life is beautiful

life is beautiful

Thursday, May 26, 2016

Masuk kandang orang ikut cara orang lah kan?

Cerita pasal boleh ke tak aku menyesuaikan diri bila bertukar di tempat baru nanti... cececeaaaa macam confirm masa terdekat je kan kau dapat pindah. Sembang nak kencang jorr. Hahahaha. Ok ok aku taknak lah impian tinggi melangit... apa orang kata tu, macam angan angan mat jenin. Tapi aku syak zaman sekarang ni takde dah mat jenin kot. Actually aku tak panggil ia angan2, tapi aku panggil ia planning. Wah gitu.

Lambat ke cepat pertukaran itu yang penting planning dah ada. Aku dah terdidik macam tu oleh daddy so secara tak langsung memang akan poning lah woih. Eh apa melalut jauh ni... Aku nak cerita aku ni dah ready ke kalau bekerja disuasana baru nanti... boleh ke coop dengan staff kat sana. Maklomlah skop kerja totally lain. Takde dah nak deal dengan producer, editor. Haa boleh ke? 

Member batch aku lah kan... ada la dalam 2,3 orang. Ni aku cerita random... tak tuju kat sapa2. First posting kat state, then kerja dalam 3-4 tahun mintak tukar balik HQ sebab peribadi. Mostly sebab berkahwin. Then duduk state 2-3 tahun pastu mintak transfer balik negeri masing masing. Kadang2 yang tak dapat ke negeri sendiri, negeri berhampiran pon boleh. :D

Tapi kan, okeyyyyy je mereka bertukar tukar tempat kerja. Macam takde hal pon. 

Aku je yang gelabah lebih. Ok mungkin aku gelabah tak hengat sebab tempat bro yang aku nak tukar suka sama suka tu kat menara kl. Hahahaha matiks lah kan kerja 3 syift. Pastu memikirkan anak anak sapa nak jaga dengan kerja daddy yang tak menentu. Maybe sebab tu aku gelabah.

Ada sorang ni baru balik state. Dulu load kerja kat HQ duduk opis je... la ni dia kena main dengan mixer besor2 gedabak tu. Eeeiii pitamssss. Hahahaha. Tapi rileks je aku tengok... Takdepon cakap stress belajar benda baru. Bukan benda yang kita tak tahu tu ke yang kena belajar? Ermmm.

Be positif kecillll. You can do it. Macam drive kereta. Aku cerita tak lagi last month balik Seremban aku drive dari Nilai sampai masuk porch rumah mak aku kat Seremban. Hahahahaha tu memang cipta sejarah betul. Tak ikut highway, aku lalu jalan lama. Seeee... bila dah depan mata boleh je buat. Kan? Kita ni sebab tak hadap je... bila dah hadap nanti pandai2 la bawak diri ye tak? Kemonnnn. Takdenya dapat post kat menara tu... bos sana cakap staff perempuan xkan keje kat menara. Well, kita lihat nanti ok.

Aku memerlukan moral support sebenarnya. Asyik muhasabah diri jer... dah habis muhasabah dah ni. Ngeeeee.






No comments: