life is beautiful

life is beautiful

Monday, September 19, 2016

Refresh

Rumah yang aku duduk sekarang rumah sewa. So kauu tahu lah dah nama rumah sewa kan, nak mendeko pon kau rasa macam ermmmmm, worth it or not. Lama dah aku pendam hasrat... since aku duduk rumah ni April 2011... rasanya cukuplah. Cukuplah mata aku sakit dengan pandangan mural yang tak semenggah dimonopoli oleh anak anak bujang aku.... sejak dah pandai kenal pen dan jugak color dan jugak marker pen. Aku harus lakukan sesuatu. Jangan sampai aku dah fadeup nak balik rumah sudahlah. Hehehehe.

Aku tekad. Cuti raya haji bersambung dengan hari malaysia... aku straight amik AL seminggu. Puas hati aku. Dalam kepala otak banyak plan nak buat kat rumah... so jadilah jugak projek mengecat rumah. Walaupon aku gigih cat kat hall je. Heee. Itu pon dah amik masa seharian. Hantar budak2 ke rumah pengasuh then aku teruskan projek. Cat putih je uolls... hajat dalam hati nak le kaler down to earth ke, pastel kaler ke apa.... sebab tikar kat rumah dah kaler coklat gelap. Malangnya laki aku memang terlebih pandai ke atau malaz nak layan aku ke apa tak tahu laaa... dia beli cat putih. Huarghhh nak marah pon ada tapi memikirkan dia dah angkut cat dari kete ke tingkat 14 maka aku thorpaksa jugak buat muka manis dia semanis honey. Takpalah, asalkan dia beli cat sudeh.

Ye. Memang aku ni multitask. Hehehe. Begini lah hidup perempuan dizaman milennium. Toksah ke nak harapkan laki semata. Berjanggut nak tunggu. Itu ok lagi, ini janggu dah tumbuh seploh kali pon aku rasa belum tentu dia buat. Sebab bz uolls. -________- Jadi nak mendamaikan mata aku yang sakit ni maka aku buat le sendiri. Puas hati. Senang je kerja mengecat ni rupanya kahkahkah. Untuk rumah yang sekangkang kera macam rumah ni boleh la uolls. Furniture pon aku alih sikit2 jor. Realitinya malam tu boleh tahan sakit pinggang.

Tak zabar nak hadap rumah sendiri pulak. Ini sebelum masuk rumah memang kena plan betul2. Hall nak kaler apa, master bedroom, bilik anak2... dan yang paling penting kitchen aku nak pinky boleh? Doakan lah ada sinar dihujung terowong. Cewahh.







No comments: