life is beautiful

life is beautiful

Monday, June 06, 2016

Ramadhan 2016

Hai. Buat apa tu? Makan ke. Kekekeke. Haippp tak puasa yek. 1st day puasa aku cuti. Pengasuh mintak cuti diorg nak berbuka puasa kat kampung. Layan jelah. Bukan selalu pon kan... lagipun dah lama mak Aqif tak mintak cuti. Diorg pulak yang selalu entertain anak anak aku. Ermm. Puasa kalini biasa2 je. Aku dah pesan kat daddy kalo nak berbelanja kat bazar ramadhan tak lebih dari RM10. Pandai pandai le ko nak bajet cemana. Hahahahah. Tahun ni kitaorang plan nak bersederhana saja. Masak kat rumah lauk simple2 je pon tak kisah asalkan masak. Wah gicu. Aku ok jer... cuma suami ai tu selera mengalahkan budak baru belajar puasa. Yang penting dia air batu/sejuk. Aku memang takkan sentuh ah. Seteguk pon tak minum. Nak cari bala ke.... sat g badan lemau sapa yang tanggung? Hakak jugakkk. Ai is cannot. Aku ni dah la tunggak keluarga... bangun sahur, aku. Siapkan juadah berbuka, aku. Settlekan hal rumah, aku. Selalu jaga anak, aku. Buatnya aku tak sihat tak ke haru? hihihi.

Apa plan menu first day puasa ni? Asam pedas ikan jenahak mak aku bekalkan semalam banyak lagi. Dah jimat satu lauk. Yeahhh. Ingat nak masak ayam goreng berempah... goreng sayur sikit... ulam ulam tempe ke, telur masin ke. Perghhh. Cukuplah tu. Kan nak bersederhana. Panjang masa lagi nak ke raya. Kau ada 29 hari lagi. Kahkahkah.








No comments: