life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, July 12, 2016

Eczema datang kembali

Kan awal lagi aku dah mention, eczema ni on dan off. Ikut dia lah, kalau nak datang, dia datanggg. kalau takde tu memang betul2 takde. Kalau nak cakap sembuh sepenuhnya, memang susah nak kata. Contoh terdekat tengok jelah Dareez. Itu hari spotted kat dahi. Settle kat dahi tiba2 dia naik ke leher pulak. Makan bulan jugak tu nak sembuh. Elok leher aku dah jaga bagai menatang minyak yang penuh, alih2 jadi pulak kat pipi. Kami semua ingat ruam biasa macam yang sebelum2 ni. Well, dah lali dah kot. Berubat lah guna young living. Eh lama lama makin teruk. Semua ubat tak jalan. Even sabun 999 tu pon tak berhasil. Adoilah haiiii.

Mula2 dia naik sikit, sikit... sampailah dalam dua minggu aku nampak makin worst. Daddy dah tegur banyak kali. Tak taruk ubat ke, bla bla bla. Dia tak tahu ke aku dengan mak dareez ni ikhtiar sampai titisan keringat terakhir nak mengelokkan pipi anak bujang tu. End up aku fade up. Masalahnya Dareez macam takde perasaan pulak. Takde dia garu beriya. Macam tak gatal je. Yang si ayah dia pulak kata ini bukan ruam eczema ni, kemungkinan wormring. Apakah itu? Adohaiiii.


Ini yang paling teruk sekali sampai ramai yang tegur bila nampak Dareez. Kesian kan anak den? So hari tu jugak aku google klinik pakar kulit yang terbaik. Hajat di hati kalau boleh nak buat appointment time weekends.

Aku aim Klinik Adek kat Seksyen 9 Shah Alam. Takde rezeki... datang pukul 9pagi, nombor dah habis plus doc pakar tak jaga hari tu. Sabtu, Klinik Adek tu bukak dari jam 830 sampai 12tengahari jorr. Nak pulak time puasa kan. Sedih ai. Terus mati kutu. Sebab dah plan dari awal nak jumpa doc klinik Adek gak. Environment selesa, sesuai untuk kids. Dan prefer doc melayu/islam. Klinik Ranjit tak buka time weekend. Tu lagi haru.... open hari isnin sampai khamis jorrr. Before ni aku dah call klinik kata nak datang and buat appointment. Weekdays memang tak dapek lah woih. Seminggu sebelum raya kot.... takdan nak cuti dah. So menggagau lah call sana sini, google pakai hp sampai habis data. Apa saja untuk mu nak. Cari punya cari, jumpa Klinik Pakar Kulit PJ. Actually boleh je kan ke Ko Skin Care bagai. Tapi memandangkan aku nak cari skin specialist yang rawat baby/kanak kanak. Biar jumpa doc yang tahu masalah eczema pada kanak2 so nanti boleh la brief sikit. Hehe.


Sedang menunggu giliran untuk dipanggil. Rileks je kan anak bujang ni. Tak ngadu sakit, gatal apa. Cuma ada la dua tiga malam merengek suruh garu. Tapi bukan kat pipi... kat tempat lain. Pon boleh ye dik. Itu yang tak boleh jadi, sebelum raya kena jumpa gak pakar. Bayar mahal takpelah janji kulit anak elok seperti sedia kala. Jumpa doc tak sampai 10 minit, dapat ubat cream 2 bekas, day and night. Satu ubat untuk minum in case malam2 dia tak boleh nak tidur sebab gatal. Bayar register RM5 sebab guna kad company. Phewww save bajet. Hahahaha.

Sabtu jumpa pakar, balik rumah terus tepek ubat. Ni hasil hari khamis. And, doc memang ada mention ya, ubat tu kuat sikit.... kalau still tak ok, datang klinik semua then dia akan bagi dos yang tinggi sikit. Tapi ada cara ya, sapu kedua dua cream tu nipis2 DAN bila perlu. Nampak dah licin kulit tu toksahla tepek lagi. Confirm ada steroid. Ermmm. Tapi nak buat cemana kan. Dah itu doc yang bagi. Letih dah woih berubat macam2 ubat. Yang jalan sebulan dua je. Then tak serasi dah.



Ramai suggest guna itu la ini lah. Haishh. Bukan tak guna, aku guna jugak. Tapi Dareez ni dia macam mana ekk, guna satu2 ubat tu contoh lah, tempoh sebulan dua, then selepas tu dah tak serasi dengan dia. So kena tukar ubat lain. Begitu lah seterusnya dan list still goes on. Aku still continue Lavender YL... sayang sebab mahal nau nau. Guna pon jimat ceremat. Tunggu habis then nanti try ubat/cream lain. Macamni lah kan nasib budak eczema. Kau tengok ni takde teruk sangat ok... ni sipi2 jorrr. Ada tu sampai kena pakai sarung tangan sebab budak menggaru... padahal anak dah setahun lebih. Makan jangan kata lah, pantang sokmo. Takdenye aku bagi sotong/udang/ketam bagai. Telur pon tengok jugak... kadang dia makan, takde pulak naik gatal. Ikut masa dia la. Susah nak jangka. Ada satu hari tu dia tengok abang makan kacang, aku tak bagi, dia nangis2 nak... sedih ok. Bagi lah beberapa bijik.... tak lama lepastu menggaru. Ngeeeeeee. Terus rasa bersalah. Kau ingat senang ke nak jadi mak yang anak pantang makan ni? Jangan kecam ok. Kadang2 orang selalu salahkan mak sebab tak jaga anak betul2... tapi dia tak tahu disebalik kejadian tu situasinya cemana. Bersabarlah. Ini baru dugaan kecil. Doakan Dareez cepat sembuh. Yelah, anak ni, senang kat belah situ, susah kat belah lain pulak. Tiap2 anak kan macam2 perangai.

Heee.






No comments: