life is beautiful

life is beautiful

Thursday, November 17, 2016

Demam Ikea

Tiba tiba ada semangat balik nak cantikkan rumah. I mean takdelah cantik meletop kebabom... cuma nak rapikan sikit... buang mana yang tak berkenaan... susun dan kemas. Wahh gitchew. Semangat ni bukan selalu ada, jadi bila dia dah datang... maka ko kenalah layan. Pulak tu tengah ada sale dari 31Okt hari tu sampai 27Nov. Ya ampunnnnnn. Ko tak rasa meroyan ke bila ko scroll website ikea? Hahahahaha. Mari ler meroyan bersama sama uolls.

Tolonglah, aku dari hari tu nak beli hyllis... siap check kat website takut takde stok... beriya set date nak pergi... bila pergi, takde stok. Huwaaaaa nak nangis aku ko tahu. Yelah, benda murah. Eh murah lah kan. Rak hyllis baru RM39.90. Memang plan nak letak kat dapur since dapur aku takde kitchen cabinet. Maklomlah rumah sewa. Hahahaha. Memang seketul rumah basic takde renovate apa owner bagi aku duduk T__T

Dah plan dah nak taruk apa... nak susun atur bagaimana... sekali sold out. Terus aku pening lalat kat situ. Terus plan berubah. Hahahaha. Aku ni mana pandai nak ada plan B,C,D bagai. Memang dalam kepala otak nak yang itu, yang itu lah yang aku tuju.

So ingat nak hunting lagi untuk gaji bulan ni. Hehehehe. Ada la aku allocated some amount utk rumah. Asyik bokitta jerrr.... juling mata laki aku tengok. Dulu memang fikir, eleh duduk rumah sewa je kot... duduk tak lama.. nanti nak pindah rumah sendiri... makanya takde la istilah nak make over bagai. Tapi, ni dah masuk tahun ke-5... aku masih disini... rumah yang sama... cuma sewa meningkat sedikit... dan isi rumah semakin bertambah... JADI, aku wajib buat sesuatu keatas rumah sewa ini. Bagi aku, home is sweet home. Rumah adalah tempat kau berehat setelah berhempas pulas memerah keringat mencari rezeki. Tak ke tenang bila kau balik rumah, keadaan rumah kau bersih, kemas, wangi (itu bonus) walaupun rumah tak besar mana -___-

Ada rezeki sikit, boleh la beli barang2 rumah. Ala, ikea je uolls. Sambil2 tu, usha jugak  untuk perabot rumah baru. Kahkahkah. Beli sikit2 nanti masuk rumah baru takdelah terasa sangat. Kot murah rezeki, rumah baru I nak renovate habis kasi pecah itu ini... tambah ruang dan sebagainya sebelum pindah. Kot murah rezeki.... kalau bajet tak berapa nak ada, haaa gunalah dulu perabot2 yang sedia ada. Hehehehehe. Jadinya, jomlah beli dulu.

Aku suka la ikea buat masa ni. Perabot dia just nice. Takde gabak berat nak mamp. Ingat lagi beli rak buku dengan kabinet dapur. Dah le mahal, berat pulak tu, lepastu besar nak mamp. Ko dah kenapa nak beli perabot besar2 walhal rumah sekangkang kera?  Sampai sekarang aku menyesal. Dulu memang takut nak masuk ikea... sebab rasa mahal nau nau. Padahal kalau rajin usha group kat fb, ada je orang post susun atur perabot dari ikea dengan harga yang berpatutan. See, tak kenal maka tak cinta. Ada je perabot yang mampu milik... siap nampak macam mahal lagi kalau kena gaya.

Macam kau beli barang dari Kaison. Hehehehe. Adoii tu kalau masuk, memang meroyan tak ingat donia. Memang habis duit. Sekecik kecik barang kau nak beli. Padahal tak tau guna sebagai apa, tapi nak beli. Kahkahkah dasar boros amalan syaitonnn.

Aku kalau ikea suka yang garden2 gitchew. Yang open wardrobes, maaf I cannot. Nampak semak mata. Lagi suka yang tertutup. Macam rak buku aku la tu. Pilihan suami. Adoii semak mata. Rasa nak clearkan je semua barang taruk masuk kotak, susun rapi2. Ermm, yelah. Kang aku kemas sat g dia membebel kenapa usik barang dia. Hek elehhh.



Cantiklah ada pokok hijau2 kat dalam rumah especially bahagian dapur. Tenang dan dapat menghilangkan stress. Kot ada ko tanam pokok cili atas para dapur, ko petik je dari pokok hahahaha. Jomlah malam ni mimpi dapur idaman. ;p














No comments: