life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, October 05, 2016

Hai

Lamanya tak jenguk belog sendu ini. Hahahaha. Busy tu takdelah... macam biasa je kehidupannya... tapi entah. Malas nak mengadap pc tu satu hal. Lagi, takda apa yang menarik nak di ceritakan. Kang aku cerita pasal bokitta kang ada yang menanah mata tengok. Alaaaa sekarang ni jelah baru nak merasa beli tudung memahal camni... takdelah mahal nooo berbanding quack quack dengan burung hantu berantu. Eh tak mahal ke.... over seratus tu mahal lah kan. Kehkehkeh. Elehhh sebualn sekali jer pon... tu pon kalauuu ada rezeki sebulan sekali :DDDD Sekarang ni pon mampu cuci mata sambil scroll ig/fb page laju2. Tudung lebih banyak dari baju kekdahnya.

Eh tengok tak cerita slot tv3 tu... yang ummi nazeera berlakon... patahnya sebelah sayap. Adoii dah terjebak dah aku ini. Mula2 tengok sambil lewa... syift petang kan... malam2 mampu tengok tv jelah. Astro takdak... maka kau bukak jelah channel yang ada. Tu yang terjebak tekauuu. Terbawa bawa ke rumah. Sangguplah aku suruh anak anak masuk tido awal. Hehehehe. Eleh tak selalu okayyyyy. Ini pon macam sikit je episodnya. Kalau terlepas, online kan ada. Zaman millennium ni semua pon dihujung jari. Yang tak pandai masak pon reti masak tekauuuu :) Sakit hati aku tengok izzue islam u know. Rasa nak tuam je muka dia. Tulah kan... dah berjaya, kaya raya,... lupa diri teruih. Jauhkanlah aku dengan family aku dari sifat2 begitu. Ai is cannot.

Aku nak cerita pasal bokitta gak ah. Eh awrak aku dah sampai uolls... lama dahh hahahaha. Dah pakai beberapa kali dah pon ngeeee. Eh tapi size voila. Lama aku hunting size chic tapi tak pernah jumpa. Ke diaorang taknak let go? Ermmm. Takpelah, voila pon voila la. Asal awrak, aku happy dah. Hehehehe. Jap nak tunjuk gambor selfie anak beranak.


Color dia biasa2 jorrr... ke memang aku suka color sweet like that? Lama lama nampak macam kekuning kuningan pon ada... ke sebab lining dia color kuning kepam? Hahaha. Ah lantak. Aku suka, aku beli. Betullah geng otai2 kata, once ko dah terjebak, ko dah tak boleh berpatah balik. Even kata nak pencen bokitta, bila release design terbaru, masing2 menggelupur... seminggu sebelum tu ada je seller yang nak let go collection diaorang. Haaaa. Nak cari dana nak beli design baru lettew. Hihihi. Paham dah permainan diaorang ni. Sapa yang ada cable besau dengan tokey butik memang akan tahu la new design akan release bila. So let go collection siap2. Gitew. So kalau kau terlepas design yang lepas2, mohon jangan menggelabah. Ada je nanti seller jual balik. Katanya stok lebih la apa la... yang preloved pon berlambak. Quality okay... mostly baru pakai 2-3 kali. Tapi harga dia ups and down. Kalau dapat yang nwt tu mahal adalah sepuluh, doploh ringgit. Lahhh, pejam mata je pon. Anggap tu duit minyak kau, duit tol kau kalau ko pi beli kat butik sendiri.

Alaaaaa, try la beli satu... mudah weh. Nanti anak tarik2, dia dok camtu gak. Pesen sarung takyah pin. Tapi aku pinkan aje. Sebab pakai spek kan. Dah nampak kembang muka aku. Tak sweet like candy ah kan. Kahkahkah.

Alang alang aku nak bercerita gak ni. Dasar minah kepohci kihkih. Aku dah tak pakai skincare Ellfie. Baru sebulan iols tukar skincare baru. Sebab kenapa? Actually aku nak beli bb cream dia je pon. Gigih pi booth sebab that time ada promotion. Eh murah murah ni gila tak pergi... haruslah kan. So masa tu dia offer kalau beli skincare dapat le potongan harga. Berbaloi. Jadinya, aku beli jugak ah bb cream dan set skincare. Kebetulan, Ellfie dah nak habis... toner and cleanser almost a week habis. Muka iols togel just pakai sabun collagen apa tah yang made in thailand. Dan aku memang ada gak survey feedback skincare ittew. Ellfie dah pakai almost dua tahun... jadi dah boleh tukar skincare baru kot. Hahahah kemain panjang mukadimah.

Kalau cakap pon mesti tahu... oooooo skincare kak ceeranoh jual. Kahkahkah. Haaa itu lah yang aku beli. Rajin team dia buat promotion. Aku beli sebulan yang lalu masa tengah promotion, bb cream seketui dengan 1 set skincare, harga dia jatuh kurang dari 150. Adoiiii gila tak nak beli. Dah dalam tu pon ada provide serum. Jadinya beli jugak ah. Padahal kan aku dah plan, nak beli serum ephyra. tengok seqy beauty ada serum, terus iols cancel beli ephyra. Kihkhikih. Berbelanja kena bijak. Erm.

Apa yek beza dia?

Aku ni pesen kalau kena panas mula ah muka berpeluh menitik nitik nak2 tang dahi. Dapat daycream yang buat muka ko panas, aduiiiii. Seksa. Dah la jenis yang selalu berjemur so panas hokeh. Testimoni aku pasal seqy beauty ni, daycream/daynight dia bila pakai rasa sejuk je muka. Lepas pakai daycream, apply bb cream... then boleh la tepek bedak. Then try keluar di bawah terik mentari... insyallah takde ah muka berpeluh2 macam lari maraton. Hihi. Tu aku la... orang lain aku taktau. So far buat masa ni (baru sebulan lebih pakai) okay jer... nak hilangkan jeragat memang kena bersabar eh? Aku tak zabar acaneeee.

Panjang pulak karangan aku hari ni. Tulah, dari kata takda benda nak cerita, dah banyak benda pulak nak menaip. Cerita ummi nazeera tu pon dah habis. Maka cukup ah sampai sini. Nak kemas2... nak get ready mahu pulang. Semoga aku selamat sampai rumah dengan jayanya. Ko jangan taktau, nak balik rumah, pelbagai onak dan duri aku kena redahi. Tak redah sungai je... kalau tak, dah macam duduk kat pendalaman. Hihihi tak kelakorrrrr.





No comments: