life is beautiful

life is beautiful

Thursday, October 20, 2016

Rindu belog sendu

Hai. Minggu ni bz sebab jumaat perbentangan bajet 2017. Eh takdelah busy sangat pon kahkahkah.... lakonan mahu cemerlanggg 😆. Aku tetap nak cakap busy gak sebab isnin-selasa kena kerah dtg pagi dan terus sambung kerja sampai malam. Huhuhuuu rindu anak. Rindu laki. Walhal kalau ada kat rumah anak tu la yang ko selalu marah marahkan  -____- dah tak jumpa tau pulak rindu. Lempang kanggg.

Hari ni dinnah makan ni jorrr... nasik mana nasik?? Diet lettewww. Oi gila tak diet.... hari tu makan nasik tak hengat donia. Asal wiken je treat diri sendiri makan makan dan makan. Camnooo. 

Eh korang masak lauk pindang cemana?

Aku kan dulu memang tak suka yeh lauk pindang. Apa kuah cair masam masam rasa light gila. Ko tak reti masak ke or masak cecampak ke cane?? Then dah kawin ni boring gak asyik menu yang sama... tekak iols jemu. Laki tak la kot pasal fav dia kari dan kurma. Ermm lemak berlemak. Kahkahkah. Jadinya aku pelbagaikanlah stail masakan. Haruslah cuba benda baru. Laki makan banyak tapi naik tang perut... stress mak jemah.

Ada orang masak pindang taruk halia-kunyit-bawang-serai-asam keping semata. Ni aku try resepi dari google. Lupa blog mana tah aku baca. 

Halia
Kunyit hidup
Bawang merah
Bawang putih 
Lengkuas
Serai
Belacan
Cili padi / Cili hidup
Asam keping

Ikut suka ko nak tumis cemana. Stail aku, aku tumis gak dengan minyak sikit then baru masuk air. Dah menggelegak baru masuk ikan. Gitchew.

Eh eh sedap pulak resepi ini.

Jadinya asal aku malas masak lauk untuk bekalan ke ofis, aku buat je resepi ni. Mudah dannnn ringkas. Pehtu sedap. Whohahahaha. Ye ke sedap? Tulah, tak kenal maka tak cinta... dulu ko kutuk beriya. Mak masak lauk pindang aku rela goreng telur. Tambah cili padi/bawang... taruk kicap sikit, siappp! Kemain ko berlagak dulu.

Macam biasala... asal kerja malam je belog aku hidup... tu pon malas gak nak bercerita walhal dalam kepala otak.. dalam hp banyak gila gambar. Tapi tulah... kalau dah nama penyakit malaz menguasai diri, cannot go lah jawabnye.

Eh bajet 2017 ko rasa kakitangan gomen dapat bonus tak? Rindunyaaaa nak dapat bonus sebulan gaji ke... setengah bulan gaji ke... kahkahkah. Takpelah, dapat 500 pon syukur alhamdulillah. Lepas yuran sekolah anak. Heeee.













No comments: