life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, May 03, 2016

Sheikh wannabe

Kan ke kamera iphone aku rosak tak settle2 lagi maka kemsalam jelah nak bergambau selpie bagai ni ye. Aku scroll balik dalam galeri terjumpa gambar ni... anak pengasuh yang whatsapp. Aku dengan dia kan memang keep in touch each other. Hahahaha. Senang nanti nak ambik anak lambat ke apa, whatsapp jorr. Kang kalau call rumah selalu la tak berangkat. Rosak mungkin. Eh bukan, dia cakap bateri takde. Telefon rumah memang nak kena charge ke apa? Konpius. Ah abaikan jelah.

Aku forward pulak ke daddy, daddy jam2 tu post kat group wa family idris. Dia sejuk hati lettew tengok anak bujang dia pakai serban. Eh jap, ni serban ke apa? Kauorang panggil apa? Serban lah kan. Kemudian dengan posing malu2 dia tu... amboiii macam anak soleh gitew. Hahaha. Semoga jadilah ye. Umi daddy selalu doakan.


Tapi lately ni asyik bertekak dengan aku. Ke aku yang selalu marah2 Aqif? Ada je benda tak kena kat mata aku pasal perangai dia. Haishh. Aku pon tak suka nak marah2 tak tentu hala sebenarnya. Dan aku rasa si Aqif ni pon dah fade up. Ape pasallah ummi asyik nak marah2 dia. Sampai dia cakap, ummi ni asyik nak marah jerrr. Heeee. Maafkan ummi wahai anakku.

Biasalah budak kan, kalau tak lasak dia tak belajar. Tapi masa dia tengah lasak tu la yang kita ni dok nak marahhh je. Ermmm. Muhasabah diri sikitttt please. Paling sedih bila nak tido la... dia tetap akan cari aku... nak tido sama2... peluk2... dan time tu baru la rasa bersalah kat dalam diri ini. Budak tu baru je 4tahun kan... yang kau nak train dia macam budak tingkatan 1 dah kenapa? Lempang diri sendiri nak??




No comments: