life is beautiful

life is beautiful

Monday, October 31, 2016

Misi 34 gagal

Aku nk cakap jugak sedih sebab selangor tak menang. Heeeee. Takpalah, takde rezeki untuk tahun ni. Tahniah Kedah. Tahun depan meh repeat lagi nak tak? Kekekekeke.

Aku ni nama je ic 05... tapi dari kecik memang dah admirer dengan The Red Giant. Ko tak payah la tanya kenapa... memang dah minat dari kecik. Padahal bapak aku bukan kaki bola. Tak tau aku ni ikut perangai sapa. Adik2 aku lagi la... masa tu kecik lagi kot. So tak tahu kuah sapa tertumpah kat aku.:DDDD Tapi ok gak, at least aku boleh la melayan daddy yang pon boleh tahan peminat bola. Dari dia cerita pasal bola aku taktau apa2, kan ke boring. Erm.

Player selangor ramai yang injured kan... so maafkan lah mereka. At least game sampai penalti. Puas hati ye tak? Dah ah hujan lebat... sepak bola, lari2 dalam hujan ko memang powerrr. Siap tergelicik lagi hahaha.

Aku start admirer dengan Red Giant masa zaman Christopher Kiwomiya yang dia dapat anugerah kasut emas time piala malaysia 1997 kot? Ingat ingat lupa dah aku. Yelah betul ah tu. Now player silih berganti... wak amri pon dah berpaling tadah. Siapa yang offer lebih haruslah didahulukan. Walaupon semangat kenegerian kau tersemat didada, bila orang offer tinggi, kena fikir gak masa depan. Kang balik kampung halaman kena kutuk sebakul itu dah of course. Kahhhh.

Semoga Red Giant terus maju jaya. N9 mana N9??







No comments: