kena belajar? Ermmm.

Be positif kecillll. You can do it. Macam drive kereta. Aku cerita tak lagi last month balik Seremban aku drive dari Nilai sampai masuk porch rumah mak aku kat Seremban. Hahahahaha tu memang cipta sejarah betul. Tak ikut highway, aku lalu jalan lama. Seeee... bila dah depan mata boleh je buat. Kan? Kita ni sebab tak hadap je... bila dah hadap nanti pandai2 la bawak diri ye tak? Kemonnnn. Takdenya dapat post kat menara tu... bos sana cakap staff perempuan xkan keje kat menara. Well, kita lihat nanti ok.

Aku memerlukan moral support sebenarnya. Asyik muhasabah diri jer... dah habis muhasabah dah ni. Ngeeeee.






Wednesday, May 25, 2016

Life like this

Hai. Busy sangat nampaknya aku ni. Yes, aku superbusy like that. Uruskan itu, uruskan ini eh macam2 lah sampai banyak perkara sekarang ni kena tulis kat note book supaya tak terlupa. Hahaha nampak kan aku busy cemana. Sampai nak borak2 kat belog pon takde masa. Nak curi masa pon aku dah tak terlayan dah. Baik buat benda lain. Ceaceaceaaa anak tirikan belog nampak. Tumbuk kang.

Actually aku sedang mengusahakan sesuatu yang dah lama aku perjuangkan. Pasal nak tukar tempat kerja tu. Last week dapat info ada orang dari sana nak balik HQ. Woww memang perancangan Allah tu jangan kau sangkal kan ye. Kita ni punyalah merancang habis habisan... tapi Allah lebih mengetahui. So far kitaorang try buat surat tukar suka sama suka. Tapi kan sebenarnya sebelum aku dapat tahu benda tu, aku dapat offer gak tukar ke Putrajaya. Tapi jadi kadder post lah. Malas nak explain, korang google sendiri lah eh. Sapa penjawat awam paham lah kot. Hahahaha terus pening kan, dapat offer tengahari, nak result petang sebelum pukul 5. Memang pitams aku memikirkannya. Tak pernah terlintas kat kepala otak ni dapat Putrajaya. Load keje dia cemana... ishhh. Tapi tulah, Allah tu ada perancangan yang terbaik untuk aku sekeluarga. Kita jangan tamak ok.

Admin kata kalau sure aku dapat tukar ni Insyallah dalam bulan 7 or 10 pindah la aku. Sebelum aku hantar surat tukar pagi tadi, 2-3 hari gak ko tak lalu makan. Dia bukan apa tau... mak mak memang macam ni eh? Belum pindah lagi, tapi dah fikir pengasuh anak cemana, dan next year Aqif dah nak school. Pasal cari rumah lagi. Setakat sebulan dua berulang dari rumah sekarang ok lagi kot... nak duduk rumah sendiri belum boleh masuk lagi. Tu pon nyampah gak tu dengan progress pemaju. Haishh. Tak leh mengeluh tau. 

Kadang2 perubahan itu perlu. Tapi kita kena ingat mungkin ia akan lebih mencabar dimasa2 yang tertentu. So kena bersedia dari segi mental, fizikal, masa, tenaga dan paling haru sekali wang ringgit. Huhuhu. Aku rasa macam dah cukup bersedia nak hadapi perubahan ini. Cewahhhh, ko cakap yee yee kan. Sampai masanya nanti nangis2. Ai kennot. Aku kan dah pernah cakap, pertama kali masuk keje, ini tempat posting aku dari dulu sampai sekarang. Tak pernah bertukar... kecuali kena keje syift la. Tapi tetap department yang sama, bos yang sama dan ofismate yang sama. Tak reti cheq nak bergaul balik, melalui tempat kerja baru. Adoiii. Nak kena muhasabah diri lebih ni oiii.

Daddy awal2 dah bagitau, kena study pasal pengasuh anak, sekolah anak, area rumah yang nak kita sewa dan lain2. Dia punya plan, kita dah tak payah masuk KL dah... nak lalui jammed pagi2... dengan lift rosak dan jugak rumah flat crowded takde parking. Hahahaha iyolah b. Aku pelan2 usha ni. Terus pening pasal mana la nak masukkan Aqif sekolah ni. Walaupon kindergarten jorrr. Hahaha. Sebab aku dah aim Little Caliph yang kat Pantai Hillpark. So ni kena cari lain. Kalau boleh biar lah yang full day supaya senang kami laki bini nak arrange masa. 

Pengasuh lagi. Sedih gak tu. Walaupon ko belum tentu dapat pindah ke tak, tapi bau bau macam dah ada. So kena prepare lah kan. Sedih la.. pengasuh sekarang dah macam family sendiri. Tengok lah nanti sure aku nangis punya. Benda lain aku tak sedih sangat, bab pengasuh ni sensitif okeh. Dia jaga anak ko dari kecik sampai dah banyak akal, dia yang concern lebih... ibarat mak kedua lah untuk budak2 ni. So memang aku terasa sangat. 


Doakan semoga laluan aku ni dipermudahkan ya. Mungkin ada rezeki yang lebih baik untuk aku sekeluarga bila dah pindah nanti. 








Friday, May 20, 2016

HELPPPPP

Tolonggg, aku tak boleh nak move on ni disebabkan si Alif Satar. Dah macam aku syok kat Duta so many yearssss ago. Hahahahaha. Semalam terlajak tidokan anak2 bangun pukul 1115 malam, huwaaaa tak sempattt... dah habis cerita Dia Semanis Honey. So tadi berbekalkan screen iphone yang kecik ketek ittew, layan jugak lah dengan sound system yang sayup2. Hahahaha feeling2 sensorang je uolls. Kenapa aku dah macam tertarik dengan Alif ni? Kenapa???? Tak boleh nak hilang bayang dia kat dalam anak mata aku ni. Kahkahkah. Mengada betul.

Perasan gak la sejak mengacara Meletop Kebabomm aura dia semakin menyerlah. Ke sebab badan dah sado? Kekekeke. Eh masa Project NS tu pon aku layan gak tauu. Pasal dia kena masuk plkn dengan Diana Danielle. Eh ke sebab dulu dia macam budak2 baru nak up? Hahahahaha. Muda lagi kan.. lahir tahun 1990 baru berapa umur... 26 tahun... dah kawin anak sorang. Ermmm. Nampak tak aku study pasal dia?

Watak Ahnaf sesuai sangat lah dengan engko pada pandangan aku. Gamble pastu sweet. Hahahahaha puiiii tolong lah jangan gelak. Dah lama tak rasa feel syok kat somebody macam ni. I mean retis lah. Dulu Duta kemain kat atas meja kelas tepek gambar dia. Pembakar semangat lah kunun. Ate SPM camtu gak. Ermmm. Lagi sapa? Takuya Kimura? Tu pon cinta hati gak tu... tapi dah biasa2 je sekarang sebab tak mampu seharian nak ngadap cerita jepun sampai habis noks. Mak dah tua. Kahkahkah. Anak2 dan suami diutamakan.

Nak kata retis aku minat gila2 lah memang jarang jarangggg berlaku. So Alif Satar ai dah terminat kat u ni cemana?

Baiiii!







Tuesday, May 17, 2016

Penangan Dia Semanis Honey

Sejak dah beranak ranak ni jarang sangat lah aku nak layan drama melayu kat tv. In case kalau ada budak ofis yang layan kat ofis, baru aku tengok. Itu pon melangkau langkau episodnya. Hahaha. Sedih hidup ai tau. Drama moden poyo nak mamps pukul 7 kat tv3 lagi la ampunnnn tak pernah terbukak kat rumah. 

Ceritanya last weekend lepak rumah since takde kemana... tiba2 aku terlayan drama Siti Nordiana dengan Aliff Satar berlakon ittew. Adoiii teringat ingat sampai sekarang. Kesudahnya malam tadi terpaksa bersengkang mata tunggu pukul 10. Sebab Aliff Sataf tu ganteng ok. Hahahaha. Baru perasan kenapa ko boleh ensem lak ni. Dulu macam budak tak matang lagi. Ermmm. Start episod 5 aku layan dah boleh agak jalan cerita dia cemana. Kesian gak kat abam sado Hairul Azreen. Kena rejek tokleh belah. Tapi ai lagi suka pairing antara Ahnaf dengan Hani. Comel jer... tak sangka Nana pandai gak berlakon. Kalau lah kau si Uqasha hahahaha.

Takzabar nak tunggu ending. Ecehh. Nak tahu gak Hani tu stay gak ke dengan Ahnaf. Si Bella meroyan tu rasa nak cekik2 je. Makeup putih melepak... liptik merah menyala bak hang. Lempang kanggg.





Monday, May 16, 2016

Kursus edit gambor

Haii. Hari ni 1st day kursus kat IPPTAR. Lama tak kursus subjek teknikal kat sini. Asal apply je tak pernah nama naik... Since tahun lepas kot. Maybe now dia dah bukak untuk org luar. So potensi staff sendiri nak dapat memang tipis. Berebut lah engkorang.

1st day kursus huru hara aku. Mana taknya... Pagi ni bangun pon dah pukul 630. Kelam kelibut mana nak solat.. Mandi... Buatkan sarapan budak2. Ampunn tak cukup napas. Itulah, malam tadi tidokan budak2, terlajak kooo pukul 1pagi terbangun. Daddy kata nk keluar jumpa client pon lajak gak tido sama. Itu aku pesan... Lainkali masuk tidokan budak2 salah sorang jerr. Yg sorang kena duduk luar buat apa yg patut. Kalau sorang tertido sorang tu boleh kejutkan. Dah terbangun nk tido balik memang payah la. Ni mendapat pulak kursus kan. Ermmm. Sengkang biji mata dengan batang mancis le. Hihihi.

Zaumar pon pagi tadi terlajak bangun. Boleh pulak masing2 pukul 735 baru nak bangun. Nak berdukung pulak nak hantar ke pengasuh. Aaaa. Nasib lah hari ni naik motor. Memang laju vas vassss. Alhamdulillah selamat pon sampai ke tempat kursus. Pagi2 dah macam berlari 400meter. Sihat ah pasni jantung ai. Hahaha.

semoga tak ngantuk time kursus nanti eh!



Friday, May 13, 2016

Lauk kegemaran suami dan jugak briani terbaek setakat ni

Semenjak dah berumahtangga ni mostly lah, disekeliling aku selalu dengar kata2 lauk kegemaran suami dah jadi lauk kegemaran sendiri. Eh betul ke? Hahahaha aku cakap betul lah kot. Dah takdo dah nak masak lauk kegemaran sendiri sesuka hati. Eh tapi laki aku semua lauk yang aku masak semua dia makan. Tinggal berselera dengan tidak je. Kalau nampak dia macam makan sikit je samada tak kena kat tekak or bukan kegemaran lah tu. Ermm.

Nasib lah laki den bukan dari pantai timur, kalau tak jenuh gak aku nak belajar masakan dari sana. Matiks lah wehhhh. Hahahaha. Aku ni kalau boleh lauk hari2 mesti ada yang pedas. Alangkan masak sup pon cili kicap wajib tak tinggal. Gitu kekdahnya. Sama lah dengan laki aku tu. Dia pon boleh tak pemedas orangnya. Tapi kalau kau masak lauk kari atau kurma, especially berasaskan ayam... fuhhh dia punya berselera tu lain maciam aku nengok. Maklomlah, itu lauk kegemaran dia. So memang aku setiap kali masak kari or kurma, tiap kali tu jugaklah gigil tak hengat. Sebab takuit tak takzedap. Hahahaha. Kang ada jeee kompelin kurang ini la ittew lah. Hamboii... susah kalau tekak pengkritik ni. Tapi bila kalu masak lauk tu dia makan senyap takde bunyik pastu pergi dapur tambah 2kali dah paham dah tu.... mestilah sedap. Kahkahkah puji diri sendiri.

Laki aku mak bapak asal johor. Jadi semangat pemakan johorean dia tu sebati dalam diri. Kitaorang pencinta briani kambing. Buat masa ni Briani Mat Shah kat BP sangat menajdi poojaan hati. Briani kat KL tak dapek lagi kot menandingi kesedapan briani batu pahat. Seriusss. Aku tak pernah jumpa lagi. Kalau kauorang cakap briani mamak sedap, bagi kitaorng tak sedap. Sebab mamak. Style masakan dan resepi dia lain. Tak caye? Nanti free2 pi batu pahat cari briani okeh. Aku pasti terkenang kenang sampai bila2. :DDD

Baru ni laki den cakap ada briani batu pahat kat setapak. Celah mana tak tau dia pon share dengan aku kat facebook. Tak try lagi sebab tak berkesempatan. Tapi setiap kali pening cari tempat makan, setiap kali itu lah cakap nak gi makan briani kat setapak. Dan masalahnya tak pernah aku setuju. Hahaha sebab jauhhh. Ampun tak sanggup redah ke sana. So tapau je briani mahbub. nanti lah kalau betul2 free... takde kemana.. memang free nak mamps... dan ada urusan ke sana, baru kita menjengah eh.

Aku rasa nak kena buat proposal trip ke batu pahat ni. Since dah lama tak pekena briani mat shah... dan jugak ada briani power.. nak tahu jugak briani mana yang paling mantop. Mee racun pon tak try lagi. Fuhh kalau cerita bab menternak lemak, bagi ah kat aku. Gigih aku google satu2 tempat makan kat BP sana. Alang2 ke BP, kita singgah lah Muar ye dak. Pekena mee bandung thorbaek kat sana. Selalu makan asyik lah tak kena kat tekak. Tekak apa pon aku tak tahu kitaorang suami isteri ni. Haaaa alang2 ke BP boleh jugak singgah Pasar Karat Rengit. Asyik dengar ofismate bercerita jeeee.. boleh jadi murung seharian aku bila mengetahui barang sana affordable price. Hahahaha. 

Weyy apa ni. Tadi cerita pasal lauk kegemaran suami, dah ni melalut ke briani pulak. Pastu tempat shopping. Ermm.

Oklah nak late lunch. Happy holiday uolls. Esok ada makan2 kat SA. Babai.










Tuesday, May 10, 2016

Waghih Trip 2016 - Desa Balqis

Aku memang ada plan nak bawak mak, ayah, keluarga sendiri bercuti sama sama. Since adik adik aku pon dah kerja, tinggal yang bongsu tu je tengah sambung belajar so maybe this is the right time. Dan kebetulan daddy ada cakap, lepas vacation dengan idris family, dia nak bawak parents aku pergi holiday pulak. Biar adil dan saksama. Bagus menantu sorang tu. Hehehe.

Daddy bagi masa dua minggu je kat aku untuk cari tempat bercuti. Patutnya nak celebrate sekali wedding anniversary kitaorang sebab time tu cuti bersambung sambung, tapi memang tak ahh dah kau kedek2 baru nak booking memang semua tempat pon full. So anjak the next week. Macam biasa, kena cari tempat yang kalau boleh jenis banglo 3-4 bilik, ada pool dan jugak boleh buat bbq. Kemain kan permintaan nak hebat je. Hahahaha. Tapi aku memang prefer macamtu... sebab tujuan utama kau pon nak bonding time dengan family, so kalau masing2 berpecah bilik baik tak payah. Nasib lah Desa Balqis ada kosong.... itu pon dapat yang rumah dua bilik.

Ramai tanya Desa Balqis tu kat mana? Amboii uncle gugel kan ado. Hihihi. Meh nak bagitau, Desa Balqis ni duduk kat Kuala Linggi... atas dari Tanjung Tuan, dah nak dekat ke Melaka. Kiranya sempadan la. Tapi alamat dia dah Melaka. Gitu ah. Hari tu kitaorang saja je lalu ikut jalan depan Politeknik. Nak mengimbau kenangan lettew. Padahal kan aku nak pekena Cendol Bakar kat area tokong cina. Pehh sedap mabeles. Try lah weh.








Kemain meriah pandangan diwaktu malam. Memang suasana kampung betul ah. Mak dan ayah aku kan orang kampung... membesar kat rumah kayu jugak so mereka agak kagum dengan senibina rumah kayu kat sini. Masing masing mengimbau kenangan. Tak salah percaturan aku membawa mereka bercuti kat sini. Yeahh. Kitaorang sewa semalam kat rumah Pak Teh. Actually ada banyak rumah... disebabkan time tu ada pulak yang buat family day, so fully book. Tinggal rumah pakteh je yang masih kosong. Satu malam campur tolak sewa sekali peralatan bbq, ada la RM700.

Part bbq semua bawak sendiri. Gigih ah aku perap udang, ikan siakap, buat coleslaw, mashed potato dan jugak sos black pepper. Jangan tanya resepi sebab aku pon gugel hahahaha. Sedap tak sedap haku tengok laju je habis... by malam tu jugak settle. Siap kucing pon dapat makan. Hahaha. Gemok lah engko kucing makan makanan yang berkhasiat. Siakap separuh je untuk engko.

Malam tu takde aktiviti yang memberangsangkan. Buat aktiviti sendiri. Lapipon malam tu hujan selebat2... nasiblah bbq dah selesai. Dengar jelah geng family day karaoke. Pastu gelak bahak bahak sebab nyanyi tak zedap. Dah lama aku tak gelak2 dengan adik badik aku. Selalu susah nak kumpul semua. Kang sorang takda la pi keje, sorang keluarlah, sorang tak balik sebab banyak esaimen la. So memang enjoy that day. Aku ni kan family ramai lelaki. Aku dengan adik bawah aku pon beza banyak tahun. Maka nak rapat ngam hoi tu takdo lah. Bila dah kumpul begini baru rasa makin rapat. Kata bonding time with family kan. Hehehe.










Pagi pagi dah bangun sebab teruja nak tengok laut waktu pagi. Anak anak aku tu memang morning person. Dareez toksah cakap ah, doplohpatjam melekat kat atok. Diaorang dulu yang tengok laut. Pon boleh. Best gak lepak tepi laut time pagi. Actually nak tunggu Desa Balqis punya breakfast tak sampai2 maka moh la pie melawat kawasan dulu. Stay sini dia akan bagi foc breakfast ikut berapa pax punya pakej. Ok what... takde ah pening nak cari warung pepagi alam... sedang kan yang lain bukan jenis senang bangun pagi.

Lepas sarapan, ramai2 turun balik pergi laut. Tak prefer mandi swimming pool sebab air dia tak berapa nak clear. Harap pihak DB perbaiki. Besorkan sikit ah pool tu. Sekali geng family day berkubang terus hilang dari pandangan anak anak aku. Hahaha. Baik mandi laut. Luas pon luas.












Dareez ni kan penggeli sangat hoi. Pasir je pon.. tapi nangis beriya iya. Macam kena dera. Tu pon aku saja je suruh dia pijak pasir. Nangis, nangis lah engko. Kasi buang sikit ion negative dalam badan tu mengalir ke pasir... barulah gatal gatal tu hilang dik. Hahaha. Aqif jugak yang steady mandi dengan pakcik2 dia. Senang keje aku... ada orang tukang jagakan anak. Itu yang aku suka kalau bercuti bersama family besar. Tak payah offer, ada je yang tolong tengokkan anak engko. Bagusss, kipidap. Pastu pelik kenapa tak banyak gambar Aqif... aah kan baru perasan. :D



So selesai bercuti kali ini. Adik aku ada bawak awek dia... tapi jangan salah faham yek.. pasal awek dia tido sebilik dengan mak aku. Yang lelaki semua tido kat hall kecuali kitaorang la. Of course satu bilik khas untuk pensponsor. Wakakaka. Aku tak setuju pada mulanya... last2 minit baru tahu dia nak bawak. Ermm. Kita doakan yang baik2 okeh. Aku tengok awek dia nampak macam baik baik. So layan jelah. Dia jugak yang banyak tolong layankan anak anak den.

Last check out gigih cari asam pedas claypot klebang. Jauh tak jauh alang2 kan. Tapi totoppp. Hahahahahaha macam hawau. Last2 makan kat gerai bas2 terpakai kat tepi pantai klebang. Tapi mana pantainya oiiii. Nak jugak asam pedas melaka, nasib sodap. Dapat pulak original coconut shake. Ermmm makin menternak lemak. Misi 40kilog jangan dilupakan.:P

So far boleh repeat lagi. Mungkin dengan family yang lain... or dengan geng susuk. Eh? Hahaha. Tu plan je memanjang... jadinya ontah. Tapi takpa... benda2 macamni toksah dirancang sangat. Kalau ada, laju je on. Kan? Yang penting gembirakan family sendiri dulu.


Till end. Babai.







Tuesday, May 03, 2016

Sheikh wannabe

Kan ke kamera iphone aku rosak tak settle2 lagi maka kemsalam jelah nak bergambau selpie bagai ni ye. Aku scroll balik dalam galeri terjumpa gambar ni... anak pengasuh yang whatsapp. Aku dengan dia kan memang keep in touch each other. Hahahaha. Senang nanti nak ambik anak lambat ke apa, whatsapp jorr. Kang kalau call rumah selalu la tak berangkat. Rosak mungkin. Eh bukan, dia cakap bateri takde. Telefon rumah memang nak kena charge ke apa? Konpius. Ah abaikan jelah.

Aku forward pulak ke daddy, daddy jam2 tu post kat group wa family idris. Dia sejuk hati lettew tengok anak bujang dia pakai serban. Eh jap, ni serban ke apa? Kauorang panggil apa? Serban lah kan. Kemudian dengan posing malu2 dia tu... amboiii macam anak soleh gitew. Hahaha. Semoga jadilah ye. Umi daddy selalu doakan.


Tapi lately ni asyik bertekak dengan aku. Ke aku yang selalu marah2 Aqif? Ada je benda tak kena kat mata aku pasal perangai dia. Haishh. Aku pon tak suka nak marah2 tak tentu hala sebenarnya. Dan aku rasa si Aqif ni pon dah fade up. Ape pasallah ummi asyik nak marah2 dia. Sampai dia cakap, ummi ni asyik nak marah jerrr. Heeee. Maafkan ummi wahai anakku.

Biasalah budak kan, kalau tak lasak dia tak belajar. Tapi masa dia tengah lasak tu la yang kita ni dok nak marahhh je. Ermmm. Muhasabah diri sikitttt please. Paling sedih bila nak tido la... dia tetap akan cari aku... nak tido sama2... peluk2... dan time tu baru la rasa bersalah kat dalam diri ini. Budak tu baru je 4tahun kan... yang kau nak train dia macam budak tingkatan 1 dah kenapa? Lempang diri sendiri nak??




Yakin boleh... Kalau tak boleh pon cuba jugak.

Boleh tak aku nak challenge diri aku target dapat 40kg before raya? Muahahaha. Kau memang pcycho sungguh tauuuuu. Tu berat sebelum kahwin tau yakni masa zaman anak dara. Boleh kot? Diet main2 setahun baru dapat berat badan yang ideal macam sekarang. Tu pon masih tak puas hati lagi... Nak kurus tang lengan tu taktahu macamana. So aku rasa kalau aku betul2 berdisplin... Jaga pemakanan dan maintain workout maybe boleh kot kan? Lagipon kawan kawan disekeliling aku tika ini dalam berusaha untuk menurunkan berat badan. (eh yeke, bahaha) Rasanya macam takda masalah. Macam je.... Kang tiba2 ada je yang bawak makanan.... Macam tadi. 

Punah ranah diet aku. Cisss.

Ada ke bawak nasi bukhara... Kari kambing... Dalca... Acar buah dan sebagainya... Mahu tak sepinggan aku makan.... Tambah dua kali. -____- pastu menyesal. Padahal aku bawak bekal. Terus sorok bekal... Keji perangai. Hahaha. Nasiblah aku keje sampai malam hari ni so bekal buat early dinner. Padahal pagi tadi plan dinner tak nak makan. Ermmm ni semualah ni. Perut tak lapar pon... Sebab pagi dan makan berat kan. Tapi kesiankan bekal aku tu maka makan lah jugak. Cannot go macam wehhh.

Misi 40kg ni harap berjaya lah ye. Raya awal bulan 7 kan? So sapsapsoi lebih kurang lagi dua bulan. Currently berat aku 42.6kg-43kg... Tak lari angka tu la. Payah benor nak kurang... Tak paham aku... Faktor usia mungkin? 

Kipidap kecil kipidap. Yakin boleh. Aku harap bulan puasa je ni. Tak makan nasik dua tiga hari setakat ni selamberr. Hebat betul diri aku sekarang ni. Kahkahkakah. Kalau tak turun turun jugak memang lemak tepu melekat taknak tanggal lah tu. Hazabb. Oklah bai.






Sunday, May 01, 2016

Happy 5th!

Its been a longggg relationship, 14th years knowing each other... and today is our day. Selamat ulangtahun ke-5 sayang. Diharap kita saling sayang menyayangi, ingat mengingati dan nasihat menasihati antara satu sama lain... dikurniakan kesabaran pada tahap paling tertinggi bagi menghadapi perangai masing masing. Insyallah.



P.S: Aku ni memang perangai keras kepala boleh tahan ;p. Eh tapi dengan daddy je. Maybe tu cara aku nak manja2. Kot? Heeeee.