life is beautiful

life is beautiful

Tuesday, September 06, 2016

On his birthday

Happy 4th birthday, son. 

Dah besar dah anak ummi dgn daddy. Diam tak diam, dah 4 tahun... next year nak masuk school. Tak tau nak imagine macamana... sebab dah biasa tengok dia ada kat rumah... kalau kerja petang aku memang hantar budak2 tengahari. So banyak masa bersama mereka, sebenarnya. Harap2 Aqif dapat sesuaikan diri. Insyallah. Training no diapers since Januari 2016. Avoid botol susu since beberapa bulan yang lepas. Eh tapi tidur malam kadang2 aku pakaikan jugak dia ni diapers. Sebab ummi kau malaz nak bangun malam gerakkan kau bangun kencin. Heee.

Semua parents inginkan anak dia jadi anak yang soleh/solehah. So do i. Semoga bila ummi daddy dah takde kat muka bumi ini, Aqif, dan jugak anak2 ummi daddy yang lain tak putus putus sedekahkan Al Fatihah kat kami. Doakan kan kesenangan kami untuk kami lalui di alam kubur nanti. Jadi anak yang sentiasa menyenangkan hati. Yang sentiasa beriman kepada Allah swt. Yang jaga adik adik bila ummi daddy dah takde. Yang boleh diharap... dan lain lain. 

Takde ibu bapa yang nak anak dia jadi anak yang tak baik. Semua parent doakan yang baik baik untuk anak mereka.

Aqif anak yang senang jaga. Senang mendengar arahan... lebih spesifik. :) Nampak je keras tapi kalau nak tahu, hati dia lembut. Aku je yang faham. Sebab dia punya perangai lebih kurang aku. Aku rasa.

Happy birthday, sayang.
06092012

Ummi cuba memaintainkan diri agar baju kurung ittew ummi kekal muat disetiap tahun di hari jadimu.








No comments: