life is beautiful

life is beautiful

Monday, June 13, 2016

Crush childhood

Zaman facebook... zaman internet dihujung jari ni macam2 boleh berlaku. Terbaru aku ternampak kat news feed someone dari zaman sekolah rendah aku. Wowww ni macam kesayangan aku dulu. Hahahahahah. What a small world. Apa taknya... kawan dia kawna aku. Kawan aku friend dia, aku boleh nampak kot. Itu yang kejinya facebook. Kau kenapa mengingatkan aku zaman silam. Kahkahkah. 

Aku pon sebenarnya ingat2 lupa. Sebab macam tak lama dia kat sekolah rendah tu dan aku pon macam hilang ingatan peristiwa di sekolah rendah. Taktau kenapa. Aku memang lost memory dizaman sekolah rendah mahupon sekolah menengah. Tapi bila sekolah teknik laju pulak kau ingat. Sebab ada daddy mungkin. Hahahaha macam jilake perangai.

So dia pon add aku as a friend. Maybe sebab mutual friend aku dengan dia sama je. Dan tiba2 kat ig pon dia add. Hahahah dia ni ingat aku ke tak? Aku tenung lama2 gambar profile dia baru kenal. Ehhhh dia ni la.. ahahahah lupa dia pindah sekolah time bila. Tapi masa upsr takde dah. Tapi aku memang teringat la peristiwa2 dulu kahkahkah ko kenapaaaaa. Ingat masa darjah 3 dia duduk depan aku. Dulu kat facing meja mengadap. Pastu satu group ada 3 meja mengadap2. Kawan sebelah aku tu ngadap pakwe dia. Yang dia ngadap aku. Kahkah. Kerlass darjah 3 dah ada pakwe makwe. 

Masa dapat buku tulis dia suruh aku tuliskan nama dia. Kemain bunga2 hati aku. Pastu tak ingat dah apa jadi lagi lepas tu. Serius aku terlalu rindu zaman sekolah rendah. Hingusan kau tahu la cemana dengan comotnya kan. Perangai tak boleh belah. Nakal aku ni. Hihihi.

So far dia belum nikah. Wiwiwiwi. Tapi abam sado. Pastu aku malas dah nak stalker. Nampak family man sangat. Nak je aku pm tepi ku tanya apa khabar. Sajaaaa. Sebab lama gila kot tak jumpa... tak berhubung. Kawan2 aku yang sekampung dengan dia maybe lah jumpa. Sebab seingat aku la... masa sekolah rendah dia dengan abang dia duduk kampung rumah nenek ke apa tah... pastu pindah sekolah sebab duduk dengan mak bapak balik. Gitu ah.

Tulah facebook. Mempertemukan, merapatkan dan jugak boleh menjauhkan. Simpanggggg. Aku takat stalker ex boyfie punya lifestyle je sudah ah. Masing2 dah bahagia dah nikah dah ada anak. So apa lagi yang kau nak? Say hi tanya khabar je. Pastu paling boleh pergi jauh takat komen2 yang membina. Lebih2 ai cannot. Sorry. So ai hope kawan2 ai disekeliling ai pon macamtu gak. Jangan sebab facebook rumahtangga berpecah belah. Ada ye, aku malas je nak cerita.


No comments: