life is beautiful

life is beautiful

Wednesday, November 09, 2016

Bertabahlah seminggu sekali jenguk belog

Hahahahaha tajuk tak tahan. Eh betul apa... itupon nasib seminggu sekali aku jenguk... dapat mood kelaut, maka berminggu minggu lah aku takde story apa. Rindu memanglah rindu. Tapi entah. Dan sapa pulak lah yang nak tahu kehidupan engko kannn. Hihihi. Life macam biasa. Nothing much. Busy as a working mom... cewahhh. Nampak... nampak cara macam busy je kan... boleh je lari sini sana. Keluar2... lepak2.. kahkahkah.

Sambil menaip, sambil aku menunggu registration mcdelivery. Dah lama buat, baru hari ni terbukak hati nak completekan form online. Hari tu fade up isi address, tak jumpa pulak dalam sistem dia. End up aku tutup je terus. Sebenarnya tadi aku ternampak ada promotion the new mcchicken. Ewah ewahhh kau macam tahu tahu je aku lama mengidam. 


Its wrapppp tu. Muahahahaha. Cannot tahan sebab limited time. Tapi tak tahu la kan bila boleh makan. Aku sekarang ni sedang eat clean. Kahkahkah pentipu betollll. Jangan percaya uolls. Hahahaha. Oklah oklah... actually start isnin hari tu aku ada target, minggu ni insyallah, kalau diizinkan Allah... aku nak try lah... breakfast seminggu tanpa henti makan oat. Kauorang nak percaya ke tak, tolong lah percaya. Sebab aku rasa macam dah berat sikit badan ni. Haishh.

Hekelehhhh kenit macam tu ko kata berat? Habis yang cenggini ko nak kata apa pulak??? Grrrrr gertak rakan seopis aku.

Alaaaaa. Kasi can la. Aku nak try jerrr untuk seminggu ni. Kalau berjaya, boleh la teruskan di minggu minggu yang seterusnya. Hahahahahaha. Kemonnn. Kata naik diet taknak makan nasi. So makan oat ok what. Aku tengok ig kak pilla. Dia makan oat ulam dengan sambal paru... ikan bilis pedas la... so why not aku cuba. Dari ko makan yang plain, memang tak lalu. Tadi aku tambah kismis. Semalam aku makan dengan sambil bilis pedas. Eh sedap okk. Be creative. Aku tak reti nak kira kalori bagai. Maka kauorang jangan kondem. Aku nak clean kan perut aku ni haa. Boroi melimpah ruah uolls. Mana nak sorok. Aku ni kecil orangnya... dah tiba2 perut boroi kedepan kang tak pasal ada yang menegur.. eh pegnen lagi ke.... Hahahahaha. Kalau betul pegnen ceria lah aku nak menjawabnya. Ini, isi lemaks tak berguna jerr. Nangis aku. Hihi. Eh lemak badan boleh jual tak? Kalau boleh, aku nak jual sekilo... dua kilo. Kahkahkah tak kelakorrr.

Ni malam, aku teman daddy makan ratah lauk je. Tertelan telan ailio aku melihat daddy makan nasi. Kadang aku ngelat jugak, sambil suap anak makan, ada la dua tiga suap masuk mulut aku. Hihihi. Eh mestilah rindu dengan nasi. Makanan ruji berpuluh2 tahun. Tiba2 ko nak berpisah dengan nasi. Sedih tauuuuu. Tapi aku janji... weekdays tahan nasi... weekends boleh makan sekali dua. Buat pengubat rindu. Taknak obses sangat dengan diet. Sebabnya belum tentu result ko memberangsangkan. Beriya bagitau kat belog diet nasi bagai, bila jumpa depan2 takdenye kurus ye dak?

Dulu senang je nak kurus... skip makan beberapa hari terus berat jatuh berganda ganda. Belum lagi masa puasa. Baru nak naik badan, dah turun balik. Tak pernah risau berat naik ke turun ke janji happy. Sama macam masa bersalin anak pertama. Maintain je... sikit pon tak risau badan naik sebab tahu badan memang senang nak susuk. Tapi bila lepas bersalin anak kedua... haa amik ko. Dua tiga bulan lepas naik kerja, tiba2 omg omg pehal kain seluar semua payah nak pakai. Terus etrsedar dari lamunan. Ohhh dah masuk 3series. Patutle. Hahahaha. Faktor umur memang memainkan peranan. Ko main gym, aktif zumba bagai... kalau tak jaga makan, memang la... bagai dipam pam naiknya. Ni aku makan portion sikit je tau. Hek elehhhh. Lain orang lain badannya. Ni aku cerita aku lah yek.

Daddy pon aku nengok dah makin maju ke depan. Syabassss. Nampak sangat pandai jaga perut suami. Kahkahkah muntah please. Dia pon sama gak... harap main badminton seminggu sekali. Tapi supper punya food tokleh belah. Lepas makan, lepak jap terus tido. Mana tak boroi ye tak?

Jadi jangan salahkan aku. Dahla, marilah kita terjun ke dunia realiti. Umur dah lanjut ni kena jaga kesihatan. Bukan kawal makan semata nak diet, dia lebih kepada nak jaga badan sebenarnya. :)











No comments: