life is beautiful

life is beautiful

Sunday, June 12, 2016

Apam polka dot dot dot inti nutella

Ni dah takde kerja sangat dah ni kan. Gigih aku menguli bahan2 nak buat apam polka dot. Gigih jugak aku guna multi rice cooker sebagai pengukus. Hahaha sila lah kagum dari jauh weh. Lagipon duduk saja sewaktu bulan puasa ni boleh tahan bosan tahap cipan dan mengundang lapar dan dahaga so mari lew merajinkan diri. Padahal suami ada sound dia dah lama tak nampak mixer berputar. Ewah ewah awak main request je kan. Dia tak tau ke aku ni sambil mengukus apam sambil jaga anak... sambil membuat kerja rumah. Memang multifunction bini awak tu. Sila hargai. 

Start buat pukul 12 macamtu... pukul 430 petang baru habis. Hazabedah wehhh sebab periuk nasik aku jenis small 1.2L... so memang berulang ulanggggggg kali nak kukus. Hasilnya dapat la 76 bijik apam polka dot yang dot dot dia kemahin besar sebab tergunting hujung piping besar. Wajib pengukus 3 tingkat masuk dalam list hadiah hari jadi. Tak kira. Aku dah jadi syok pulak membaking guna kukus. Hahaha.



Sejenis kaler pastel sebab aku nampak lawa pulak macaroon pastel2 ittew so aku applykan kat apam. Nak blend kaler purple tetaplah tak jadi. Benci tauuu. Actually yang ada kat rumah pon kaler basic... merah jambu, biru dengan hijau. So sukati aku je campur2 kaler. Lantak situ janji apam aku sedap. Hahaha. Tempting tak??

Resepi aku amik dari facebook ada orang share. Ada banyak version kot. Entah. Ni sebab bahan2 semua memang ready kat rumah so jalan je projek apam. :DD Siap aku tapaukan utk akak ipar aku... anak2 dia kan suka apam2, kek2 macam ni. Bagi jelah diaorang. Lagipon simpan kat rumah lama2 kang kitaorang puasa, budak2 bukan makan banyak... kita sedekah je kat orang right? Rasanya nak kena repeat lagi kot... nak bagi jiran pulak. Hehehe. Tengok jugak tu kot nutella ada lagi ke idak. Malas nak pi kedai2 beli2 bahan ni. Eh tapi kan rasa nak buat cookies raya pulak. Buat awal takde kelam kelibut kan. Walaupon aku macam cuti lama je sebelum raya. Hehehehehe. Ok masuk dalam notebook ajak daddy beli bahan utk cookies.


Selamat berbuka uolls.







No comments: