life is beautiful

life is beautiful

Thursday, September 08, 2016

Jamuan Raya Ofis 2016

Dah habis raya, dah nak masuk raya haji baru teringat ehhh tak upload pon cerita jamuan raya kat ofis hari tu. Hahahahahahahahah macam haremm perangai... nampak nau aku busy dan penyakit pelupa makin menjadi jadi. Ahh lantak. Dah habis raya ke, belum nak raya ke, dah  nak raya tahun depan ke, aku tatappp nak jugak cerita kat sini. Elehh, aku tahu, kauorang pon sibuk nak tahu jugak kan. Kehkehkeh.

Jom cikidaut.











Special tahun ni menu semua dimasak oleh kitaorang. Takde ngelat2. Sedap ke tak sedap ke yang penting ko masak sendiri. So dalam menu tu aku dipaksa dan rela masak lauk ayam masak merah. Tak pernah2 masak ayam 4 ekor... haa tu kira pecah rekod lah kan. Nasib baiklah ada rasa ayam masak merahnye tu. Kalau tak, matiks lah kan ko nak menjamu 100+ orang makan ni. Dah macam majlis pertunangan dah engko dia punya hadirin dan hadirat sekalian. Kemainnnn.

Tahun ni punya majlis agak meriah dari yang sebelumnya... dah background pon pinjam kat unit prop...  ketupat nasik, ketupat daun palas, semua rebus kat ofis. Semua tu pon anyam sendiri.. Sanggup mencari daun palas sampai ke chow kit. Lampu liplap pon beli baru. Haaa tak ko rasa memang meriah vavavom. Seminggu sebelum majlis aku kursus so memang tak tolong hape. Sabtu ahad memang tak amik overtime... so diaorang ni lah yang take over semua. Dari menghias, sampai lah ke masak memasak, staff lelaki thorbaek. Dah aku nengok serupa bapak aku. Rajin kemahin. Bagussss. Sebab tu unit aku ni rajin nau buat makan2... sebab semua staff rajin. LOL.










Boss baru, Pn. Hanem very the sporting... maybe sebab perempuan dan dia boleh in dengan perangai harem kitaorang. Dia layan jelah apa staff nak buat. Jemputan pon kitaorang yang handle. Maaflah mana2 yang tak terpanggil. Tak perasan dan terlupa. Yelah, semua buat sendiri... Takpa, insyallah next year yeah. Eh? Next year nak buat lagi ke??? Ermmm. Yang sehari punya event ni pon sakit urat sampai seminggu... hahahaha. Kalau kauorang perasan ada gambar yang terang dan ada yang suam2 kuku. Ecehh jangan taktauuuu event kali ni booking cameraman okayyy :DDD sebab tu cakap jamuan raya tahun ni thorbaek berbanding tahun tahun yg sebelumnya. Apa orang kata tu, buat lebih baik dari yang sebelumnya wahhh gitew.

Sekian. 
Dah nak raya haji uolls baru kedek kedek nak cerita raya aidilfitri. Kahhhhh sangat perangai.









No comments: