life is beautiful

life is beautiful

Friday, October 07, 2016

Kawin muda ke, kawin lewat ke atau tak kawin kawin?

Antara kawan kawan rapat aku (dulu rapat nak mati, now jarak, masa, komitmen mempengaruhi) ada la boleh kira dengan jari belum bertemu jodoh lagi. Bukan tak lawa ke apa... tapi tulah, kalau jodoh ni boleh dijemput jemput, dah lama diaorang tu jemput. Kot?

Ni kawan masa belajar dulu tau. Hari tu dia announce nak nikah dah... tapi bulan 12. Hahaha. Last2 sama tempat kerja jugak jodoh dia.. nak tergelak pon ada. Dulu pernah tanya dia, ko ni nak yang cemana.. ke ko memilih ke apa. Sebabnya sepanjang aku kenal masa zaman belajar, takdak pakwe... dah dulu masa high school sekolah perempuan. So ko bayangkan la dia nak bergaul tu cemana. Eh tapi masa time study okayyy je berkawan dengan geng2 lelaki. Jenis memang pandai menyesuaikan diri. Baik budaknya... pandai... pastu ada rupa. Aku ni kan asyik bernasib baik je... zaman sekolah, zaman belajar, geng2 mesti stok yang pandai nak mati. Padahal kau keje tidooo je tapi boleh score. Siap dean list. So aku dapat la sipi2 kepandaian mereka. Kahkahkah. Nasib baik je tau... hakikatnya aku biasa2 jorr. Dulu, zaman belajar dulu punya cerita. Kalau kau nak compare kan zaman belajar dgn zaman bekerja memang susah ah. Lain. Zaman kerja ko kena ampu lebih. Takdan pakai kipas... ko kena pakai chiller terus. Ok tak kelakor.

Kami (aku dgn kawan2 zaman belajar) tumpang happy. Sebab antara kami, dia ni kira penutup. Paling last bernikah. Siap kawan aku lagi sorang tu dah nikah dua kali, dia baru kedek2 nak kawin. Siap kami dah bertambah2 anak nak menunggu ko kawin. Akhirnya, jodoh sampai. Alhamdulillah. Eh jap, aku belum tambah lagi, masih beranak dua.

Jodoh ni, susah nak cakap. Kau kawan dari zaman sekolah pon, kalau Allah tu dah tulis takde jodoh, maka takde jodoh lah engko. Ibarat masa tu ko tengah jaga jodoh orang lain. Hahahaha. Last2, ko kawin tah dengan sapa2... yang baru kenal tak sampai setahun, tup2 nikah. Jodoh, rezeki dan jugak kematian... tu semua ditangan Allah. Kita ni hidup, dok merancang sana sini. Plan pulak tu, kemain kebabom macam takde problem. Tak tau agaknye sementara nak running plan ittew, Allah bagi dugaan macam2. Peninggggg.


Aku ni, paham lah jugak kestressan kawan2 aku yang belum berumahtangga. Gila engko... orang dah anak dua tiga dan seterusnya, kau pakwe pon takdak... lagi nak cerita pasal kawin. Tak pasal2 emo. Tu yang ada statement apesallah tak jadi perigi cari timba masa zaman sekolah dulu tu. Heeee. Nak ngata kat aku lettew... dulu bukan ke aku yang ngorat daddy. Elehhh kalau aku tak merendahkan keegoaan aku... kalau aku ambil sikap lantak ko la... ko taknak aku, aku seribu kali tak hingin puiii... entah dengan sapa lah suami aku. Kan? Tu namanya dah jodoh. Kau ingat dulu aku tak laku ke? Bersusun yang hendak tauuuuu. Hahahaha okayyy okayy tak kelakor. Gurau je. Aku ni, bukan le macam gegadis comels keayuann kemelayuan ittew. Kasar boleh tahan. Jadinya, takkan lah aku nak high taste tak beragak, kan? Sebelum pandang orang lain, tengok diri kita dulu. Compare kan. Aku ni cukup lawo ke nak kan pakwe yang hensem chinese look? Aku ni otak bergeliga amat ke nak kan abang senior pemimpin pelajar? Ermmm.

Macam kawan aku yang nak kawin ni pernah luahkan. Dulu laaaaa. Dia bukan takde bercinta bagai... bukanlah takde orang yang nak kat dia. Dan dia ni takdelah nak sapu semuaaaaa yang datang tanpa filter. Wah gitchew. Kena la tengok diri sendiri. Dah tak berkenan, nak buat macamana. Orang kata, biar berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Eceh. Ada pulak mulut2 sumbang jawab, elehhh ko esok memilih sangat jadi dara tua. Eh eh lepuk mulut tu kang mahu?

Jadinya, tahniah kat kawan aku tu. Semoga dapat dengan apa yang dicari... dan yang paling penting boleh membahagiakan engko. Ingat kawin ni isu mudah? Dengan izin Allah, itulah pasangan yang kau nak bawa hingga ke jannah. Ke nak kawin banyak kali?

Sebab tu, sebelum bernikah, selesaikanlah apa2 yang perlu diselesaikan. Kot ada kisah lampau dia yang ko tak puas hati sangat, kasi settle. Jangan dok pendam pastu heboh makan hati... eh ko kenapaaaa. Alam pertunangan banyak dugaan. Yer betul.... shaitonirojjim memang suka nak mengucar kacirkan orang yang nak mendirikan masjid. Kahkahkah. Jadi, harap bertabah. Ada la masa2 memang ko naik menyampah je tengok muka tunang ko. Itu yang sampai boleh putus tunang. Haaaa tu jangan kata tak pertahankan... siap tahan pakai baju kalis api lagi engko mana tahu... tapi bila Allah tulis dah takde jodoh, jadinya takde jodohlah engko dengan si polan. Allah dah atur cantik. Ko kata itu yang terbaik untuk engko, padahal Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk engko. Eh macam ayat tunggang langgang pulek. Hehehe. Tapi kauorang paham kan objektif ia.

Doa aku, kita semua dipanjangkan jodoh dalam perkahwinan masing2. Penat woih nak kekalkan kesejahteraan rumahtangga. Dua dua kena give and take... kena toleransi. Nak sentapz sangat pon nanti malam nak tido kena bau ketiak suami gak... kang nanti tokleh tido. Hahahahaha. Kbai.










No comments: