life is beautiful

life is beautiful

Thursday, July 14, 2016

Buat kuih raya weyyy

Bukan senang aku nak rajin tahap cipan macam ni. Waktu2 tertentu jorr. Tekad dah tahun ni baking sejenis kuih raya pon jadilah... dapat dua lagi syukurrrrr. Tiga lagi okk. Hahahaha. So tahun ni tak beli kuih raya, cuma beli kerepek2 sajo. Dapat buat dua jenis kuih raya, choc chip famous amos dan jugak kuih dahlia. Alhamdulillah. Dimasa2 anak tengah melasak pon sempat buat yekk. Sampai MIL tegur ehh ada masa yek buat kuih... budak2 tak ganggu ke. Hehehehe rileks mak, kita multitask, sambil masak pon boleh kemas rumah, boleh jaga anak dan sebagainya.  Dan mungkin sebab budak dua orang tu dah big, boleh lepas main sendiri... dia datang kacau masa mula2 aku bukak mixer jer... tanya itu ini sebab tak pernah tengok kemudian ahh malas ah kacau ummi, baik main menan. Hahahaha.

Terpaling sonang baking choc chip. Kalau aku tahu sesenang begini baiklah dari tahun yang dulu duluuu aku buat je sendiri... takpayah membazil beli dengan orang. Kahkahkah. Satu adunan tu dapatlah 2 1/2 balang. Wehh banyak gak tu. So repeat lagi buat choc chip isnin sebelum raya. Sebabnya aku ni nak bagi ramai orang... mak sendiri, mak mentua dengan pengasuh. Then kat rumah ni pon kena taruk jugak... sat lagi ada je yang berbunyi... ehhh kuih raya buat banyak2 manaaa... Hahahahahahahahahah.

Resepi?
Ko tak payah susah susah salin kat buku masakan. Google sajer. Ingat dulu nak buat kuih raya kemain gigih salin dari majalah. Tak pon masa rancangan chef wan kat tv... gigih lah kan tercongok depan tv, dengar seketul2 tiap butir perkataan dia. Kang ada je step yang tertinggal. Hahahaha. Rindunya zaman dulu!

Lepas ni ingat nak buat german cookies. Tu pon macam senang gak tu. Aku ni bukan apa, bahan kat rumah masih ada lagi so daripada dok simpan sampai raya tahun depan, baik aku buat. Tengah mood rajin ni khen. Oklah bai!











No comments: