life is beautiful

life is beautiful

Friday, August 26, 2016

Bokitta Merdeka 2.0

Esok release lagi new design noks. Cam haremmm. Hahahaha. Aku dah beli dua helai design batch yang terdahulu, tup2 dia keluar lain pulak. Rasa nak tikam dada sendiri... sendu tengok acc bank. Takkan nak beli lagi... huwaaaaa. Yang beli tu pon x sampai lagi kat tangan. Kenapa kejam sangat wakkk?






Tapi aku syak kalau tak beli sekarang pon takpe kot :) Sebab akan datang ada je seller akan jual balik. Dan takde la semua design aku suka dan nak beli. Macam yang aku beli baru2 ni... stok baru lagi... stokis/personal seller memang ada simpan lebih. So rileks rileks sudehh. Tapi bepinau mata malam ni weh scroll ig/fb... kebanyakkan up bokitta new release. Ciskek betoi.

Misi aku yang mengidam jouri tu dah tak menyala lagi hahahah taktau pasaipa. Lama2 perasaan nak sangat jouri tu pudar. Yelah, bila nak sangat memang susah nak dapat. Kalau taknak, ehhh tiba2 ada je rezeki nak dapat. Wahh gitew. So ada rezeki, ada. Kalau takda, kita tunggu jelah otai2 jual harga lelong. Buat masa ni rate 250-400 dalam tangan. Tu size chic tau. Erm. Melayang duit iols.

Aku sedang menunggu awrak sampai ke tangan... dan jugak purply bouquet. Hahahahaha. Ni pesen husband taktau cite tauu. Kalau dia tahu, mahu membebel 44 hari tanpa henti sampai boleh cair tahik telinga. Kahkahkah. Elehhh aku pandai2 ah. Duit sendiri je semua. EH tapi kadang2 suruh gak dia topup. Kalau dia tahu selai je dah rege ratus ratus, memang kena gak aku ni. Eheeee. Awrak tu batch lama... taktau tahun bila. Ahh lantok. Sebab tengok Mira Filzah pakai so nak jugak ah. Kakakaka perasan retiss ngko.






No comments: