life is beautiful

life is beautiful

Thursday, September 08, 2016

Zoo Negara 2016

Last pegi tahun 2009 kalau tak silap... daddy bawak celebrate birthday aku [masa tu tunang pon belum lagi]... cerita sebenarnya aku taknak hahahaha apahal pulak celebrate tengok binatang B oii. Jadi, sebab taknak dia merajuk maka aku layan kan aje walhal ini birthday sapa sebenarnya?? Eh lari tajuk. Ok ok straight to the point. 

Last berweek week yang lepas... memang before ni ada plan nak bawak anak anak pegi zoo tapi macam biasalah... kau plan je memanjang memang sukar nak jadi. So minggu tu takde kemana... maka jadilah ia. Siap hangkut sekali anak anak akak aku supaya Aqif dan Dareez ada kawan. Nampak macam ramai lah kan family kecil kitaorang... baru le meriah. Ehehee.

Tak tau kisahnya entrance fee zoo negara sekarang ni termasuk boleh tengok panda sekali. Patutlah masa bayar tu, woihhh apasal mahal nau nau. Padahal tahun 2009 aku pegi harga tiket tak sampai RM20. Kot? Macam berbelas belas ringgit je. So agak terkejut beruk aku kat situ. Hahahaha. Tapi dah sampai dan dah bayar nak tak nak takkan ko tak masuk ye tak. Padahal kat rumah dah google siap2 harga tiket. Rupanya blog tu zaman bilaaaaa. Hahahahaha. Masa tu pulak website zoo negara tak boleh nak enter so memang gigih gugel review orang. Ahh lantok.

So yeah ni kau kena ingat buat masa ni.

Aku bukan apa... kau bayar mahal2 tapi binatang semua tido ko rasa cemana? aku nak suruh bebudak ni dengar singa mengaum... dah singa pon bantai tido... diaorang ni dapat tengok kelibat singa jelah. Oh sedeh. Ke aku kena pegi petang2 sikit? Sebab hari tu masuk dalam pukul 11 cenggitu pukul 2ptg dah balik. Panaih lit lit dengan kebulurannya. Ada je cafe kat situ... harga jangan cakap... as usual a lil bit mahal. Tapi dah lapor kitaorang singgah jugak lah bagi alas perut. Kesian kat budak2 kehausan. Tak cukup bawak air dari rumah uolls.





Nak amik map zoo kena bayar RM1. Kalau aku tahu kena bayor, aku print siap2. Heh. Nak naik tram pon kena bayar gak. Ok yang ni aku sumpah nak caruts hahaha. Ko bayar masuk mahal dah kot. Grrrr. So memang mengambil keputusan no tram... jalan kaki sendiri explore zoo ni yeh. Memang penat woihh.... tapi nasib lah dapat anak yang memang rajin jalan. Ada gak si Aqif tu cakap penat. Then kalau penat kita rest jap. Sebab kau naik tram nak explore celah mana ye tak. Ke malas nak berjalan lettew? 






Dah macam bapak bawak anak anak kecik berjalan... aku yang paling sulung kahkahkah ok tak kelakar tak kelakar. Tapi aku syak orang mesti anggap aku ni nikah dengan duda... sebab anak aku yang sulung tu sama je besor dgn aku. Ni kes bini pertama dah meninggal then nikah lain sebab anak anak kecik lagi takde sapa nak bela. Logik tak weh? -__________-

Kalau daddy baca mesti dia kata aku perasan diri muda belia walhal umur 3series uolls. Eh sukati aku la... actually dia tu yang jeles sebab aku menten muka muda rumaja... dia aku nengok dah tua sebelum usia. Ermmm. B jom lah pi tanam serum kat rambut tu. lulz sangat.

Aku toklehbelah nengok panda ni. Kooo tido je kerjanya. Ada la aku amik video... taktau apa dia cuba buat. Dan aku tak paham kenapa dalam gambar kemain putih sucii murni bulu ngko... walhal face to face ampunnnn. Terlebih edit boleh buat orang marah woih. Tak. Memang real bulu dia kekuning kuningan macam baju sekolah putih tu disimpan lama. Hahaha. Takpa, saya maafkan awak. Apa2 pon ko tetap comel dengan keleteh ko yang tak tau apa kau cuba buat. :DD




Ni lah ummi anak empat wannabe :)) Eh planning nak 5 tauuuu... jangan main main dengan ai. So dah boleh imagine aku bersama anak anak yang bakal membesar soon. Kalu ummi menten muda dan kurus dan selim dan muka ploless bersama anaknya yang ramai, laju laju aku nak beranak. Kahkahkahkah tak kelakorrrrrrr.

Sapa nak pegi zoo pasni aku nasihatkan pakai pakaian yang sesuai. Cuaca kat Malaysia ni khatulistiwa okayy. Ke aku ni memang bangsa kuat peluh? Nasib tak sarung heels. Konon2 bergayalah pabila bergambar nanti. Hek muuu. Aku ni la yang merangkap penjaga bahagian belakang, tukang kira anggota keluarga dan juga tukang photographer. Ikutkan hati aku nak je sarung sport attire dengan sport shoes gak. Tapi tokleh engkar cakap suami... dia tetap nak suruh aku pakai heels. Hello b, zaman heels ai everywhere dah berlalu kot. Tak koser ah nak jalan kedek2 supermodel ni. Anak ai lebih utama. Kihkihkih. Kbai.









No comments: