life is beautiful

life is beautiful

Monday, May 30, 2016

Hectic weekend

Sibuk sangat lah tu kan. Padahal wiken kau buat apa jer... jaga anak kat rumah while daddy work morning till night. Itupon ahad dia cakap nak kena pegi kerja gak tu -___- nasiblah aku dah ingatkan cousin aku punya anak kawin that sunday. Kenalah attend kan... esok lusa kau nak kahwin anak diaorang gak yang akan datang menolong. Heh. Hei sapa cakap jaga anak kat rumah tak busy? Ni siap pakej kemas rumah, masak, basuh baju, lipat kain, bagi diorang makan, mandikan, tidurkan dan lain lain. Takda nya diaorang tido kau pon tido sekali. Eh ada la curi curi tapi memang tak lena laaaa. Hahahaha. Kepala otak fikir bila budak2 tido dapat le settlekan kerja yang tertangguh. Dah bersusun jadual kat kepala otak nak buat apa.... next buat apa.. next, next dan next. Pfttttt otak tak pernah berhenti berfikir. Gitulah jadual seorang mak bekerjaya pabila time wiken jadi surirumahtangga. Ermm. Salute kat korang yang tak bekerja or yang WAHM pastu jaga anak sendiri. 

Lepas kenduri anak cousin ahad tu daddy ajak naik bot kat The Mines. Dia rasa bersalah lettew sebab busy sokmo... anak2 pulak dah pandai demand. Asal daddy balik dari work je ajak keluar. Takpon ada la macam2 dimintaknya. So mesti seminggu tu sehari daddy kena spend time dengan keluarga. Ikut aku lepak rumah lagi best... muahahaha boleh tengok tv... sebab aku kaki tv.. boleh potong kain/jahit baju... tapi takkan nak ikut sedap tekak kau je kannn. Kesian kat anak. Dah la laman takde nak lari2... asal bukak pintu je nampak dinding. Hahahaha. So jom lah pi melawat kawasan. Lama dah tak masuk The Mines.... last time Aqif kecik kot. Tak suka la bawak anak tempat serabut. Rimas den. Dah lah dah start cuti sekolah... ramai umat manusia.... then ada pulak ekspo home apa tah kat building sebelah The Mines tu. 

Berjaya jugaklah naik boat. Heeee. Boleh la... pusing satu tasik dalam 20minit. Budak2 bawah 3 tahun tak kena bayar. Above 3yo kena RM20, dewasa RM28. Ermmm boleh tahan mahal gak kan? Eh Kat tengah2 tasik tu boleh feed ikan tapi kitaorang terlupa nak beli makanan ikan. Gambar malas nak transfer dari camera ke pc. Heh. Sebenarnya aku lupa gila nak bawak kabel. Lantak ah.

Next week nak puasa dah ye? Apa persediaan yang kauorang dah buat? Kantoi puasa dulu dah ganti ke belum? Kekekeke. Sempat lagi ni uolls. Aku kan dah decide tau... nak buat pes lauk banyak2... then frozenkan. Nanti balik kerja takde kelam kelibut. Just masukkan barang basah then tambah la apa2 yang patut. Jimat masa dan jugak tenaga. Tu pasal aku cakap hectic week. Hahahaha. Bz menyiapkan pes kurma, kari, asam pedas, rendang cili api dan lain2. Hebatttttt angat ni. :DDDD

Oklah. Boringggg. Bai.








No comments: