life is beautiful

life is beautiful

Saturday, July 23, 2016

Raya kedua, ketiga dan seterusnya 2016

Haiii. Sambung balik cerita raya. Sampai melaka dah pukul 6... Nampak kereta family aku baru nak gerak keluar dari halaman rumah nenek. Nak pegi beraya lettew. Hahahaha. So follow terus. Otw balik tadi memang dah call... mak aku cakap diaorang tak dapat keluar beraya lagi sebab sedara mara ramai datang rumah. Bapak aku pulak rasa macam tak sihat. So hold dulu. Itu yang dah petang baru jalan raya. Aku ni pantang kalau kat melaka tak pergi jalan beraya. Sebabnya makanan kat sana heaven. Sampai je rumah pertama kau dijamukan dengan rendang cili api ayam kampung... tambah pulak sambal telur puyuh. Hadoiii cemana nak tolak taktau hahahahahah. Ada tahun dulu kot raya pertama jamu sup gearbox/tulang dengan kambing bakar... ampunnnn. Mana tak menternak lemak. Hehehe

Raya ketiga beraya kat Batu Pahat/Muar side makbapak daddy. Kitaorang memang macam ni la... nasib je kampung aku kat melaka/seremban so boleh la lari2 jap. Dari BP balik terus Seremban rumah mak aku.... Sebabnya esok nak beraya side family bapak aku. Punyalah membazir masa atas jalan je tau. Tapi takpa, sebab raya kan setahun sekali. Nak harap raya jelah aku ni boleh berjalan sakan jumpa sedara mara. Harapkan hari hari biasa... memang payahhh. Hehehehe. Mari gunakan kesempatan yang ada. 
Memang sejak azali rumah nenek aku cenggini... takde ubah2 pon. Dulu, kini dan selamanya kaler kuning. Beza pekat dengan cair je hahaha. Tak lama lagi mak aku nak pencen. So nanti ulang alik melaka lah nampak gayanya. Mak aku ada buat rumah kat sini. Oklah kan... itulah harapan nak tengok tengok kan nenek aku nanti. Aku tengok mak aku suka je duduk kampung. Eh kitaorang memang orang kampung kot. Hehehehe. Rindu nenek. Rindu jugak arwah atok. 



Ni nak bergerak ke BP. Mak aku tu tahu lah henpon canggih... sukati dia je kan. Tengok tuuu laman belakang rumah nenek... boleh parking 4 biji kereta sekali. Nak sambung buat rumah pon bolehhhh... bagi je modal. Tak tau lah nanti kot nenek dah tak ada, sapalah yang menghuni rumah kampung ittew. Sedeh lah wehhh. Hahahaha. Banyak kenangan tau. Maklomlah dulu masa kecik pernah dihantar duduk kampung... nenek bela setahun masa aku darjah satu. Pehtu naik darjah dua mak aku panggil balik rumah sendiri sebab hari2 call kata rindu. Ecehhhh.




Habit tah bila taktauuuuuu. Botol bergantungan memang trademark. Kauorang tengok la gambar raya... semua mulut gantung botol. Aku tengok kecik besor je. Nasib sayang. Ni bokitta susah nak dapat jugak. Sebulan hunting. Cukup duit baru cari seller yang nak let go... eh tapi ni aku dapat new. Kesayangan gak ni. Harus simpan dalam peti besi. Jangan tanya bila sis nak letgo ya :D Sekali berbokitta, terjebak sampai ikat perut u know.






Tengok semua gambar rasa sakit jiwa dengan lengan sado. Bila nak kurus lengan oiii. Puasa sebulan dah. Lengan tak ye surut2. Hahahahaha. Haaa aku ada sejarah yek dengan baju biru ni. Sebenarnya kain pink bawah tu aku sambung sendiri. Sebab masa mula2 dapat baju ni, pakai, ehh pesal pakai macam pendek semacam. Sebab kain dia jenis bubble crepe so masa ukur elok je... bila dah siap macam ternaik naik pulak. Daripada aku kena sound dengan daddy satgi, baik aku pikirkan inisiatif lain. Hahahaha. Maka jadilah apa yang kauorang nampak ni. No bad. Kretip ai like.

Selamat hari raya koranggg. Walaupun raya pertama dah lepas tapi aku tetap nak ucap jugak. Eh raya sebulan okk. Mohon maaf ye salah dan silap antara sedar atau tidak sedar sepanjang aku menulis di blog ini. Syok sendiri i know :D  semoga kita dapat berjumpa lagi pada raya tahun depan. Halalkan makan dan minum aku... celoteh aku yg mengarut2 ittew... Pendapat yang macam good good dan seumpamanya. Aku pon maafkan korang. Sama sama kita perbaiki diri ya. 







No comments: