life is beautiful

life is beautiful

Monday, July 25, 2016

Kursus Android Programming dan jugak cerita minggu lepas

Hai. Buat apa tu. Minggu ni aku kursus kat Ipptar. Lupa zaman bila mintak kursus tau2 je dapat. Hahahaha. Dah la pengguna IOS pastu dapat kursus Android. Ko ghase? Lantok situ. Best jugak belajar pasal programming ni. Walaupon basic jorrr tapi kalau teror boleh buat side income kau tahu. Menyesal dulu masa poly pilih elektrik... kalaulah aku tahu, baik amik yang berkaitan dengan komputer. Networking maybe... tak pon IT. Hahahahah nak salahkan zaman dulu kala pulak. -___-

Disebabkan kursus maka tak dapek lah memenuhi undangan para open ofis di ofis. Hahahahah gila keji perangai. Asyik nak menternak lemak je ko kan. Ingat sikit, susah senang membuang lemak setahun yang lalu. Jangan buat2 lupa pulak. Aku perasan kan sejak menginjak angka 3series ni penurunan berat badan semakin perlahan. Macam nak kapak kan aje scale weight tu kau tahu. Tapi takpala... kena fikir positif. Dan keluar anak dua dah kan... takkan lah tak tahu mana datangnya lemak2 yang melekat ittew. Hahahahaha. Ini kalau beranak no3 nampak gayanya dari awal kena jaga pemakanan. Ermmm. Bila? Nanti yek. Emosi dan fizikal belum bersedia lagi. Eh tapi kalau Allah kata dia nak bagi rezeki awal... apa salahnya ye tak? Kekekekeke. Rindu bau baby u know!


Btw last week takde kemana sebab daddy busy gila. So rileks2 je kat rumah. Ahad tu jelah beraya kat rumah sil then pergi repair camera iphone. Lama sangat camera aku ni rosak... rindu. Hahahahah. Nasiblah terjumpa page kat facebook... lama aim nak pegi tapi seriously masa mencemburui aku. So hari tu sekali jalan ke rumah sil, laju2 aku ajak daddy singgah. Cost tukar camera belakang yang baru untuk iphone aku ni RM130. Affordable right? Oklah dari ratus2. Tak mampu cheq.

Tujuan sebenar pegi ceras sebab Aqif mengadu dia nak beraya... nak pakai baju melayu. Hahaha kenapa comel sangat niiii. So oklah dari dok canguk kat rumah, kang daddy balik dari work kita pegi. Suka anak anak aku dapat jumpa sepupu sepapat dia. Tapi tulah, tak leh lama la... sebab esok pon dah hari bekerja... nak jalan2 jauh nanti kang balik parking takdo. Ermm.




Boleh yek beraya rumah orang pastu tuan rumah ajak pi makan pizza. Hahahaha pon boleh la kak... konyang Alhamdulillah. Dah dapat keluar ke mall haaa tak cukup tangan aku nak handle budak berdua ni. Nasib ada sepupu lain jantina... so mereka pon berkawan bersama. T__T








No comments: