life is beautiful

life is beautiful

Monday, August 08, 2016

Masak lauk baru buat pertama kali

Semenjak dua tiga menjak ni aku agak rajin ah memasak resepi yang tak pernah aku masak sepanjang aku kahwin. Tak percaya? Sila percaya ye. Seriously, last week for the first time aku masak nasi lemak. Daddy siap tegur lagi... baru pertama kali nampak aku masak nasi lemak. Maka aku pon tersipu sipu. Taktahu pulak perasaan aku ketika dia nak makan tu, bercampur baur dengan harapan supaya sedap dan bertambah tambah makan. Kahkahkah. 

So far. ok. Nak kata sedap macam nasi lemak kak leha tak mungkin ah. Tak terkejor aku weyy. Janji suami kata ok, boleh makan, kira dah pass lah tu kan. Aku pon suruh la dia komen2 apa yang tak kena supaya next time aku boleh improve lagi. Bunga2 hati i u know.

Puncanya bila yek aku tiba2 ada kekuatan nak memasak perbagai resepi ni. Start raya hari tu aku tolong MIL masak juadah raya, rendang ayam kampung, kari ayam, sambal udang bagai tu.... sejak tu self confident memasak aku naik ke level tinggi. Wahahaha matiks lah kan. Macam sodap je kau masak. Jamuan raya ofis aku, selamber aku layankan bila diaorang suruh aku masak ayam masak merah 4 ekor ayam. Hahahaha selamber je setuju padahal seumur hidup memang tak pernah masak lauk dalam kuantiti yang banyak. So i take is a challenge. Alhamdulillah, boleh ah pasni nak jamu orang lagi. Kehkehkeh. Tak tau pulak kejadian2 semasa proses memasak tu. Mulut ni tak henti2 berzikir supaya lauk ku sodap dimakan. Daddy pulak si tukang kritik... dia yang merasa dulu cannot go ke tak lauk aku tu. Bagi aku, asal daddy kata boleh dihidangkan, maka boleh lah tu orang lain makan... pasal laki aku tu cerewet orang nye... -______-

Hari tu, teringin nak makan nasi beringin, so aku buat lah. Daddy balik kerja tercengang2 tengok apo spesel sangat makanan hari ni. Kahkahkah. Siap bertambah2 lauk engkooo. Last week nak balik Sban, aku plan nak bawaklah bekal utk family aku. So masak nasi jagung. Tu pon first time gak tu. Gigih cari resepi thorbaek. Lawan dengan daging masak hitam n ayam masak merah. Ada ayam telor mak aku bagi masa raya, aku masak rendang cili padi. Wahhh kemain rajin kan. Hebattt. Tepuk ah sikit.

Daddy,
dia ni jaranggggg puji aku masak sedap ke tidak. Kalau tak sedap dia sound setepek je tak sedap sampai aku sentapz2. Kalau sedap, dia akan makan bertambah2... eh ke sebab lapar tu yang tambah? Hahahah. Pon boleh lah. Tapi bila dia makan nasi jagung tu, dia puji sedap. Wahhh kembang bini dia tau tak. Tak tau nak control hidung kembang kuncup celah mana. :DDDDD

Itu yang menambahkan lagi kerajinan aku nak mencuba pelbagai resepi. Yelah, kawin dah 5 tahun, asyik kau masak kari, kurma, sambal, kicap, blablabla... oiii aku pon bosan. Baru ni je ada kekuatan nak bermain dengan beras basthmati. Wakakaka. Next kalau ada rezeki nak try nasi ayam pulak. Wowwww.



Nak kata ada bakat memasak memang pentipu. So far kalau daddy makan then dia kata sedap, maka oklah kot. Nak puaskan hati orang memang payah. Jadi aku puaskan hati laki aku jelah. Hehehe. Terima kasih suami, sebab always jadi tukang kritik yang pedas dan jugak sound direct setepek. Dulu masa baru2 nikah memang tebal telinga tahan kritikan dia. Boleh buat point bergaduh ok. Disebabkan suami aku tulah aku ada improvement dalam bidang masakan. Aku push diri supaya cuba sesuatu yang tak pernah aku cuba. Kalau harapkan aku, memang sesimple yang boleh. Makan sambal cili padi ikan bilis kentang pon dah okayyyy... tambah dengan telo mata. Perghhhhh. Dasar anak nogori. Itulah, aku nak jugak jadi isteri yang pandai jaga perut suami. Nak la weyyyyyyy. So sesibuk mana pon, akan aku pastikan suami makan hasil dari air tangan aku at least sehari sekali.

Ada orang tegur, sempat yek ko masak bebanyak tu. Ok, ini tips. Rasanya before ni dah pernah mention. Sabtu ahad, or ada masa terluang buat dulu pes siap2. Nanti masak tinggal lebur santan, bahan mentah, gula garam je. Ada paham? Biar penat sehari, jangan penat berhari2. Hehehehe.

Pesanan khidmat masyarakat dari saya, ummi beranak dua.
Hahahahahahaha. Bai!









No comments: