life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, October 26, 2016

Malam minggu tengok bola

Lama dah plan nak bawak anak anak tengok bola... since daddy pon boleh tahan kaki bola (tapi tak langgan astro supersport tu acaneee? ;pp) jadinya malam minggu hari tu jadi jugak. Memang takde apa2 plan so lets. Padahal tengahari si Aqif tak tido takut dia mengaruk je kan... but alhamdulillah both zaumar behave walaupun terdapat cubaan meneroka kawasan oleh dareez. Hahahaha. Selangor vs JDT kot... fans tak ramai maybe liga dah habis. Eh dah habis ke? Entah aku mana la amik port benda2 macamni. Kalau ko tanya pasal lipstik baru aku tahu la kahkahkah. Ni kira nak habiskan saki baki game bak kata daddy. Final piala malaysia kan ke Selangor lawan Kedah. Tu pon daddy berhajat nak bawak anak dia gak. Ermm mata keatas tangan kat bahu.

Kat rumah siap2 dah suruh dia hafal lagu merah kuning kahkahkah kooo kenapa. Berpaling tadah dah aku ini. Kemain lagi dalam kereta asyik cakap tengok bola sampai ke sudah. Jakun melihat keadaan dalam stadium... dengan ultra selangor yang ramai2 tu. Eh tapi malam tu tak havoc sangat. Gendang pon sampai lambat. Ultras JDT beriya... dan memang expect malam ni sure kena lauk. Heeee. 

Now zaman ig jer... video semua kat ig.. malaz nak tepek kat sini... tak kosser la wey nak tunggu transfer... aku ni dah la malas nak log in blog sekarang ni. Lunch hour baik topup tido hahahaha. Bijak sket sekarang... dulu kemain dok mengadap pc... la ni mata acik tak larat... dah le time bekerja pon guna pc... mata berpinau tahu. Mohon ganti spek baru. EH? Hahahahahaha.

Seingat aku last pegi stadium tahun 2012. Sedang pregnantkan si Aqif +3bulan. Gigih la merempit ke stadium bukit jalil. Selangor vs apa tah lupa aku... yang pasti malam tu selangor menang hebat bergaya. Lamanya tak pegi ye dak... patutla aku pon layan je bila daddy ajak p tengok bola. Heee. Sanggup siapkan budak2 awal.. siap bagi makan semua. Kahkahkah. Asalkan anak2 tak mengharuk itu dah cukup bagi aku. Kasi anak2 selesa maka aku pon boleh la bersenang lenang dengan tenang. Itu kunci kejayaan tauuu.




No comments: