life is beautiful

life is beautiful

Monday, July 25, 2016

Kursus Android Programming dan jugak cerita minggu lepas

Hai. Buat apa tu. Minggu ni aku kursus kat Ipptar. Lupa zaman bila mintak kursus tau2 je dapat. Hahahaha. Dah la pengguna IOS pastu dapat kursus Android. Ko ghase? Lantok situ. Best jugak belajar pasal programming ni. Walaupon basic jorrr tapi kalau teror boleh buat side income kau tahu. Menyesal dulu masa poly pilih elektrik... kalaulah aku tahu, baik amik yang berkaitan dengan komputer. Networking maybe... tak pon IT. Hahahahah nak salahkan zaman dulu kala pulak. -___-

Disebabkan kursus maka tak dapek lah memenuhi undangan para open ofis di ofis. Hahahahah gila keji perangai. Asyik nak menternak lemak je ko kan. Ingat sikit, susah senang membuang lemak setahun yang lalu. Jangan buat2 lupa pulak. Aku perasan kan sejak menginjak angka 3series ni penurunan berat badan semakin perlahan. Macam nak kapak kan aje scale weight tu kau tahu. Tapi takpala... kena fikir positif. Dan keluar anak dua dah kan... takkan lah tak tahu mana datangnya lemak2 yang melekat ittew. Hahahahaha. Ini kalau beranak no3 nampak gayanya dari awal kena jaga pemakanan. Ermmm. Bila? Nanti yek. Emosi dan fizikal belum bersedia lagi. Eh tapi kalau Allah kata dia nak bagi rezeki awal... apa salahnya ye tak? Kekekekeke. Rindu bau baby u know!


Btw last week takde kemana sebab daddy busy gila. So rileks2 je kat rumah. Ahad tu jelah beraya kat rumah sil then pergi repair camera iphone. Lama sangat camera aku ni rosak... rindu. Hahahahah. Nasiblah terjumpa page kat facebook... lama aim nak pegi tapi seriously masa mencemburui aku. So hari tu sekali jalan ke rumah sil, laju2 aku ajak daddy singgah. Cost tukar camera belakang yang baru untuk iphone aku ni RM130. Affordable right? Oklah dari ratus2. Tak mampu cheq.

Tujuan sebenar pegi ceras sebab Aqif mengadu dia nak beraya... nak pakai baju melayu. Hahaha kenapa comel sangat niiii. So oklah dari dok canguk kat rumah, kang daddy balik dari work kita pegi. Suka anak anak aku dapat jumpa sepupu sepapat dia. Tapi tulah, tak leh lama la... sebab esok pon dah hari bekerja... nak jalan2 jauh nanti kang balik parking takdo. Ermm.




Boleh yek beraya rumah orang pastu tuan rumah ajak pi makan pizza. Hahahaha pon boleh la kak... konyang Alhamdulillah. Dah dapat keluar ke mall haaa tak cukup tangan aku nak handle budak berdua ni. Nasib ada sepupu lain jantina... so mereka pon berkawan bersama. T__T








Saturday, July 23, 2016

Raya kedua, ketiga dan seterusnya 2016

Haiii. Sambung balik cerita raya. Sampai melaka dah pukul 6... Nampak kereta family aku baru nak gerak keluar dari halaman rumah nenek. Nak pegi beraya lettew. Hahahaha. So follow terus. Otw balik tadi memang dah call... mak aku cakap diaorang tak dapat keluar beraya lagi sebab sedara mara ramai datang rumah. Bapak aku pulak rasa macam tak sihat. So hold dulu. Itu yang dah petang baru jalan raya. Aku ni pantang kalau kat melaka tak pergi jalan beraya. Sebabnya makanan kat sana heaven. Sampai je rumah pertama kau dijamukan dengan rendang cili api ayam kampung... tambah pulak sambal telur puyuh. Hadoiii cemana nak tolak taktau hahahahahah. Ada tahun dulu kot raya pertama jamu sup gearbox/tulang dengan kambing bakar... ampunnnn. Mana tak menternak lemak. Hehehe

Raya ketiga beraya kat Batu Pahat/Muar side makbapak daddy. Kitaorang memang macam ni la... nasib je kampung aku kat melaka/seremban so boleh la lari2 jap. Dari BP balik terus Seremban rumah mak aku.... Sebabnya esok nak beraya side family bapak aku. Punyalah membazir masa atas jalan je tau. Tapi takpa, sebab raya kan setahun sekali. Nak harap raya jelah aku ni boleh berjalan sakan jumpa sedara mara. Harapkan hari hari biasa... memang payahhh. Hehehehe. Mari gunakan kesempatan yang ada. 
Memang sejak azali rumah nenek aku cenggini... takde ubah2 pon. Dulu, kini dan selamanya kaler kuning. Beza pekat dengan cair je hahaha. Tak lama lagi mak aku nak pencen. So nanti ulang alik melaka lah nampak gayanya. Mak aku ada buat rumah kat sini. Oklah kan... itulah harapan nak tengok tengok kan nenek aku nanti. Aku tengok mak aku suka je duduk kampung. Eh kitaorang memang orang kampung kot. Hehehehe. Rindu nenek. Rindu jugak arwah atok. 



Ni nak bergerak ke BP. Mak aku tu tahu lah henpon canggih... sukati dia je kan. Tengok tuuu laman belakang rumah nenek... boleh parking 4 biji kereta sekali. Nak sambung buat rumah pon bolehhhh... bagi je modal. Tak tau lah nanti kot nenek dah tak ada, sapalah yang menghuni rumah kampung ittew. Sedeh lah wehhh. Hahahaha. Banyak kenangan tau. Maklomlah dulu masa kecik pernah dihantar duduk kampung... nenek bela setahun masa aku darjah satu. Pehtu naik darjah dua mak aku panggil balik rumah sendiri sebab hari2 call kata rindu. Ecehhhh.




Habit tah bila taktauuuuuu. Botol bergantungan memang trademark. Kauorang tengok la gambar raya... semua mulut gantung botol. Aku tengok kecik besor je. Nasib sayang. Ni bokitta susah nak dapat jugak. Sebulan hunting. Cukup duit baru cari seller yang nak let go... eh tapi ni aku dapat new. Kesayangan gak ni. Harus simpan dalam peti besi. Jangan tanya bila sis nak letgo ya :D Sekali berbokitta, terjebak sampai ikat perut u know.






Tengok semua gambar rasa sakit jiwa dengan lengan sado. Bila nak kurus lengan oiii. Puasa sebulan dah. Lengan tak ye surut2. Hahahahaha. Haaa aku ada sejarah yek dengan baju biru ni. Sebenarnya kain pink bawah tu aku sambung sendiri. Sebab masa mula2 dapat baju ni, pakai, ehh pesal pakai macam pendek semacam. Sebab kain dia jenis bubble crepe so masa ukur elok je... bila dah siap macam ternaik naik pulak. Daripada aku kena sound dengan daddy satgi, baik aku pikirkan inisiatif lain. Hahahaha. Maka jadilah apa yang kauorang nampak ni. No bad. Kretip ai like.

Selamat hari raya koranggg. Walaupun raya pertama dah lepas tapi aku tetap nak ucap jugak. Eh raya sebulan okk. Mohon maaf ye salah dan silap antara sedar atau tidak sedar sepanjang aku menulis di blog ini. Syok sendiri i know :D  semoga kita dapat berjumpa lagi pada raya tahun depan. Halalkan makan dan minum aku... celoteh aku yg mengarut2 ittew... Pendapat yang macam good good dan seumpamanya. Aku pon maafkan korang. Sama sama kita perbaiki diri ya. 







Wednesday, July 20, 2016

#seindahsyawal di KKMM

Tugas jaga gerai bubur tapi aku ngelat hahahahah. Jaga kejap pastu selebihnya topup makan sana sini. Tahun ni jamuan raya jabatan kitaorang bergabung. Kalau dulu, kejuruteraan lain, jabatan lain, kementerian lain. Tahun ni tah pasaipa ekonomi merosot taktau. Mungkin sebab Malaysia dah tak cukup duit -____- yelah hari ni check payslip, kenaikan bulan 7 yang digembar gemburkan takdooo. Sedeh iols. Entah bila la nak naik tu kannnn. Ermmm. Sabau jelah kau rakyat marhaen. So sepakat ramai2 pakai baju hijau. Aku lantok takde hijau pucuk picang... emelard green pon sauk. Janji hijau.

Kemain meriah gerai kitaorang... mana tak nya, mendapat lah kategori gerai paling havoc/bising. Bising celah mana sebab ada loceng aiskrim. Habis diorang ingat kami semua ada provide aiskrim... padahal bubur semata dan jugak laksa. Itu kalau memang ada aiskrim vanilla makan dengan bubur pulut hitam, perghhhhh. Melatop. Ermm tapi itulah, yang conductnya boss2, maka kami ikut jelah. Erm. Retis adaa weyyy tapi tulah, nak masuk dalam dewan memang bercinta.. duduk jelah tepi gerai sambil makan makan sambil jaga gerai.






Tiap tahun attend jamuan raya RTM... tapi tahun ni paling menyerlah sebab semua sepakat pakai baju ikut tema. Yang staff lelaki time bulan raya jelah mampu tengok siap bersamping bagai. Kagumm aku. Hahahaha. Diaorang ni kalau dikerah memang mengikut kata u know. tengok nanti jamuan opis kitaorang pulak. Cemana gayanya... masing2 akan gila kamera. Kahkahkah.







#teamrayashahalam 2016

Haiii! Dah hari yang ke berapa hari raya ni baru hegeh2 update gambar raya. Kahkahkah. Adik manis bz uolls. Tak tahu nak cakap bz lagu mana sebab ehh kerja ko bz sangatt lah kann. Aku ada sindrom malas nak transfer gambar dari iphone ke pc. Malas nak buat watermark tu yang sebetulnya. Malas nak edit gambar pon ada... hahahahaha. Malas. Malas dan malas. Maafkan beta yek. 

Haa apa cerita raya hari tu? Best ke tak best? Kitaorang raya pertama Dareez diserang asma... eh malam raya tu dah start kot sebabnya daddy pi bawak tengok bunga api. Kan ke asap. Petang before tu dia tak tidur2. Tambah lagi penat, hidu asap haaa mendapat diserang asma. Nasib lah rumah dekat so lepas solat raya daddy laju2 balik KL amik inhaler. Tapi memang kesedihan aku... apa taknya, sepanjang aku bersalinkan Dareez tak pernah lagi dia sakit sebegini. Diam jer... lepas tu lemah gila. Tak ceria dan moody dan jugak nk melepek je. Ai is sedeh okk. 

Raya 1st tak pergi mana... cuma keluarga maktam datang beraya kat rumah. Selebihnya acara amik gambar, selfie welfie dan jugak makan dan makan. Elok lepas zuhur kami anak beranak bertolak balik melaka. Yeahhh. Itu yang aku tunggu2. Takda makna la raya kalau tak kunjung mengunjung sanak saudara. Tu satu, sebenarnya takda makna kalau raya takde rendang cili api, sambal makandak aku dan jugak sambal telur puyuh kat rumah sedara melaka tu. Hahahahahahaha. Cravingggg okeh. Setahun sekali baru dapat... itupon kalau kau balik ianya masih ada lagi. -_____-

Bokitta ni sehari sebelum aku cuti raya dia muncul. Gelabah ayam jugak ah. Barang panas kan. Ermm. Seminggu dok tunggu bila nak sampai... rupanya seller tu post pakai kurier ape tah. Review kata memang berjanggut kau nak dapat barang. Nasib lah sempat jugak aku melaram. Kalau tak... jangan risauuuu, back up tudung ada. Kahkahkah. Itu ler pempuan... malaz nak cakap.... hanya ongpempuan jorr yang paham.:)


Tiap tahun acara ni wajib ada. Salam, salam jangan tak salam. Beriya aku mintak maaf, daddy just kata ''ok, sama sama lah kita''... Ishhhh cuba lah cakap cakap sikit mintak maaf ke apa kan. Aku nak jugak rasa cemana feel nangis teresak esak masa mintak maaf time raya.



Apasal gambar rasa suram je ni. Ishhhh nak kena beli kamera canggih ke cemana ni. Patut kena buat photoshot lah kan.... background putih... ke buat kat dataran Shah Alam ke... padang ke.. Ermmm. Barulah bersemangat sikit nak flashback gambar raya nanti. Aku ni bukan apa... lama sangat folder cuci gambar berada di dalam external... asyik kumpul jorr. Cucinya tak tahu bila. Jangan external buat hal sudah. Pening nak collect source dari mana.

Selamat hari raya korangggg. Raya sebulan woiii. Maka makan pon berpada pada lah yek. Kang nanti seksa nak work out selepas raya T_______T






Thursday, July 14, 2016

Buat kuih raya weyyy

Bukan senang aku nak rajin tahap cipan macam ni. Waktu2 tertentu jorr. Tekad dah tahun ni baking sejenis kuih raya pon jadilah... dapat dua lagi syukurrrrr. Tiga lagi okk. Hahahaha. So tahun ni tak beli kuih raya, cuma beli kerepek2 sajo. Dapat buat dua jenis kuih raya, choc chip famous amos dan jugak kuih dahlia. Alhamdulillah. Dimasa2 anak tengah melasak pon sempat buat yekk. Sampai MIL tegur ehh ada masa yek buat kuih... budak2 tak ganggu ke. Hehehehe rileks mak, kita multitask, sambil masak pon boleh kemas rumah, boleh jaga anak dan sebagainya.  Dan mungkin sebab budak dua orang tu dah big, boleh lepas main sendiri... dia datang kacau masa mula2 aku bukak mixer jer... tanya itu ini sebab tak pernah tengok kemudian ahh malas ah kacau ummi, baik main menan. Hahahaha.

Terpaling sonang baking choc chip. Kalau aku tahu sesenang begini baiklah dari tahun yang dulu duluuu aku buat je sendiri... takpayah membazil beli dengan orang. Kahkahkah. Satu adunan tu dapatlah 2 1/2 balang. Wehh banyak gak tu. So repeat lagi buat choc chip isnin sebelum raya. Sebabnya aku ni nak bagi ramai orang... mak sendiri, mak mentua dengan pengasuh. Then kat rumah ni pon kena taruk jugak... sat lagi ada je yang berbunyi... ehhh kuih raya buat banyak2 manaaa... Hahahahahahahahahah.

Resepi?
Ko tak payah susah susah salin kat buku masakan. Google sajer. Ingat dulu nak buat kuih raya kemain gigih salin dari majalah. Tak pon masa rancangan chef wan kat tv... gigih lah kan tercongok depan tv, dengar seketul2 tiap butir perkataan dia. Kang ada je step yang tertinggal. Hahahaha. Rindunya zaman dulu!

Lepas ni ingat nak buat german cookies. Tu pon macam senang gak tu. Aku ni bukan apa, bahan kat rumah masih ada lagi so daripada dok simpan sampai raya tahun depan, baik aku buat. Tengah mood rajin ni khen. Oklah bai!











Tuesday, July 12, 2016

Eczema datang kembali

Kan awal lagi aku dah mention, eczema ni on dan off. Ikut dia lah, kalau nak datang, dia datanggg. kalau takde tu memang betul2 takde. Kalau nak cakap sembuh sepenuhnya, memang susah nak kata. Contoh terdekat tengok jelah Dareez. Itu hari spotted kat dahi. Settle kat dahi tiba2 dia naik ke leher pulak. Makan bulan jugak tu nak sembuh. Elok leher aku dah jaga bagai menatang minyak yang penuh, alih2 jadi pulak kat pipi. Kami semua ingat ruam biasa macam yang sebelum2 ni. Well, dah lali dah kot. Berubat lah guna young living. Eh lama lama makin teruk. Semua ubat tak jalan. Even sabun 999 tu pon tak berhasil. Adoilah haiiii.

Mula2 dia naik sikit, sikit... sampailah dalam dua minggu aku nampak makin worst. Daddy dah tegur banyak kali. Tak taruk ubat ke, bla bla bla. Dia tak tahu ke aku dengan mak dareez ni ikhtiar sampai titisan keringat terakhir nak mengelokkan pipi anak bujang tu. End up aku fade up. Masalahnya Dareez macam takde perasaan pulak. Takde dia garu beriya. Macam tak gatal je. Yang si ayah dia pulak kata ini bukan ruam eczema ni, kemungkinan wormring. Apakah itu? Adohaiiii.


Ini yang paling teruk sekali sampai ramai yang tegur bila nampak Dareez. Kesian kan anak den? So hari tu jugak aku google klinik pakar kulit yang terbaik. Hajat di hati kalau boleh nak buat appointment time weekends.

Aku aim Klinik Adek kat Seksyen 9 Shah Alam. Takde rezeki... datang pukul 9pagi, nombor dah habis plus doc pakar tak jaga hari tu. Sabtu, Klinik Adek tu bukak dari jam 830 sampai 12tengahari jorr. Nak pulak time puasa kan. Sedih ai. Terus mati kutu. Sebab dah plan dari awal nak jumpa doc klinik Adek gak. Environment selesa, sesuai untuk kids. Dan prefer doc melayu/islam. Klinik Ranjit tak buka time weekend. Tu lagi haru.... open hari isnin sampai khamis jorrr. Before ni aku dah call klinik kata nak datang and buat appointment. Weekdays memang tak dapek lah woih. Seminggu sebelum raya kot.... takdan nak cuti dah. So menggagau lah call sana sini, google pakai hp sampai habis data. Apa saja untuk mu nak. Cari punya cari, jumpa Klinik Pakar Kulit PJ. Actually boleh je kan ke Ko Skin Care bagai. Tapi memandangkan aku nak cari skin specialist yang rawat baby/kanak kanak. Biar jumpa doc yang tahu masalah eczema pada kanak2 so nanti boleh la brief sikit. Hehe.


Sedang menunggu giliran untuk dipanggil. Rileks je kan anak bujang ni. Tak ngadu sakit, gatal apa. Cuma ada la dua tiga malam merengek suruh garu. Tapi bukan kat pipi... kat tempat lain. Pon boleh ye dik. Itu yang tak boleh jadi, sebelum raya kena jumpa gak pakar. Bayar mahal takpelah janji kulit anak elok seperti sedia kala. Jumpa doc tak sampai 10 minit, dapat ubat cream 2 bekas, day and night. Satu ubat untuk minum in case malam2 dia tak boleh nak tidur sebab gatal. Bayar register RM5 sebab guna kad company. Phewww save bajet. Hahahaha.

Sabtu jumpa pakar, balik rumah terus tepek ubat. Ni hasil hari khamis. And, doc memang ada mention ya, ubat tu kuat sikit.... kalau still tak ok, datang klinik semua then dia akan bagi dos yang tinggi sikit. Tapi ada cara ya, sapu kedua dua cream tu nipis2 DAN bila perlu. Nampak dah licin kulit tu toksahla tepek lagi. Confirm ada steroid. Ermmm. Tapi nak buat cemana kan. Dah itu doc yang bagi. Letih dah woih berubat macam2 ubat. Yang jalan sebulan dua je. Then tak serasi dah.



Ramai suggest guna itu la ini lah. Haishh. Bukan tak guna, aku guna jugak. Tapi Dareez ni dia macam mana ekk, guna satu2 ubat tu contoh lah, tempoh sebulan dua, then selepas tu dah tak serasi dengan dia. So kena tukar ubat lain. Begitu lah seterusnya dan list still goes on. Aku still continue Lavender YL... sayang sebab mahal nau nau. Guna pon jimat ceremat. Tunggu habis then nanti try ubat/cream lain. Macamni lah kan nasib budak eczema. Kau tengok ni takde teruk sangat ok... ni sipi2 jorrr. Ada tu sampai kena pakai sarung tangan sebab budak menggaru... padahal anak dah setahun lebih. Makan jangan kata lah, pantang sokmo. Takdenye aku bagi sotong/udang/ketam bagai. Telur pon tengok jugak... kadang dia makan, takde pulak naik gatal. Ikut masa dia la. Susah nak jangka. Ada satu hari tu dia tengok abang makan kacang, aku tak bagi, dia nangis2 nak... sedih ok. Bagi lah beberapa bijik.... tak lama lepastu menggaru. Ngeeeeeee. Terus rasa bersalah. Kau ingat senang ke nak jadi mak yang anak pantang makan ni? Jangan kecam ok. Kadang2 orang selalu salahkan mak sebab tak jaga anak betul2... tapi dia tak tahu disebalik kejadian tu situasinya cemana. Bersabarlah. Ini baru dugaan kecil. Doakan Dareez cepat sembuh. Yelah, anak ni, senang kat belah situ, susah kat belah lain pulak. Tiap2 anak kan macam2 perangai.

Heee.






Hai.

Lamanya tak menjengah kat belog sendu ini. Ahkak tak busy uolls tapi nak menglogin tu amatlah berat. Hahahahaha. Bulan puasa memang takda mood nak ngadap pc. Baik aku tadarus. Hehehehehe. Apa cerita ni.... banyak nak cerita. Tapi kau tahulah, nak transfer gambar dari hp ke pc amatlah melecehkan. Yaa, sebab tu aku malaz nak update belog. Entry baru tanpa gambar tak ke bosan. Kan? Kan? Kan?

Dah habis pon puasa, dah raya gak kan. Syawal ke-7 pulak tu. Baru hegeh2 bukan blog. Lantak. Nasib naik kerja selepas cuti raya hari tu aku kena syift petang. So banyaklah masa nak mengemas rumah, dobi baju dan lain2. Itupon ikutkan semua kerja dah bersusun ikut jadual. Kalu semua nak buat serentak, kena extend cuti lagi ke cemana. Hahahaha. Tak puas cuti raya woihhh. Kesana kesini, stay pon kejap2 je satu tempat. 

Nantilah aku update pasal raya. Eh pasal bulan puasa pon nak kena update gak. Kahkahkah.