life is beautiful

life is beautiful

Sunday, September 18, 2016

Raya Haji 2016

Tahun ni for the first time kitaorang raya di luar kawasan. Since raya haji pon jatuh pada school holiday, so idris family plan nak celebrate birthday pada anggota yang berkenaan, especially Aqif lah. Dah bapak dia punya plan semua ini. Aku raya haji takdelah so excited sangat... pon malaz nak kecoh2 nak balik kampung sapa nak raya belah mana. Rileks jer janji dapat daging korban. Kahkahkah.

Dah plan seawal yang mungkin kerna memang tahu that time adalah school holiday so yeahhh urusan booking membooking harus dilakukan dua bulan sebelum kejadian. Banyak tempat sebenarnya kalau nak diikutkan yang ada dalam list. Tapi kalau kauorang nak tahu, dua bulan sebelum tu pon dah fully book... gila kaya betul orang2 malaysia ni... asyik pegi bercuti je tau. Kagum aku dari jauh. Ada yang propose idea taknak kongsi pool so pilihan itu tak berapa nak banyak... maka aku cari je banglo yang ada kat A famosa... settle problem. Ada tu dapat kat PD... tapi mostly owner dia chinese. So ragu2 gak la peralatan dalam rumah tu nak kena samak ke apa. 

Kali ni aku recommended... sebab owner dia adalah sangat baik... ada caretaker yang jaga banglo. Dan banglo/villa sangat kemas, bersih dan ada additional loteng yang siap 6 tilam single. Itu sebenarnya yang aku berkenan. Al maklomlah kauorang kena paham, anggota keluarga idris ramai... 22nd member of family so boleh bayangkan dak nak kena cari banglo berapa bilik? T_______T







Aku rasa percutian kali ni adalah yang paling malas gila nak snap gambar. Kauorang tak tau ada episod duka sebelum hari kejadian. Sabtu gerak ke melaka, khamis malam aku dah start nak demam. Balik kerja malam tu badan dah sakit2... kepala dah weng2. Jumaat plan nak beli hadiah birthday cancel sebab demam makin teruk. Terus amik mc. Sadis gak ahh, dia jadi macam demam tahun lepas yang masa kenduri aqiqah dareez. Adoiiii bisa badan uolls. Terbaring je. Dah start fikir boleh ke tak speedy recovery ni. Sabtu tu gagah gak masak makanan untuk bekalan ke melaka. Takkan nak kosong je.. plan awal kat sana kitaorang nak masak memasak pasal nak raya haji ade ke kedai yang bukak nanti. Tambahan anggota keluarga adalah ramai maka tak sesuai nak konvoi lunch/dinner dan yang paling penting nak jimat cost. Ehehe.

Gigih uolls. Nampak tak effort dia kat situ. Kalau tak nampak gak tak tahu lah. Ke buat2 tak nampak? Aku jenis malaz nak kepoh2... kita rileks2 je okay. Janji hasil nampak. Gitew konsep.

Eh apa melalut ni. Kan nak cerita keseronokan beraya di luar kawasan.

3hari 2malam kat sana. Puas anak anak mandi kolam. Puas gak makpak rest. Sampai aku macam ehh apa bosan ni dok terperuk kat banglo tak keluar2. Eh memang tak kemana okay. Cari2 barang pon orang lelaki yang uruskan. Yang perempuan dok banglo buat kerja apa yang patut. Eh aku bosan le jugak. Hehehehe. Ada lah aku round sekitar kawasan. Saja amik angin. Bawak gak sport shoes tapi tak guna. Sebab apa tah. Takde kawan kot nak jogging. Diorang pakat main badminton. 

So tengahari kedua tu acara kemuncak... sesi celebrate birthday. Dan jugak tak lupa... acara makan durian dan rambutan.



Untung ah budak ni dapat banyak hadiah dari anggota keluarga. Daddy cakap percutian ni sebagai hadiah dia so daddy takde beli hadiah lagi dah. Eh eh eh boleh macam tu yek. Si dareez pon dapat gak walaupon takde kena mengena dengan event tersebut. Best la budak2... eh tapi kitaorang semua dapat hadiah... hadiah cabutan bertuah kahkahkah tapi hadiah semua mengarut. Span basuh pinggan pon boleh. Okey lah tu... mengeratkan tali silaturrahim. Pastu bukak hadiah semua pakat gelak. Nasib aku dapat papan pemotong ikan... ada gak faedahnya. Erm.

Nak jadi cerita jugak malam sebelum raya haji si Aqif start demam. Boleh malam tu dia terbangun then muntah kat atas tilam. Waaaaa nasib ummi kau jenis yang tido2 ayam and alert. Menggelabah gak dengan asam jawa takdak, ubat demam apatah lagi... tiba2 teringat hoi ada EO lemon. So merasa lah macam ongkaya jap tuam anak guna Eo young living. Selama ni ngak pernah occay :DDD

Esok nya tu kami anak beranak decide stay kat banglo sambil tunggu Aqif ok sikit... dan yang lain meneruskan aktiviti solat haji raya di masjid yang berdekatan sebelum kami join mereka beraya di rumah adik biras aku. Alaaa kesiannya tengok Aqif... jarang dia demam. Hari tu keje dia tido... makan taknak... susu apatah lagi. Just isi perut dengan air masak. Itu pon aku jenuh gak paksa makan sikit buat alas perut sebab nak makan ubat. Memang melepek je ah. Aku syak ini sebab mandi pool berlebihan lah ni. Apa taknya... antara semua, dia yang paling last sekali naik. Orang semua dah gigil2 kesejukan, dia rileks je meneruskan aktiviti mandi pool. Mana taknya. Ishhh.

Dan ini jelah gambar raya haji kitaorang yang ada. Kahkahkah. Dengan dareez style pegang dagu daddy, dengan aqifnya terbaring lemah. Nasib aku okay lagi, semakin beransur sihat. Nak tak nak ko kena gak gagahkan diri... walauponnnn.




Just nice kan banglo ni. Last day kitaorang dah kemas susun atur sofa tu balik. Before ni semua sofa alih ke dinding. Nak bagi ruang tengah tu luas... supaya boleh solat berjemaah katanya. Good. Dapur paling thorbaek... tong gas siap 3 ketul lagi. Memang banglo ni sesuai ah utk family besar yang jenis nak stay je taknak keluar2... yang jenis masak memasak. Peti ais ada, blender ada, microwave... iron 2 bijik... haa apa lagi? cerek elektrik itu standard semua homestay pon wajib ada kan. So far aku sangat berpuas hati. Aku la... yang lain aku tak tahu. Tapi aku rasa diaorang pon okay kot. Haha. Owner siap boleh offer lagi kalau stay lebih 3 hari dia bagi diskaun. Haaa, nikmat mana yang perlu kau dustakan?

Lupa nak bagitahu, bilik ada 4, semua katil queen... semua pon ada aircond. Bilik air ada dua. Kat hall pon ada dua bijik aircond. Tak cukup lagi tu, loteng ada tilam single 6 bijik. Tv siaran astro... tak sure full package ke tak sebab tak sempat pulak aku nak lepak tengok tv. Hahahaha. Tempat bbq ada... cuma xde la peralatan bbq bagai. Bawak sendiri ek. Belakang banglo ada tanah lapang, boleh le nak main badminton, futsal.

Terima kasih kepada owner. Dan terima kasih jugak kat link mana tah aku gugel masa nak cari tempat percutian ni. Insyallah tak menipu.

Villa D Lagos A Famosa
Lot 1054
Cik Sumayyah 013- 2906068


Balik dari percutian masing2 sakit urat sakit badan. Bagusss sangat perangai.




No comments: