life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, June 01, 2016

Bowling plan menjadi

Kalau nak cerita pasal bowling ni lah aku rasa mahu dua tiga tahun yang lepas punya planning... Bahaha. Akhirnya menjadi jugak tahun ni ye. Thanks kepada bos baru kitaorang yang sporting bagi extend masa waktu bekerja dan join sekaki. Apa je yang kitaorang plan kalau nak tahu lah kan asal plan je nak laksanakan tu agak lambat lah jugak. Tak tahu kenapa... hahahaha. 

So badminton dah berhenti berehat sempena memberi laluan kepada bulan ramadhan, bowling tournament antara staff pon dah menjadi... bbq? family day? Ermmm. Akan diusulkan proposal kepada yang berkenaan. :D

Ai mengaku ai tak teror okayyyy. Lama gila tak pegang bola bowling. Last main tahun 2010 kalau tak silap... lepas iftar kat Tropicana Golf Resort dengan geng susuk kitaorang main bowling kat eCurve. tahun berapa lak tu??? So memang hareyyy. Maafkan aku lah yek sapa partner aku tadi. Jangan serik dan jangan rindu. Esok lusa aku dapat pindah nanti terkenang kenang :DDDDD




Kenapa tak banyak gambar? Lupa nak remind kan lagi, camera Iphone iols kan rosak... tak pergi repair lagi. Not necessary buat masa ni walauponn ko telan ailio jer nak snap gambar bilamana ada momen2 yang manis. Kahkahkah. Lantak ah situ malas aku nak perabih duit. Ni pon aku cilok kat group whatsapp. Tak rajin iols nak selfie bagai ni yek. Maluuuu nanti muka sepinggan besau terpampang. Hahahaha. Aku sedor diri.

Kitaorang main kat Endah Parade dapat 4 game bayar sorang RM12 je engko jangan tak tahu. Ni under pakej boleh call direct Mega Lanes kalau nak tahu lebih details. 

Ni saja suka suka sebelum menyambut puasa. Kang bulan puasa duduk diam2 lah ye. Hahaha. Banyak sangat perancangan kitaorang ni... trip to border Malaysia lah, itulah inilah... kang sembangg je pastu senyap. Yang family day ni tak lepas2 siap dah ada sponsor pon tak lepas gak cane.... Mohon bos baru pertimbangkan aktiviti hujung tahun. Itu pon kalau aku masih ada lagi di unit ini. Hehehe.

Lagi beberapa hari je lagi nak bulan ramadhan kan. Aku plan amik cuti nak shopping groceries sikit and settlekan beberapa benda. Malas lah kan nak keluar nanti bulan puasa baru hegeh2 nak topup lauk bagai. Ai cannot. Itupon kalau boleh baju raya nak settlekan awal. Amboiiii puasa pon belum dah sibuk cerita baju raya. Hahaha. Sedangkan belum puasa lagi shopping mall dah buat sale sempena raya inikan masa puasa kan. Hadoii pitams mak. Itu semua kena tunggu green light dari suami ai. Kalau dia proceed maka moh la kita shopping. ;p

Oklah bai.










No comments: