life is beautiful

life is beautiful

Monday, May 16, 2016

Kursus edit gambor

Haii. Hari ni 1st day kursus kat IPPTAR. Lama tak kursus subjek teknikal kat sini. Asal apply je tak pernah nama naik... Since tahun lepas kot. Maybe now dia dah bukak untuk org luar. So potensi staff sendiri nak dapat memang tipis. Berebut lah engkorang.

1st day kursus huru hara aku. Mana taknya... Pagi ni bangun pon dah pukul 630. Kelam kelibut mana nak solat.. Mandi... Buatkan sarapan budak2. Ampunn tak cukup napas. Itulah, malam tadi tidokan budak2, terlajak kooo pukul 1pagi terbangun. Daddy kata nk keluar jumpa client pon lajak gak tido sama. Itu aku pesan... Lainkali masuk tidokan budak2 salah sorang jerr. Yg sorang kena duduk luar buat apa yg patut. Kalau sorang tertido sorang tu boleh kejutkan. Dah terbangun nk tido balik memang payah la. Ni mendapat pulak kursus kan. Ermmm. Sengkang biji mata dengan batang mancis le. Hihihi.

Zaumar pon pagi tadi terlajak bangun. Boleh pulak masing2 pukul 735 baru nak bangun. Nak berdukung pulak nak hantar ke pengasuh. Aaaa. Nasib lah hari ni naik motor. Memang laju vas vassss. Alhamdulillah selamat pon sampai ke tempat kursus. Pagi2 dah macam berlari 400meter. Sihat ah pasni jantung ai. Hahaha.

semoga tak ngantuk time kursus nanti eh!



No comments: