life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, May 03, 2016

Yakin boleh... Kalau tak boleh pon cuba jugak.

Boleh tak aku nak challenge diri aku target dapat 40kg before raya? Muahahaha. Kau memang pcycho sungguh tauuuuu. Tu berat sebelum kahwin tau yakni masa zaman anak dara. Boleh kot? Diet main2 setahun baru dapat berat badan yang ideal macam sekarang. Tu pon masih tak puas hati lagi... Nak kurus tang lengan tu taktahu macamana. So aku rasa kalau aku betul2 berdisplin... Jaga pemakanan dan maintain workout maybe boleh kot kan? Lagipon kawan kawan disekeliling aku tika ini dalam berusaha untuk menurunkan berat badan. (eh yeke, bahaha) Rasanya macam takda masalah. Macam je.... Kang tiba2 ada je yang bawak makanan.... Macam tadi. 

Punah ranah diet aku. Cisss.

Ada ke bawak nasi bukhara... Kari kambing... Dalca... Acar buah dan sebagainya... Mahu tak sepinggan aku makan.... Tambah dua kali. -____- pastu menyesal. Padahal aku bawak bekal. Terus sorok bekal... Keji perangai. Hahaha. Nasiblah aku keje sampai malam hari ni so bekal buat early dinner. Padahal pagi tadi plan dinner tak nak makan. Ermmm ni semualah ni. Perut tak lapar pon... Sebab pagi dan makan berat kan. Tapi kesiankan bekal aku tu maka makan lah jugak. Cannot go macam wehhh.

Misi 40kg ni harap berjaya lah ye. Raya awal bulan 7 kan? So sapsapsoi lebih kurang lagi dua bulan. Currently berat aku 42.6kg-43kg... Tak lari angka tu la. Payah benor nak kurang... Tak paham aku... Faktor usia mungkin? 

Kipidap kecil kipidap. Yakin boleh. Aku harap bulan puasa je ni. Tak makan nasik dua tiga hari setakat ni selamberr. Hebat betul diri aku sekarang ni. Kahkahkakah. Kalau tak turun turun jugak memang lemak tepu melekat taknak tanggal lah tu. Hazabb. Oklah bai.






No comments: