life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, May 25, 2016

Life like this

Hai. Busy sangat nampaknya aku ni. Yes, aku superbusy like that. Uruskan itu, uruskan ini eh macam2 lah sampai banyak perkara sekarang ni kena tulis kat note book supaya tak terlupa. Hahaha nampak kan aku busy cemana. Sampai nak borak2 kat belog pon takde masa. Nak curi masa pon aku dah tak terlayan dah. Baik buat benda lain. Ceaceaceaaa anak tirikan belog nampak. Tumbuk kang.

Actually aku sedang mengusahakan sesuatu yang dah lama aku perjuangkan. Pasal nak tukar tempat kerja tu. Last week dapat info ada orang dari sana nak balik HQ. Woww memang perancangan Allah tu jangan kau sangkal kan ye. Kita ni punyalah merancang habis habisan... tapi Allah lebih mengetahui. So far kitaorang try buat surat tukar suka sama suka. Tapi kan sebenarnya sebelum aku dapat tahu benda tu, aku dapat offer gak tukar ke Putrajaya. Tapi jadi kadder post lah. Malas nak explain, korang google sendiri lah eh. Sapa penjawat awam paham lah kot. Hahahaha terus pening kan, dapat offer tengahari, nak result petang sebelum pukul 5. Memang pitams aku memikirkannya. Tak pernah terlintas kat kepala otak ni dapat Putrajaya. Load keje dia cemana... ishhh. Tapi tulah, Allah tu ada perancangan yang terbaik untuk aku sekeluarga. Kita jangan tamak ok.

Admin kata kalau sure aku dapat tukar ni Insyallah dalam bulan 7 or 10 pindah la aku. Sebelum aku hantar surat tukar pagi tadi, 2-3 hari gak ko tak lalu makan. Dia bukan apa tau... mak mak memang macam ni eh? Belum pindah lagi, tapi dah fikir pengasuh anak cemana, dan next year Aqif dah nak school. Pasal cari rumah lagi. Setakat sebulan dua berulang dari rumah sekarang ok lagi kot... nak duduk rumah sendiri belum boleh masuk lagi. Tu pon nyampah gak tu dengan progress pemaju. Haishh. Tak leh mengeluh tau. 

Kadang2 perubahan itu perlu. Tapi kita kena ingat mungkin ia akan lebih mencabar dimasa2 yang tertentu. So kena bersedia dari segi mental, fizikal, masa, tenaga dan paling haru sekali wang ringgit. Huhuhu. Aku rasa macam dah cukup bersedia nak hadapi perubahan ini. Cewahhhh, ko cakap yee yee kan. Sampai masanya nanti nangis2. Ai kennot. Aku kan dah pernah cakap, pertama kali masuk keje, ini tempat posting aku dari dulu sampai sekarang. Tak pernah bertukar... kecuali kena keje syift la. Tapi tetap department yang sama, bos yang sama dan ofismate yang sama. Tak reti cheq nak bergaul balik, melalui tempat kerja baru. Adoiii. Nak kena muhasabah diri lebih ni oiii.

Daddy awal2 dah bagitau, kena study pasal pengasuh anak, sekolah anak, area rumah yang nak kita sewa dan lain2. Dia punya plan, kita dah tak payah masuk KL dah... nak lalui jammed pagi2... dengan lift rosak dan jugak rumah flat crowded takde parking. Hahahaha iyolah b. Aku pelan2 usha ni. Terus pening pasal mana la nak masukkan Aqif sekolah ni. Walaupon kindergarten jorrr. Hahaha. Sebab aku dah aim Little Caliph yang kat Pantai Hillpark. So ni kena cari lain. Kalau boleh biar lah yang full day supaya senang kami laki bini nak arrange masa. 

Pengasuh lagi. Sedih gak tu. Walaupon ko belum tentu dapat pindah ke tak, tapi bau bau macam dah ada. So kena prepare lah kan. Sedih la.. pengasuh sekarang dah macam family sendiri. Tengok lah nanti sure aku nangis punya. Benda lain aku tak sedih sangat, bab pengasuh ni sensitif okeh. Dia jaga anak ko dari kecik sampai dah banyak akal, dia yang concern lebih... ibarat mak kedua lah untuk budak2 ni. So memang aku terasa sangat. 


Doakan semoga laluan aku ni dipermudahkan ya. Mungkin ada rezeki yang lebih baik untuk aku sekeluarga bila dah pindah nanti. 








No comments: