life is beautiful

life is beautiful

Friday, May 13, 2016

Lauk kegemaran suami dan jugak briani terbaek setakat ni

Semenjak dah berumahtangga ni mostly lah, disekeliling aku selalu dengar kata2 lauk kegemaran suami dah jadi lauk kegemaran sendiri. Eh betul ke? Hahahaha aku cakap betul lah kot. Dah takdo dah nak masak lauk kegemaran sendiri sesuka hati. Eh tapi laki aku semua lauk yang aku masak semua dia makan. Tinggal berselera dengan tidak je. Kalau nampak dia macam makan sikit je samada tak kena kat tekak or bukan kegemaran lah tu. Ermm.

Nasib lah laki den bukan dari pantai timur, kalau tak jenuh gak aku nak belajar masakan dari sana. Matiks lah wehhhh. Hahahaha. Aku ni kalau boleh lauk hari2 mesti ada yang pedas. Alangkan masak sup pon cili kicap wajib tak tinggal. Gitu kekdahnya. Sama lah dengan laki aku tu. Dia pon boleh tak pemedas orangnya. Tapi kalau kau masak lauk kari atau kurma, especially berasaskan ayam... fuhhh dia punya berselera tu lain maciam aku nengok. Maklomlah, itu lauk kegemaran dia. So memang aku setiap kali masak kari or kurma, tiap kali tu jugaklah gigil tak hengat. Sebab takuit tak takzedap. Hahahaha. Kang ada jeee kompelin kurang ini la ittew lah. Hamboii... susah kalau tekak pengkritik ni. Tapi bila kalu masak lauk tu dia makan senyap takde bunyik pastu pergi dapur tambah 2kali dah paham dah tu.... mestilah sedap. Kahkahkah puji diri sendiri.

Laki aku mak bapak asal johor. Jadi semangat pemakan johorean dia tu sebati dalam diri. Kitaorang pencinta briani kambing. Buat masa ni Briani Mat Shah kat BP sangat menajdi poojaan hati. Briani kat KL tak dapek lagi kot menandingi kesedapan briani batu pahat. Seriusss. Aku tak pernah jumpa lagi. Kalau kauorang cakap briani mamak sedap, bagi kitaorng tak sedap. Sebab mamak. Style masakan dan resepi dia lain. Tak caye? Nanti free2 pi batu pahat cari briani okeh. Aku pasti terkenang kenang sampai bila2. :DDD

Baru ni laki den cakap ada briani batu pahat kat setapak. Celah mana tak tau dia pon share dengan aku kat facebook. Tak try lagi sebab tak berkesempatan. Tapi setiap kali pening cari tempat makan, setiap kali itu lah cakap nak gi makan briani kat setapak. Dan masalahnya tak pernah aku setuju. Hahaha sebab jauhhh. Ampun tak sanggup redah ke sana. So tapau je briani mahbub. nanti lah kalau betul2 free... takde kemana.. memang free nak mamps... dan ada urusan ke sana, baru kita menjengah eh.

Aku rasa nak kena buat proposal trip ke batu pahat ni. Since dah lama tak pekena briani mat shah... dan jugak ada briani power.. nak tahu jugak briani mana yang paling mantop. Mee racun pon tak try lagi. Fuhh kalau cerita bab menternak lemak, bagi ah kat aku. Gigih aku google satu2 tempat makan kat BP sana. Alang2 ke BP, kita singgah lah Muar ye dak. Pekena mee bandung thorbaek kat sana. Selalu makan asyik lah tak kena kat tekak. Tekak apa pon aku tak tahu kitaorang suami isteri ni. Haaaa alang2 ke BP boleh jugak singgah Pasar Karat Rengit. Asyik dengar ofismate bercerita jeeee.. boleh jadi murung seharian aku bila mengetahui barang sana affordable price. Hahahaha. 

Weyy apa ni. Tadi cerita pasal lauk kegemaran suami, dah ni melalut ke briani pulak. Pastu tempat shopping. Ermm.

Oklah nak late lunch. Happy holiday uolls. Esok ada makan2 kat SA. Babai.










No comments: