life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, July 20, 2016

#teamrayashahalam 2016

Haiii! Dah hari yang ke berapa hari raya ni baru hegeh2 update gambar raya. Kahkahkah. Adik manis bz uolls. Tak tahu nak cakap bz lagu mana sebab ehh kerja ko bz sangatt lah kann. Aku ada sindrom malas nak transfer gambar dari iphone ke pc. Malas nak buat watermark tu yang sebetulnya. Malas nak edit gambar pon ada... hahahahaha. Malas. Malas dan malas. Maafkan beta yek. 

Haa apa cerita raya hari tu? Best ke tak best? Kitaorang raya pertama Dareez diserang asma... eh malam raya tu dah start kot sebabnya daddy pi bawak tengok bunga api. Kan ke asap. Petang before tu dia tak tidur2. Tambah lagi penat, hidu asap haaa mendapat diserang asma. Nasib lah rumah dekat so lepas solat raya daddy laju2 balik KL amik inhaler. Tapi memang kesedihan aku... apa taknya, sepanjang aku bersalinkan Dareez tak pernah lagi dia sakit sebegini. Diam jer... lepas tu lemah gila. Tak ceria dan moody dan jugak nk melepek je. Ai is sedeh okk. 

Raya 1st tak pergi mana... cuma keluarga maktam datang beraya kat rumah. Selebihnya acara amik gambar, selfie welfie dan jugak makan dan makan. Elok lepas zuhur kami anak beranak bertolak balik melaka. Yeahhh. Itu yang aku tunggu2. Takda makna la raya kalau tak kunjung mengunjung sanak saudara. Tu satu, sebenarnya takda makna kalau raya takde rendang cili api, sambal makandak aku dan jugak sambal telur puyuh kat rumah sedara melaka tu. Hahahahahahaha. Cravingggg okeh. Setahun sekali baru dapat... itupon kalau kau balik ianya masih ada lagi. -_____-

Bokitta ni sehari sebelum aku cuti raya dia muncul. Gelabah ayam jugak ah. Barang panas kan. Ermm. Seminggu dok tunggu bila nak sampai... rupanya seller tu post pakai kurier ape tah. Review kata memang berjanggut kau nak dapat barang. Nasib lah sempat jugak aku melaram. Kalau tak... jangan risauuuu, back up tudung ada. Kahkahkah. Itu ler pempuan... malaz nak cakap.... hanya ongpempuan jorr yang paham.:)


Tiap tahun acara ni wajib ada. Salam, salam jangan tak salam. Beriya aku mintak maaf, daddy just kata ''ok, sama sama lah kita''... Ishhhh cuba lah cakap cakap sikit mintak maaf ke apa kan. Aku nak jugak rasa cemana feel nangis teresak esak masa mintak maaf time raya.



Apasal gambar rasa suram je ni. Ishhhh nak kena beli kamera canggih ke cemana ni. Patut kena buat photoshot lah kan.... background putih... ke buat kat dataran Shah Alam ke... padang ke.. Ermmm. Barulah bersemangat sikit nak flashback gambar raya nanti. Aku ni bukan apa... lama sangat folder cuci gambar berada di dalam external... asyik kumpul jorr. Cucinya tak tahu bila. Jangan external buat hal sudah. Pening nak collect source dari mana.

Selamat hari raya korangggg. Raya sebulan woiii. Maka makan pon berpada pada lah yek. Kang nanti seksa nak work out selepas raya T_______T






No comments: