life is beautiful

life is beautiful

Monday, August 15, 2016

Unexpected news yang sebenarnya kau tunggu tunggu, tapi,,,,,,

Semalam admin yang selalu keep in touch dengan aku pasal urusan pertukaran tu whatsapp kata ada benda nak bagitahu. Wahhh sesuatu sangat tau. So aku cerita straight forward jelah yeah. EO dia suruh cari orang, offer ke INSPEN. So dia teringat kat aku since nama aku queue 1st ke Kajang. Kali ni dia bagi masa sampai petang ni (hari ni). Takpayah kelam kelibut, fikir masak masak dan sila bawak bertenang. Ehehe.

Aku?
Rasanya dah terlalu lama memikirkan masalah pertukaran ini. Rasanya aku dah boleh hadap apa yang akan mendatang bila aku buat keputusan nak terima offer tu ke tak. Lama sangat dah kan. Serius lama... sampai aku rasa semua ni terjadi sebab aku berkorban untuk keluarga... untuk suami dan anak anak. Aku tanya jugak, Putrajaya takda kosong ke. Menyesal sebenarnya aku tolak offer ke bahagian ICU hari tu. So far admin calon nama aku dan ditolak sebab nak staff lelaki pulak. 

Sampai bila nak tunggu kajang kan? Dan kau yakin ke kalau kau dapat kajang, kau kerja normal hour? Yakin sangat?... Tak yakin ye tuan tuan dan puan puan. Sedangkan yang nak tukar dengan aku suka sama suka tu pon dok post kat Menara KL, kerja syift macam kilang takda sapa nak ganti tempat dia. Memang tak kan ah aku pi sana. Baiklah aku menetap kat Angkasapuri je. Kurang2 pon kerja syift, sabtu ahad cuti. :D

Luahkan kan geng susuk. Try list down kan buruk dan baik. Eleh, setakat kerja jaga PA system, handle projector, shooting video korporat, bukakkan kelas, on lampu dan lain2 tu.... Bolehhhh la. You can do it kecil. Lama sangat kau kerja buat benda yang sama, ofis yang sama, unit yang sama... 10 tahun tanpa jemu... takkan lah taknak ambil peluang... tukar environment baru.. belajar benda baru... dan jadi pekerja yang baru? Yang lebih fresh. Hahahaha. Kemain.

Tapi kan, tadi admin whatsapp. Kata sorry sangat2. TAK JADI.

Aaaaaaa. Kebohongan apakah iniyyyy? Saja je tau mempermainkan perasaan aku. Siap dah survey taska dan kuarters bagai tahu. Last2 tak jadi sebab akak yang mintak tukar ke IPTAR tu ubah fikiran taknak tukar sebab lagi 3 tahun nak pencen dan dia dah attend kursus pencen dah pon. MAlas nak masuk tempat baru nanti kena belajar benda baru. She cannot. Adoihaii sedih rasa hati. Semangat berkobar2 aku merundum jatuh beribu2 kaki. Admin ni ponnn, tanay lah dulu akak tu... dia tak tahu ke orang kat HQ ni ko takyah offer, memang nak keluar dari sini. Hahaha.

Takpalah, tu tandanya Allah taknak bagi rezeki kat aku lagi untuk pindah. Dia nak aku stay sini... stabil kan hidup.. stabilkan anak2. Manatahu kot tahun depan, or tahun yang berikutnya rezeki aku datang bergolek golek?

Actually, aku dah nak start gembira dah tau. Hahahaha. Sebab Aqif dah nak sekolah kan. So memang kalau boleh, tak nak dia sekolah kat KL. Tak nak dia terdedah dengan environment KL. Hahahaha poyo. Tak. Actually malas lah weh nak hirup udara KL. Malas nak bersesak parking... malas nak duduk kat kawasan sesak. Tak zabar rumah nak dapat ccc. Dah tu je.

Doakan weh.
 








No comments: