life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, May 10, 2016

Waghih Trip 2016 - Desa Balqis

Aku memang ada plan nak bawak mak, ayah, keluarga sendiri bercuti sama sama. Since adik adik aku pon dah kerja, tinggal yang bongsu tu je tengah sambung belajar so maybe this is the right time. Dan kebetulan daddy ada cakap, lepas vacation dengan idris family, dia nak bawak parents aku pergi holiday pulak. Biar adil dan saksama. Bagus menantu sorang tu. Hehehe.

Daddy bagi masa dua minggu je kat aku untuk cari tempat bercuti. Patutnya nak celebrate sekali wedding anniversary kitaorang sebab time tu cuti bersambung sambung, tapi memang tak ahh dah kau kedek2 baru nak booking memang semua tempat pon full. So anjak the next week. Macam biasa, kena cari tempat yang kalau boleh jenis banglo 3-4 bilik, ada pool dan jugak boleh buat bbq. Kemain kan permintaan nak hebat je. Hahahaha. Tapi aku memang prefer macamtu... sebab tujuan utama kau pon nak bonding time dengan family, so kalau masing2 berpecah bilik baik tak payah. Nasib lah Desa Balqis ada kosong.... itu pon dapat yang rumah dua bilik.

Ramai tanya Desa Balqis tu kat mana? Amboii uncle gugel kan ado. Hihihi. Meh nak bagitau, Desa Balqis ni duduk kat Kuala Linggi... atas dari Tanjung Tuan, dah nak dekat ke Melaka. Kiranya sempadan la. Tapi alamat dia dah Melaka. Gitu ah. Hari tu kitaorang saja je lalu ikut jalan depan Politeknik. Nak mengimbau kenangan lettew. Padahal kan aku nak pekena Cendol Bakar kat area tokong cina. Pehh sedap mabeles. Try lah weh.








Kemain meriah pandangan diwaktu malam. Memang suasana kampung betul ah. Mak dan ayah aku kan orang kampung... membesar kat rumah kayu jugak so mereka agak kagum dengan senibina rumah kayu kat sini. Masing masing mengimbau kenangan. Tak salah percaturan aku membawa mereka bercuti kat sini. Yeahh. Kitaorang sewa semalam kat rumah Pak Teh. Actually ada banyak rumah... disebabkan time tu ada pulak yang buat family day, so fully book. Tinggal rumah pakteh je yang masih kosong. Satu malam campur tolak sewa sekali peralatan bbq, ada la RM700.

Part bbq semua bawak sendiri. Gigih ah aku perap udang, ikan siakap, buat coleslaw, mashed potato dan jugak sos black pepper. Jangan tanya resepi sebab aku pon gugel hahahaha. Sedap tak sedap haku tengok laju je habis... by malam tu jugak settle. Siap kucing pon dapat makan. Hahaha. Gemok lah engko kucing makan makanan yang berkhasiat. Siakap separuh je untuk engko.

Malam tu takde aktiviti yang memberangsangkan. Buat aktiviti sendiri. Lapipon malam tu hujan selebat2... nasiblah bbq dah selesai. Dengar jelah geng family day karaoke. Pastu gelak bahak bahak sebab nyanyi tak zedap. Dah lama aku tak gelak2 dengan adik badik aku. Selalu susah nak kumpul semua. Kang sorang takda la pi keje, sorang keluarlah, sorang tak balik sebab banyak esaimen la. So memang enjoy that day. Aku ni kan family ramai lelaki. Aku dengan adik bawah aku pon beza banyak tahun. Maka nak rapat ngam hoi tu takdo lah. Bila dah kumpul begini baru rasa makin rapat. Kata bonding time with family kan. Hehehe.










Pagi pagi dah bangun sebab teruja nak tengok laut waktu pagi. Anak anak aku tu memang morning person. Dareez toksah cakap ah, doplohpatjam melekat kat atok. Diaorang dulu yang tengok laut. Pon boleh. Best gak lepak tepi laut time pagi. Actually nak tunggu Desa Balqis punya breakfast tak sampai2 maka moh la pie melawat kawasan dulu. Stay sini dia akan bagi foc breakfast ikut berapa pax punya pakej. Ok what... takde ah pening nak cari warung pepagi alam... sedang kan yang lain bukan jenis senang bangun pagi.

Lepas sarapan, ramai2 turun balik pergi laut. Tak prefer mandi swimming pool sebab air dia tak berapa nak clear. Harap pihak DB perbaiki. Besorkan sikit ah pool tu. Sekali geng family day berkubang terus hilang dari pandangan anak anak aku. Hahaha. Baik mandi laut. Luas pon luas.












Dareez ni kan penggeli sangat hoi. Pasir je pon.. tapi nangis beriya iya. Macam kena dera. Tu pon aku saja je suruh dia pijak pasir. Nangis, nangis lah engko. Kasi buang sikit ion negative dalam badan tu mengalir ke pasir... barulah gatal gatal tu hilang dik. Hahaha. Aqif jugak yang steady mandi dengan pakcik2 dia. Senang keje aku... ada orang tukang jagakan anak. Itu yang aku suka kalau bercuti bersama family besar. Tak payah offer, ada je yang tolong tengokkan anak engko. Bagusss, kipidap. Pastu pelik kenapa tak banyak gambar Aqif... aah kan baru perasan. :D



So selesai bercuti kali ini. Adik aku ada bawak awek dia... tapi jangan salah faham yek.. pasal awek dia tido sebilik dengan mak aku. Yang lelaki semua tido kat hall kecuali kitaorang la. Of course satu bilik khas untuk pensponsor. Wakakaka. Aku tak setuju pada mulanya... last2 minit baru tahu dia nak bawak. Ermm. Kita doakan yang baik2 okeh. Aku tengok awek dia nampak macam baik baik. So layan jelah. Dia jugak yang banyak tolong layankan anak anak den.

Last check out gigih cari asam pedas claypot klebang. Jauh tak jauh alang2 kan. Tapi totoppp. Hahahahahaha macam hawau. Last2 makan kat gerai bas2 terpakai kat tepi pantai klebang. Tapi mana pantainya oiiii. Nak jugak asam pedas melaka, nasib sodap. Dapat pulak original coconut shake. Ermmm makin menternak lemak. Misi 40kilog jangan dilupakan.:P

So far boleh repeat lagi. Mungkin dengan family yang lain... or dengan geng susuk. Eh? Hahaha. Tu plan je memanjang... jadinya ontah. Tapi takpa... benda2 macamni toksah dirancang sangat. Kalau ada, laju je on. Kan? Yang penting gembirakan family sendiri dulu.


Till end. Babai.







No comments: