life is beautiful

life is beautiful

Friday, August 26, 2016

Bokitta Merdeka 2.0

Esok release lagi new design noks. Cam haremmm. Hahahaha. Aku dah beli dua helai design batch yang terdahulu, tup2 dia keluar lain pulak. Rasa nak tikam dada sendiri... sendu tengok acc bank. Takkan nak beli lagi... huwaaaaa. Yang beli tu pon x sampai lagi kat tangan. Kenapa kejam sangat wakkk?






Tapi aku syak kalau tak beli sekarang pon takpe kot :) Sebab akan datang ada je seller akan jual balik. Dan takde la semua design aku suka dan nak beli. Macam yang aku beli baru2 ni... stok baru lagi... stokis/personal seller memang ada simpan lebih. So rileks rileks sudehh. Tapi bepinau mata malam ni weh scroll ig/fb... kebanyakkan up bokitta new release. Ciskek betoi.

Misi aku yang mengidam jouri tu dah tak menyala lagi hahahah taktau pasaipa. Lama2 perasaan nak sangat jouri tu pudar. Yelah, bila nak sangat memang susah nak dapat. Kalau taknak, ehhh tiba2 ada je rezeki nak dapat. Wahh gitew. So ada rezeki, ada. Kalau takda, kita tunggu jelah otai2 jual harga lelong. Buat masa ni rate 250-400 dalam tangan. Tu size chic tau. Erm. Melayang duit iols.

Aku sedang menunggu awrak sampai ke tangan... dan jugak purply bouquet. Hahahahaha. Ni pesen husband taktau cite tauu. Kalau dia tahu, mahu membebel 44 hari tanpa henti sampai boleh cair tahik telinga. Kahkahkah. Elehhh aku pandai2 ah. Duit sendiri je semua. EH tapi kadang2 suruh gak dia topup. Kalau dia tahu selai je dah rege ratus ratus, memang kena gak aku ni. Eheeee. Awrak tu batch lama... taktau tahun bila. Ahh lantok. Sebab tengok Mira Filzah pakai so nak jugak ah. Kakakaka perasan retiss ngko.






Wednesday, August 24, 2016

Sometime by Asian Designer

Because quack quack is not my favourite shawls, so why not kannn :DDDD

FV ni memang tauuu. Dia punya launch, tak tunggu hari gaji, sukati dia jerr. Maka thorpaksa lah aku pecah tabung ayam.  -___- pastu janji dlm diri nanti dapat backdated bayar balik. Hohoho. Bukan FV je, Bokitta pon perangai sama. Dah berapa batch aku ketinggalan. Mampu scroll timeline dan cuci mata jorr. Pastu malam termimpi2 pastu nanti tiba2 je kau boleh terbook. Kahkahkah. Kemain kan taste nak designer bagai. Alaaa weyyy sofina clutch ni final restock so nak tak nak, nak kan jugak ah. Hehehe. Broke aku bulan ni. Ermm.

Not bad sofina clutch ni, just nice untuk aku. Takde la berat sangat nak pikul. Hari tu sofina3 signature kan aku beli jugak tapi kaler kuning kooo. Malu gak nak pakai kaler terang2 ni. Dah itu je yg ada, dari takda. 

Tiba2 tadi daddy tegur masa aku hulur sofina clutch ni suruh dia pegang. Normally pi keje naik motor handbag memang serah kat dia. "Eh ni beg yang B belikan haritu yeah?... Lawa pulak tengok." 

Aku krik krik krik jelah. Mampu mengangguk dan iye kan ajer. Hihihi. Tah bila dia beli aku pon tak tahu. Last beli fossil tu jelah. Agaknye dia ingat yang fossil tu kot. Siap dibelek2 pastu tanya jenama apa. Hahahahahahah. Tak kelakar b, tak kelakar. -______________-







Tuesday, August 16, 2016

Trending periuk ajaib Noxxa

Ini semua duniaaa. Hahahaha. Bertahun dulu kemain pelik bila mak aku tunjuk dia beli periuk noxxa kata bayar ansur2 kat kawan dia. Dalam hati pehhh apo mahal bona ni mak. Sanggup hutang byr tiap2 bulan pasal harga dia mahal okayyy. Maklomlah, nak beli sederap macam teghase duit mengalir cam air.

Last2 aku terjebak. Why kecil why????? Ini semua sebab kawan aku ada open kutu noxxa. Pon boleh. Hahahaha. So ngadap lah ngko bayar ansuran bulan sampai habis hutang ye. Yang aku terkejutnya bukan apa, first payment dah dapat barang. Oiii ai tak biasa. Hahaha. Rupanya memang macam tu. Akak tu siap kata jangan terkejut lisa... memang begini bila beli dengan Amway. Dapat pulak foc rak pinggan. 

Noxxa tak rasmi lagi. Seminggu dok dalam kereta. Semalam baru angkut naik rumah. Tu pon kotak tak berbuka. Tak tahu nak describe perasaan macammana. Ko ni ikut trend ke apa beli2 barang elektrik ni? Terus mati fikiran periuk tu nak masak apaaa. Sebab periuk yang sedia ada boleh tahan good condition gak. Saja je kan nak menambah hutang. Padahal takde pon noxxa dalam list. 

So lepas langsai hutang noxxa nak beli apa pulak? Iron philips yang power harga 1k tu ke? Amboii sangat perangai. Aku ni sebenarnya berkenan kat pinggan corelle... ingat nak buat koleksi lah kunun. Dari tahun lepas2 lagi dok dalam list. Tapi sebutir pinggan pon takdak lagi. Hahahaha. Macam harem perangai.



Monday, August 15, 2016

Unexpected news yang sebenarnya kau tunggu tunggu, tapi,,,,,,

Semalam admin yang selalu keep in touch dengan aku pasal urusan pertukaran tu whatsapp kata ada benda nak bagitahu. Wahhh sesuatu sangat tau. So aku cerita straight forward jelah yeah. EO dia suruh cari orang, offer ke INSPEN. So dia teringat kat aku since nama aku queue 1st ke Kajang. Kali ni dia bagi masa sampai petang ni (hari ni). Takpayah kelam kelibut, fikir masak masak dan sila bawak bertenang. Ehehe.

Aku?
Rasanya dah terlalu lama memikirkan masalah pertukaran ini. Rasanya aku dah boleh hadap apa yang akan mendatang bila aku buat keputusan nak terima offer tu ke tak. Lama sangat dah kan. Serius lama... sampai aku rasa semua ni terjadi sebab aku berkorban untuk keluarga... untuk suami dan anak anak. Aku tanya jugak, Putrajaya takda kosong ke. Menyesal sebenarnya aku tolak offer ke bahagian ICU hari tu. So far admin calon nama aku dan ditolak sebab nak staff lelaki pulak. 

Sampai bila nak tunggu kajang kan? Dan kau yakin ke kalau kau dapat kajang, kau kerja normal hour? Yakin sangat?... Tak yakin ye tuan tuan dan puan puan. Sedangkan yang nak tukar dengan aku suka sama suka tu pon dok post kat Menara KL, kerja syift macam kilang takda sapa nak ganti tempat dia. Memang tak kan ah aku pi sana. Baiklah aku menetap kat Angkasapuri je. Kurang2 pon kerja syift, sabtu ahad cuti. :D

Luahkan kan geng susuk. Try list down kan buruk dan baik. Eleh, setakat kerja jaga PA system, handle projector, shooting video korporat, bukakkan kelas, on lampu dan lain2 tu.... Bolehhhh la. You can do it kecil. Lama sangat kau kerja buat benda yang sama, ofis yang sama, unit yang sama... 10 tahun tanpa jemu... takkan lah taknak ambil peluang... tukar environment baru.. belajar benda baru... dan jadi pekerja yang baru? Yang lebih fresh. Hahahaha. Kemain.

Tapi kan, tadi admin whatsapp. Kata sorry sangat2. TAK JADI.

Aaaaaaa. Kebohongan apakah iniyyyy? Saja je tau mempermainkan perasaan aku. Siap dah survey taska dan kuarters bagai tahu. Last2 tak jadi sebab akak yang mintak tukar ke IPTAR tu ubah fikiran taknak tukar sebab lagi 3 tahun nak pencen dan dia dah attend kursus pencen dah pon. MAlas nak masuk tempat baru nanti kena belajar benda baru. She cannot. Adoihaii sedih rasa hati. Semangat berkobar2 aku merundum jatuh beribu2 kaki. Admin ni ponnn, tanay lah dulu akak tu... dia tak tahu ke orang kat HQ ni ko takyah offer, memang nak keluar dari sini. Hahaha.

Takpalah, tu tandanya Allah taknak bagi rezeki kat aku lagi untuk pindah. Dia nak aku stay sini... stabil kan hidup.. stabilkan anak2. Manatahu kot tahun depan, or tahun yang berikutnya rezeki aku datang bergolek golek?

Actually, aku dah nak start gembira dah tau. Hahahaha. Sebab Aqif dah nak sekolah kan. So memang kalau boleh, tak nak dia sekolah kat KL. Tak nak dia terdedah dengan environment KL. Hahahaha poyo. Tak. Actually malas lah weh nak hirup udara KL. Malas nak bersesak parking... malas nak duduk kat kawasan sesak. Tak zabar rumah nak dapat ccc. Dah tu je.

Doakan weh.
 








Monday, August 08, 2016

Masak lauk baru buat pertama kali

Semenjak dua tiga menjak ni aku agak rajin ah memasak resepi yang tak pernah aku masak sepanjang aku kahwin. Tak percaya? Sila percaya ye. Seriously, last week for the first time aku masak nasi lemak. Daddy siap tegur lagi... baru pertama kali nampak aku masak nasi lemak. Maka aku pon tersipu sipu. Taktahu pulak perasaan aku ketika dia nak makan tu, bercampur baur dengan harapan supaya sedap dan bertambah tambah makan. Kahkahkah. 

So far. ok. Nak kata sedap macam nasi lemak kak leha tak mungkin ah. Tak terkejor aku weyy. Janji suami kata ok, boleh makan, kira dah pass lah tu kan. Aku pon suruh la dia komen2 apa yang tak kena supaya next time aku boleh improve lagi. Bunga2 hati i u know.

Puncanya bila yek aku tiba2 ada kekuatan nak memasak perbagai resepi ni. Start raya hari tu aku tolong MIL masak juadah raya, rendang ayam kampung, kari ayam, sambal udang bagai tu.... sejak tu self confident memasak aku naik ke level tinggi. Wahahaha matiks lah kan. Macam sodap je kau masak. Jamuan raya ofis aku, selamber aku layankan bila diaorang suruh aku masak ayam masak merah 4 ekor ayam. Hahahaha selamber je setuju padahal seumur hidup memang tak pernah masak lauk dalam kuantiti yang banyak. So i take is a challenge. Alhamdulillah, boleh ah pasni nak jamu orang lagi. Kehkehkeh. Tak tau pulak kejadian2 semasa proses memasak tu. Mulut ni tak henti2 berzikir supaya lauk ku sodap dimakan. Daddy pulak si tukang kritik... dia yang merasa dulu cannot go ke tak lauk aku tu. Bagi aku, asal daddy kata boleh dihidangkan, maka boleh lah tu orang lain makan... pasal laki aku tu cerewet orang nye... -______-

Hari tu, teringin nak makan nasi beringin, so aku buat lah. Daddy balik kerja tercengang2 tengok apo spesel sangat makanan hari ni. Kahkahkah. Siap bertambah2 lauk engkooo. Last week nak balik Sban, aku plan nak bawaklah bekal utk family aku. So masak nasi jagung. Tu pon first time gak tu. Gigih cari resepi thorbaek. Lawan dengan daging masak hitam n ayam masak merah. Ada ayam telor mak aku bagi masa raya, aku masak rendang cili padi. Wahhh kemain rajin kan. Hebattt. Tepuk ah sikit.

Daddy,
dia ni jaranggggg puji aku masak sedap ke tidak. Kalau tak sedap dia sound setepek je tak sedap sampai aku sentapz2. Kalau sedap, dia akan makan bertambah2... eh ke sebab lapar tu yang tambah? Hahahah. Pon boleh lah. Tapi bila dia makan nasi jagung tu, dia puji sedap. Wahhh kembang bini dia tau tak. Tak tau nak control hidung kembang kuncup celah mana. :DDDDD

Itu yang menambahkan lagi kerajinan aku nak mencuba pelbagai resepi. Yelah, kawin dah 5 tahun, asyik kau masak kari, kurma, sambal, kicap, blablabla... oiii aku pon bosan. Baru ni je ada kekuatan nak bermain dengan beras basthmati. Wakakaka. Next kalau ada rezeki nak try nasi ayam pulak. Wowwww.



Nak kata ada bakat memasak memang pentipu. So far kalau daddy makan then dia kata sedap, maka oklah kot. Nak puaskan hati orang memang payah. Jadi aku puaskan hati laki aku jelah. Hehehe. Terima kasih suami, sebab always jadi tukang kritik yang pedas dan jugak sound direct setepek. Dulu masa baru2 nikah memang tebal telinga tahan kritikan dia. Boleh buat point bergaduh ok. Disebabkan suami aku tulah aku ada improvement dalam bidang masakan. Aku push diri supaya cuba sesuatu yang tak pernah aku cuba. Kalau harapkan aku, memang sesimple yang boleh. Makan sambal cili padi ikan bilis kentang pon dah okayyyy... tambah dengan telo mata. Perghhhhh. Dasar anak nogori. Itulah, aku nak jugak jadi isteri yang pandai jaga perut suami. Nak la weyyyyyyy. So sesibuk mana pon, akan aku pastikan suami makan hasil dari air tangan aku at least sehari sekali.

Ada orang tegur, sempat yek ko masak bebanyak tu. Ok, ini tips. Rasanya before ni dah pernah mention. Sabtu ahad, or ada masa terluang buat dulu pes siap2. Nanti masak tinggal lebur santan, bahan mentah, gula garam je. Ada paham? Biar penat sehari, jangan penat berhari2. Hehehehe.

Pesanan khidmat masyarakat dari saya, ummi beranak dua.
Hahahahahahaha. Bai!









Bila masa pulak Israel diikhtiraf sebagai negara????????


























Tolong yekkkk. Bila masa Israel tu jadi negara? Ni kalau report kat google ni belum tentu sampai. Sebabnya google.inc pon yahudi yang pegang... facebook pon yahudi yang punya. Agenda tersembunyi ni. Pandai yekkk kau hilangkan Palastine dari google map. Dengar kata dah dua tahun google map remove Palestine dari map dia. Wah wah wah. Pandai kau. Dalam diam je tukar. Sebab takde orang yang ambik tahu. Sebab bukan ada kepentingan kan? Ermm.